• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tak Payah Beratur Panjang Lagi, Berikut Panduan Terbaru Untuk Daftar Akaun CIMB Secara Online

Oleh
Ismail NA
24 September 2021
Kongsi
6 Min Bacaan

Wah! Macam ini baru betul memudahkan pelanggan!

Tak Payah Beratur Panjang Lagi, Berikut Panduan Terbaru Untuk Daftar Akaun CIMB Secara Online. Urusan membuka akaun bank pada masa kini tidak lagi semudah dahulu. Untuk sesetengah bank, anda harus pergi membuat temujanji terlebih dahulu, menjawab soalan berkaitan pembukaan bank dan melengkapkan borang pembukaan akaun di kaunter bank. Leceh kan?

Isi Isi Penting
  • Wah! Macam ini baru betul memudahkan pelanggan!
  • Cara 1 – Melalui aplikasi CIMB Apply
  • Cara 2 – Melalui laman sesawang CIMB
  • Lagi artikel berkaitan :

Menerusi perkongsian seorang pengguna laman Facebook, Afrina Madaniya II, wanita ini telah berjaya membuka akaun simpanan CIMB secara dalam talian sahaja tanpa perlu bersesak-sesak ke bank. Jadi, kepada sesiapa yang hendak membuka akaun bank sama ada untuk tujuan melanjutkan pelajaran, perniagaan dan sebagainya, jom cuba cara ini.

Cara 1 – Melalui aplikasi CIMB Apply

Langkah 1 : Muat turun aplikasi CIMB Apply

Aplikasi CIMB Apply ini adalah aplikasi yang berasingan daripada aplikasi CIMB Clicks. Anda boleh memuat turunnya daripada Google Play Store bagi pengguna Android dan Apple App Store bagi pengguna iOS.

Tak Payah Beratur Panjang Lagi, Berikut Panduan Terbaru Untuk Daftar Akaun CIMB Secara Online
Tak Payah Beratur Panjang Lagi, Berikut Panduan Terbaru Untuk Daftar Akaun CIMB Secara Online. Sumber : FB Afrina Madaniya II
Langkah 2 : Tekan butang ‘Open OctoSavers Account’

Setelah anda berjaya memuat turun aplikasi tersebut, anda boleh terus menekan butang ‘Open OctoSavers Account’ untuk mendaftar.

Tak Payah Beratur Panjang Lagi, Berikut Panduan Terbaru Untuk Daftar Akaun CIMB Secara Online
Sumber : FB Afrina Madaniya II
Langkah 3 : Imbas wajah, MyKad dan jawab beberapa soalan

Untuk tujuan sekuriti, anda dikehendaki untuk mengimbas MyKad, wajah anda secara swafoto dan menjawab semua soalan yang dikemukakan.

Tak Payah Beratur Panjang Lagi, Berikut Panduan Terbaru Untuk Daftar Akaun CIMB Secara Online
Sumber : FB Afrina Madaniya II
Langkah 4 : Lengkapkan maklumat peribadi

Langkah ini adalah penting bagi memastikan kad debit anda sampai kepada anda. Gunakan alamat yang mudah untuk anda menerima kad tersebut, selain memilih status diri anda sama ada berkahwin atau belum dan bangsa anda.

Tak Payah Beratur Panjang Lagi, Berikut Panduan Terbaru Untuk Daftar Akaun CIMB Secara Online
Sumber : FB Afrina Madaniya II
Langkah 5 : Lengkapkan maklumat pekerjaan

Isi maklumat pekerjaan seperti sektor pekerjaan, nama majikan, jenis pekerjaan, serta pendapatan bulanan anda.

Tak Payah Beratur Panjang Lagi, Berikut Panduan Terbaru Untuk Daftar Akaun CIMB Secara Online
Sumber : FB Afrina Madaniya II
Tak Payah Beratur Panjang Lagi, Berikut Panduan Terbaru Untuk Daftar Akaun CIMB Secara Online
Sumber : FB Afrina Madaniya II
Tak Payah Beratur Panjang Lagi, Berikut Panduan Terbaru Untuk Daftar Akaun CIMB Secara Online
Sumber : FB Afrina Madaniya II
Langkah 6 : Pilih jenis akaun CIMB yang ingin anda cipta

Anda mempunyai 6 pilihan jenis akaun iaitu akaun simpanan, pendapatan, perbelanjaan pelajaran, hasil pelaburan, perbelanjaan isi rumah, pemindahan pembayaran, hasil sewaan, pembayaran bil dan utiliti, dan lain-lain. Untuk membuka akaun kegunaan biasa, anda dicadangkan untuk memilih jenis simpanan.

Tak Payah Beratur Panjang Lagi, Berikut Panduan Terbaru Untuk Daftar Akaun CIMB Secara Online
Sumber : FB Afrina Madaniya II
Langkah 7 : Pilih sumber kewangan

Pilih sumber kewangan yang lazimnya akan masuk ke dalam akaun anda kelak. Anda boleh memilih seberapa banyak pilihan yang berkaitan. Contohnya, seperti simpanan, pendapatan, hasil sewaan, hasil pelaburan tempatan, hasil pelaburan asing, warisan, penjualan aset, dana pencen dan lain-lain.

Selain itu, tandakan juga bahagian yang menyatakan sama ada anda merupakan seorang individu, keluarga terdekat, saudara mara atau rakan rapat yang terdedah secara politik. Pilih bukan warganegara Amerika Syarikat untuk seksyen soalan bertanyakan sama ada anda warganegara atau penduduk Amerika Syarikat.

Tak Payah Beratur Panjang Lagi, Berikut Panduan Terbaru Untuk Daftar Akaun CIMB Secara Online
Sumber : FB Afrina Madaniya II
Langkah 8 : Tanda pada persetujuan terma dan syarat

Untuk membuka akaun ini, anda perlu menandakan kotak persetujuan terma dan syarat. Afrina memilih untuk menandakan kedua-dua kotak ini. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan kepada anda bahawa anda tidak perlu menanda bahagian deklarasi pemasaran sekiranya anda tidak mahu maklumat peribadi anda dikongsikan kepada pihak ketiga untuk tujuan pemasaran dan promosi.

Tak Payah Beratur Panjang Lagi, Berikut Panduan Terbaru Untuk Daftar Akaun CIMB Secara Online
Sumber : FB Afrina Madaniya II
Langkah 9 : Bayar yuran pendaftaran sebanyak RM 20 dan tunggu kad anda sampai

Setelah anda menekan butang ‘Submit and Apply’, anda akan dibawa ke gerbang pembayaran untuk membayar sejumlah RM 20 sebagai yuran pendaftaran. Setelah berjaya, anda akan terus menerima nombor akaun serta ID CIMB Click anda. Sementara itu, tunggu kad debit anda tiba ke alamat pos yang telah anda isi sebentar tadi dalam tempoh 7 hingga 14 hari bekerja, barulah anda boleh mengaktifkan aplikasi CIMB Click anda.

Tak Payah Beratur Panjang Lagi, Berikut Panduan Terbaru Untuk Daftar Akaun CIMB Secara Online
Sumber : FB Afrina Madaniya II

Cara 2 – Melalui laman sesawang CIMB

Ini lagi mudah! Hanya 3 langkah mudah, anda sudah boleh membuka akaun simpanan CIMB anda sendiri. Untuk permohonan ini, hanya perlu menyediakan salinan bil utiliti untuk pengesahan alamat. Tekan butang ‘Start Application’ untuk memohon.

Caranya pun sama sahaja. Apabila sudah selesai melengkapkan maklumat yang dikemukakan, hanya perlu bayar deposit RM 20* (bergantung dengan jenis akaun yang anda cipta) dan tunggu kad debit anda sampai!

Klik pautan ini untuk membuka akaun CIMB secara dalam talian : https://openaccount.cimb.com.my/retail/casa-onboarding/#/products

Tak Payah Beratur Panjang Lagi, Berikut Panduan Terbaru Untuk Daftar Akaun CIMB Secara Online

Beginilah rupa kad debit yang akan sampai kepada anda kelak seperti mana yang dikongsikan oleh pengguna Facebook, Shammina Rosli. Nampak lain sikit kan daripada kad debit biasa warna merah. Yang ini ada sotong maskot CIMB.

Sumber : FB Shammina Rosli

Nah! Tak perlulah anda susah-susah nak memikirkan hari apa yang sesuai untuk pergi ke bank CIMB. Sekarang pun dah boleh buat secara dalam talian. Lebih mudah dan cepat.

Lagi artikel berkaitan :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Demi Keselesaan Anak Belajar, Bapa Jadikan Lori Sebagai 'Bilik Darjah Bergerak' Di Limbang Demi Keselesaan Anak Belajar, Bapa Jadikan Lori Sebagai ‘Bilik Darjah Bergerak’ Di Limbang
Next Article Status MySejahtera Tiba-Tiba Bertukar Kuning? Wanita Ini Tunjuk Langkah Untuk Menyelesaikannya Status MySejahtera Tiba-Tiba Bertukar Kuning? Wanita Ini Tunjuk Langkah Untuk Menyelesaikannya

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?