• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

TERKINI : Ujian RT-PCR Kembali Diwajibkan Untuk Kemasukan Ke Sarawak Mulai 28 Jun 2021

Oleh
Ismail NA
25 Jun 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

Keputusan tersebut diumumkan oleh JPBNS hari ini.

TERKINI : Ujian RT-PCR Kembali Diwajibkan Untuk Kemasukan Ke Sarawak Mulai 28 Jun 2021. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak hari ini mengumumkan bahawa kemasukan ke Sarawak dari negeri-negeri lain di Malaysia kembali memerlukan individu untuk menjalani ujian saringan RT-PCR.

Isi Isi Penting
  • Keputusan tersebut diumumkan oleh JPBNS hari ini.
  • 1. Larangan kemasukan ke Sarawak dari Wilayah Persekutuan Labuan
  • 2. Ujian RT-PCR untuk kemasukan individu dari negeri lain ke Sarawak
  • 3. Tatacara untuk pengembara dari India, Nepal, Bangladesh, Pakisatan dan Sri Lanka
  • 4. Tatacara untuk pengembara dari negara-negara lain
  • Baca juga :

Keputusan tersebut dibuat setelah mengambil kira penularan variant of concern (VOC) Delta B.1.617.2 yang kini telah berada dalam komuniti di Malaysia terutamanya di Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Johor, Negeri Sembilan dan Perlis.

Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia pada 22 Jun 2021 pula, sebanyak 85 negara telah melaporkan kes COVID-19 dengan varisan Delta B.1.617.2 tersebut termasuklah Malaysia.

TERKINI : Ujian RT-PCR Kembali Diwajibkan Untuk Kemasukan Ke Sarawak Mulai 28 Jun 2021
TERKINI : Ujian RT-PCR Kembali Diwajibkan Untuk Kemasukan Ke Sarawak Mulai 28 Jun 2021. Gambar hiasan

Mengambil kira risiko penularan varian tersebut ke Sarawak yang boleh mengakibatkan kebolehjangkitan yang lebih tinggi, tahap kesihatan lebih cepat merosot dan meningkatkan risiko kemasukan ke hospital, JPBNS telah mengkaji semula prosedur kemasukan ke Sarawak dengan menguatkuasakan beberapa perkara seperti berikut.

1. Larangan kemasukan ke Sarawak dari Wilayah Persekutuan Labuan

  • Semua warganegara dan bukan warganegara yang mempunyai sejarah berada di Labuan dalam tempoh 21 hari TIDAK dibenarkan untuk memasuki Sarawak buat sementara waktu, kecuali bagi tujuan kecemasan (perlu mendapatkan kelulusan daripada JPBN Sarawak);
  • Arahan ini berkuatkuasa serta merta.

2. Ujian RT-PCR untuk kemasukan individu dari negeri lain ke Sarawak

  • Wajib mengemukakan keputusan ujian RT-PCR yang negatif (swab diambil dalam tempoh 3 hari sebelum kemasukan ke Sarawak);
  • Memohon dalam sistem EnterSarawak;
  • Menjalani kuarantin wajib selama 14 hari di stesen kuarantin yang ditetapkan;
  • Menjalani ujian RT-PCR pada hari ke-10 kuarantin;
  • Menjalani pemantauan kendiri sekurang-kurangnya 7 hari selepas dilepaskan dari kuarantin, dan mendapatkan saringan swab COVID-19 di fasiliti kesihatan terdekat dengan serta merta, sekiranya mempunyai gejala seperti demam, batuk, sakit tekak, kehilangan deria rasa / bau, kesukaran bernafas, serta sakit kepala, kelesuan, sakit sendi atau kehilangan selera makan tanpa punca lain yang dikenalpasti.
  • Arahan ini berkuatkuasa mulai 28 Jun 2021.

3. Tatacara untuk pengembara dari India, Nepal, Bangladesh, Pakisatan dan Sri Lanka

  • Wajib menjalani ujian RT-PCR COVID-19 tiga (3) hari sebelum tarikh berlepas dan semasa ketibaan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA);
  • Menjalani kuarantin wajib selama 21 hari di ‘First Point of Entry’;
  • Mempunyai keputusan swab ujian RT-PCR pada hari ke-18 negatif sebelum dibenarkan masuk ke Sarawak;
  • Memohon dalam sistem EnterSarawak;
  • Dikuarantin di stesen kuarantin di Sarawak sehingga swab ulangan ujian RT-PCR pertama di Sarawak adalah negatif (jika pulang pada hari yang sama / 24 jam selepas melengkapkan jangka masa kuarantin wajib);
  • Arahan ini berkuatkuasa serta merta.

4. Tatacara untuk pengembara dari negara-negara lain

  • Wajib menjalani ujian RT-PCR COVID-19 tiga (3) hari sebelum tarikh berlepas dan semasa ketibaan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA);
  • Menjalani kuarantin wajib selama 14 hari di ‘First Point of Entry’;
  • Mempunyai keputusan swab ujian RT-PCR pada hari ke-10 negatif, dibenarkan masuk ke Sarawak (jika pulang pada hari yang sama / 24 jam selepas melengkapkan jangka masa kuarantin);
  • Memohon dalam sistem EnterSarawak;
  • Dikuarantin selama 7 hari di stesen kuarantin di Sarawak dan diambil swab ujian RT-PCR COVID-19 pada hari ke-4 kuarantin di Sarawak;
  • Arahan ini berkuatkuasa serta merta.

Tatacara kemasukan ini adalah tertakluk kepada penilaian risiko dari semasa ke semasa. Penilaian ini adalah penting bagi mengelakkan penularan jangkitan berlaku terutamanya yang melibatkan VOC dan VOI (variant of interest) yang didapati mudah menular dan mengakibatkan risiko kematian yang tinggi.

Baca juga :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article ‘Spiderman Serian’ Tular Kerana Cara Uniknya Lariskan Jualan Makanan Depan Hospital Serian
Next Article JKJAV Umum Vaksin Sinovac Dan AstraZeneca Selamat Diambil Oleh Ibu Hamil Dan Ibu Menyusu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?