• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Individu Luah Kesal Kaki Anak Melecur Angkara Sikap Cuai Pengunjung Di Sabah

Oleh
Nazihah AN
26 Disember 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Individu Luah Kesal Kaki Anak Melecur Angkara Sikap Cuai Pengunjung Di Sabah

Kejadian berlaku di Pantai Pimping, Membakut, Sabah

Individu Luah Kesal Kaki Anak Melecur Angkara Sikap Cuai Pengunjung Di Sabah. Seorang kanak-kanak mengalami kecederaan melecur di kaki akibat terpijak bara api yang ditimbus dengan pasir di Pantai Pimping, Membakut, Sabah. Kejadian tersebut yang berlaku baru-baru ini telah mencetuskan kemarahan netizen terhadap sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pengunjung pantai.

Menerusi hantaran di Facebook oleh Md Shahrir pada Rabu, insiden tersebut berlaku ketika anak saudara beliau dan keluarganya sedang bersantai di pantai berkenaan. Apa yang lebih menyedihkan, kanak-kanak malang itu terpaksa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Individu Luah Kesal Kaki Anak Melecur Angkara Sikap Cuai Pengunjung Di Sabah
Sumber: FB Md Shahrir

Bara api tersebut hanya tertimbus dengan pasir

“Para pengunjung yang mengunjungi Pantai Pimping, tolong padamkan bara api selepas selesai membakar, bukan ditimbus dengan pasir. Kejadian menimpa anak buah, melecur kaki terpijak bara yang ditimbus dengan pasir,” tulis Md Shahrir dalam hantarannya.

Insiden ini mendapat perhatian ramai netizen yang menyatakan rasa simpati terhadap kanak-kanak tersebut dan keluarganya. Pada masa yang sama, mereka menggesa agar kesedaran dan tanggungjawab menjaga kebersihan serta keselamatan pantai ditingkatkan.

Pihak berkuasa belum mengeluarkan sebarang kenyataan

Kejadian ini sekali lagi menjadi peringatan kepada semua agar berhati-hati dan bertanggungjawab ketika beriadah di tempat awam. Pihak berkuasa juga belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung insiden tersebut.

Jadi, buat anda yang bercadang untuk mengunjungi pantai atau kawasan rekreasi lain, pastikan bara api dipadamkan sepenuhnya guna air sebelum meninggalkan kawasan tersebut. Bukan sahaja untuk menjaga alam sekitar, tetapi juga untuk mengelakkan kemalangan yang tidak diingini seperti ini daripada berlaku.

Baca juga artikel semasa di bawah:

Pergaduhan Panas Di Jeti Semporna Akibat Perlanggaran Bot, Polis Ambil Tindakan
Anak Sabah Buktikan Kehebatan, Kejayaan Juara Dunia Pencak Silat Berkat Semangat Arwah Ibu
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pergaduhan Panas Di Jeti Semporna Akibat Perlanggaran Bot, Polis Ambil Tindakan
Next Article St Thomas Columbarium Kuching, Tempat Penyimpanan Abu Bakal Siap Hujung Tahun 2025 St Thomas Columbarium Kuching, Tempat Penyimpanan Abu Bakal Siap Hujung Tahun 2025

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?