• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Status MySejahtera Tiba-Tiba Bertukar Kuning? Wanita Ini Tunjuk Langkah Untuk Menyelesaikannya

Oleh
ILB - AI
24 September 2021
Kongsi
4 Min Bacaan
Status MySejahtera Tiba-Tiba Bertukar Kuning? Wanita Ini Tunjuk Langkah Untuk Menyelesaikannya

Berikut adalah langkah untuk tukar status risiko anda dalam MySejahtera dari kuning ke biru lagi

Status MySejahtera Tiba-Tiba Bertukar Kuning? Wanita Ini Tunjuk Langkah Untuk Menyelesaikannya. Bayangkan anda sedang mendaftar masuk menerusi aplikasi MySejahtera untuk dibenarkan masuk premis tapi tiba-tiba anda terlihat status risiko anda bertukar menjadi kuning. Mesti jantung berdebar kan?

Isi Isi Penting
  • Berikut adalah langkah untuk tukar status risiko anda dalam MySejahtera dari kuning ke biru lagi
  • Menyedari status risiko dalam MySejahtera bertukar menjadi kuning pada 21 September lalu
  • Langkah-langkah untuk mengatasi masalah pertukaran status risiko
  • Hanya mengambil masa beberapa jam sahaja untuk mengembalikan status biru

Bagi mereka yang belum tahu, status risiko dalam aplikasi MySejahtera akan menjadi kuning apabila ia didapati bahawa anda adalah kontak rapat pada pesakit positif Covid-19. Walau bagaimanapun, pertukaran status ini tidak semestinya anda adalah kontak rapat – even if anda kebetulan berada di lokasi yang sama dengan kes positif itu, status risiko anda di aplikasi juga akan berubah.

Status MySejahtera Tiba-Tiba Bertukar Kuning? Wanita Ini Tunjuk Langkah Untuk Menyelesaikannya
Status MySejahtera Tiba-Tiba Bertukar Kuning? Wanita Ini Tunjuk Langkah Untuk Menyelesaikannya

Sekiranya ini berlaku, ini boleh menyusahkan pengguna aplikasi. Oleh kerana status risiko berwarna kuning, anda pasti tidak dibenarkan memasuki premis mana pun walaupun pada hakikatnya, anda tidak ada kaitan dengan kes positif yang dimaksudkan.

Seorang wanita baru-baru ini mengalami masalah tersebut dan berkongsi menerusi Facebook langkah untuk mengatasi masalah ini.

Status MySejahtera Tiba-Tiba Bertukar Kuning? Wanita Ini Tunjuk Langkah Untuk Menyelesaikannya
Kembalikan status risiko warna biru dari warna kuning melalui langkah-langkah berikut.

Menyedari status risiko dalam MySejahtera bertukar menjadi kuning pada 21 September lalu

Wanita berkenaan, Nourra Khan, berkongsi menerusi Facebook mengenai pengalamannya di mana status risiko beliau bertukar menjadi kuning. Menurutnya, beliau menyedari status risiko dalam MySejahtera beliau telah bertukar menjadi kuning pada 21 September lalu.

Status MySejahtera Tiba-Tiba Bertukar Kuning? Wanita Ini Tunjuk Langkah Untuk Menyelesaikannya
Status risiko Nourra bertukar menjadi kuning sejak 21 September lalu. Kredit: Facebook

Menurut Nourra lagi menerusi keterangan gambar di atas, sekiranya anda mengalami pertukaran status ini, anda dikehendaki untuk menjawab beberapa soalan penilaian dalam masa 10 hari setelah bertukar kuning.

Langkah-langkah untuk mengatasi masalah pertukaran status risiko

Yang pertama, pergi ke bahagian ‘Helpdesk’ dan tekan ‘start’

Status MySejahtera Tiba-Tiba Bertukar Kuning? Wanita Ini Tunjuk Langkah Untuk Menyelesaikannya
Kredit: Facebook

Kemudian, anda akan diberi sebuah senarai untuk dipilih. Dalam senarai ini, pilih pilihan ‘K’ – I have a question about my risk category / health assessment.

Status MySejahtera Tiba-Tiba Bertukar Kuning? Wanita Ini Tunjuk Langkah Untuk Menyelesaikannya
Kredit: Facebook

Seterusnya, anda akan dibawa ke satu lagi senarai. Dalam senarai ini pula, pilih pilihan ‘A’ – I would like to redo my assessment dan kemudian ‘A’ – My health assessment untuk senarai seterusnya.

Status MySejahtera Tiba-Tiba Bertukar Kuning? Wanita Ini Tunjuk Langkah Untuk Menyelesaikannya
Tekan ‘A’ – I would like to redo my assessment. Kredit: Facebook
Status MySejahtera Tiba-Tiba Bertukar Kuning? Wanita Ini Tunjuk Langkah Untuk Menyelesaikannya
Tekan ‘A’ – My health assessment. Kredit: Facebook

Kemudian, pilih pilihan ‘B’ – Redo my health assessment dan anda akan dibawa ke satu halaman di mana anda dikehendaki untuk menyatakan alasan anda membuat penilaian ini. Untuk halaman soalan berkenaan, anda boleh isi alasan / sebab anda atau tulis seperti apa yang dinyatakan oleh Nourra.

Status MySejahtera Tiba-Tiba Bertukar Kuning? Wanita Ini Tunjuk Langkah Untuk Menyelesaikannya
Tekan ‘B’ – To redo your health assessment. Kredit: Facebook
Status MySejahtera Tiba-Tiba Bertukar Kuning? Wanita Ini Tunjuk Langkah Untuk Menyelesaikannya
Isi sebab / alasan anda untuk membuat penilaian ini. Nourra menyatakan anda boleh mengikuti alasannya seperti di atas. Kredit: Facebook

Langkah terakhir adalah mengisi butiran anda iaitu e-mel anda. Pastikan e-mel anda adalah betul kerana e-mel ini akan digunakan untuk menerima e-mel dari pihak KKM / MySejahtera mengenai status risiko anda.

Status MySejahtera Tiba-Tiba Bertukar Kuning? Wanita Ini Tunjuk Langkah Untuk Menyelesaikannya
Isi e-mel yang betul untuk bahagian ini. Kredit: Facebook

Hanya mengambil masa beberapa jam sahaja untuk mengembalikan status biru

Berdasarkan pengalaman Nourra, beliau hanya menunggu beberapa jam sahaja untuk menerima pengesahan e-mel mengenai perubahan status di MySejahtera beliau. Katanya, beliau membuat prosedur di atas pada waktu pagi dan beliau menyedari status risikonya telah bertukar pada waktu malam hari yang sama.

Status MySejahtera Tiba-Tiba Bertukar Kuning? Wanita Ini Tunjuk Langkah Untuk Menyelesaikannya
Status risiko Nourra kembali biru pada hari yang sama. Kredit: Facebook

Semoga perkongsian Nourra dapat membantu anda sekalian jika anda mengalami masalah ini.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tak Payah Beratur Panjang Lagi, Berikut Panduan Terbaru Untuk Daftar Akaun CIMB Secara Online
Next Article Sepasang Pemancing Terjumpa Kereta Hampir Terapung Di Laut Pantai Trombol, Kuching

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?