• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

St Thomas Columbarium Kuching, Tempat Penyimpanan Abu Bakal Siap Hujung Tahun 2025

Oleh
Nazihah AN
26 Disember 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
St Thomas Columbarium Kuching, Tempat Penyimpanan Abu Bakal Siap Hujung Tahun 2025

Tempat Simpanan Abu untuk Komuniti Kristian

St Thomas Columbarium Kuching, Tempat Penyimpanan Abu Bakal Siap Hujung Tahun 2025. St Thomas Columbarium bakal menjadi mercu tanda baharu bagi masyarakat Kristian di Sarawak, dengan kapasiti sehingga 14,000 ruang niche untuk penyimpanan abu. Projek bernilai RM8.5 juta ini dijangka siap sepenuhnya pada akhir tahun 2025.

Dipetik dari Dayak Daily, menurut Bishop Anglikan Kuching, Right Reverend Datuk Danald Jute, progres pembangunan kini berada pada tahap 60%. “Bangunan fizikal dijangka siap lebih awal, tetapi proses untuk menyiapkan niche akan mengambil masa kerana agak rumit,” katanya ketika ditemui semasa Rumah Terbuka Krismas di kediamannya di Jalan McDougall.

St Thomas Columbarium Kuching, Tempat Penyimpanan Abu Bakal Siap Hujung Tahun 2025
St Thomas Columbarium Kuching, Tempat Penyimpanan Abu Bakal Siap Hujung Tahun 2025. Sumber gambar: FB DUN Bukit Saban

Projek Seiring: Youth Centre & Tadika

Ketika ini, pihak mereka merancang untuk menyediakan 9,000 niche sebagai jumlah awal. “Walaupun kapasiti maksimum adalah 14,000 niche, kami memilih untuk memulakan dengan jumlah konservatif dahulu. Proses ini memerlukan perancangan teliti,” tambahnya.

Datuk Danald turut berkongsi bahawa pembinaan St Thomas Columbarium sedikit perlahan kerana ia dijalankan serentak dengan dua projek lain – sebuah pusat belia dan sebuah tadika. “Pekerja binaan turut memberi perhatian kepada kedua-dua projek ini supaya ketiga-tiga projek dapat siap secara serentak,” jelasnya.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak, terutamanya UNIFOR (Unit Untuk Agama-Agama Lain), yang telah banyak membantu melalui sumbangan geran.

Columbarium ini terletak di antara St Thomas’ School dan muzium lama, iaitu tapak lama tanah perkuburan Anglikan.

Cabaran Pasca Covid-19

Selain berkongsi mengenai projek pembinaan, Bishop Danald turut membincangkan cabaran yang dihadapi komuniti Anglikan di Sarawak dan Brunei selepas pandemik. Ramai ekspatriat pulang ke negara asal mereka, menyebabkan penurunan keahlian dalam gereja dan komuniti Kristian secara umum.

Kini, komuniti Anglikan di Brunei dianggarkan mempunyai sekitar 5,000 ahli, manakala Sarawak mempunyai jumlah yang jauh lebih besar iaitu sekitar 160,000 ahli.

Baca juga artikel semasa di bawah:

Individu Luah Kesal Kaki Anak Melecur Angkara Sikap Cuai Pengunjung Di Sabah
Pergaduhan Panas Di Jeti Semporna Akibat Perlanggaran Bot, Polis Ambil Tindakan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Individu Luah Kesal Kaki Anak Melecur Angkara Sikap Cuai Pengunjung Di Sabah Individu Luah Kesal Kaki Anak Melecur Angkara Sikap Cuai Pengunjung Di Sabah
Next Article Padah Hina PDRM Di Facebook, Lelaki Sabah Didenda RM30K

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?