• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Stacy Tarik Diri, Penganjur Akui Khilaf Isu Poster Konsert Sumandak Stars

Oleh
Farisha
21 Oktober 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Penganjur mohon maaf, akui kesilapan dalam isu poster konsert ‘A Night With Sumandak Stars’

Stacy Tarik Diri, Penganjur Akui Khilaf Isu Poster Konsert Sumandak Stars. Syarikat Orange International Entertainment, penganjur konsert “A Night With Sumandak Stars: Ceritera Hatiku”, telah mengaku kesilapan mereka berkenaan isu poster yang menyebabkan penyanyi Stacy Anam menarik diri daripada konsert tersebut.

Menurut laman Facebook Sabah Info, pengarah syarikat, Datuk Mohd Fazli Idrus menjelaskan bahawa pihaknya tidak menjangka isu ini akan menjadi besar memandangkan mereka tidak pernah menghadapi masalah seumpama ini dalam penganjuran konsert-konsert sebelum ini.

Stacy Tarik Diri, Penganjur Akui Khilaf Isu Poster Konsert Sumandak Stars
Stacy Tarik Diri, Penganjur Akui Khilaf Isu Poster Konsert Sumandak Stars

Beliau mengakui kesilapan tersebut adalah daripada pihak mereka dan menegaskan tiada niat untuk membandingkan atau merendahkan mana-mana artis yang terlibat. Menurutnya, semua artis mempunyai kelebihan dan pencapaian masing-masing yang membanggakan.

Kesilapan teknikal berkaitan poster tersebut berlaku kerana kekangan masa, di mana Stacy hanya memberi persetujuan untuk menyertai konsert dua hari sebelum sidang media pengumuman. Pada asalnya, poster tersebut meletakkan Stacy sebagai bintang utama, tetapi bahagian kreatif syarikat tersebut telah meletakkan gambarnya di belakang pada saat-saat akhir.

Fazli turut memohon agar Bella Astillah tidak dipersalahkan dalam isu ini kerana keputusan tersebut sepenuhnya di bawah tanggungjawab penganjur. Beliau menjelaskan bahawa Bella tidak terlibat dalam membuat keputusan dan hanya mengikut arahan penganjur.

Isu ini timbul apabila berita mengenai penarikan diri Stacy tersebar, di mana beliau mendakwa terdapat beberapa syarat yang tidak dipatuhi, termasuk isu poster yang telah disebarkan.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Ruffedge Luah Hasrat Ingin Buat Konsert Besar-Besaran Di Sarawak
‘Last Minute’ Batal Konsert Koplo Pentas Borneo 2024, Pihak Penganjur Mohon Maaf
SUMBER :Sabah Info
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tular Video 4WD Lari Dari Sekatan Polis Di Miri, Hampir Rempuh Pegawai Bertugas Tular Video 4WD Lari Dari Sekatan Polis Di Miri, Hampir Rempuh Pegawai Bertugas
Next Article Tular Senarai Harga Daging Buaya Di Sarawak Tarik Perhatian Netizen Tular Senarai Harga Daging Buaya Di Sarawak Tarik Perhatian Netizen

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?