• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Suami Mabuk Bakar Isteri Hingga Maut Di Keningau

Oleh
Farisha
6 Februari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Bahana mabuk, isteri maut dibakar suami di Sabah

Suami Mabuk Bakar Isteri Hingga Maut Di Keningau. Seorang wanita maut selepas dibakar oleh suaminya sendiri di Kampung Tinagalan, Sook dekat Keningau, Sabah pada Ahad.

Menurut laporan, mangsa berusia 41 tahun telah meninggal dunia selepas 16 jam menerima rawatan di Hospital Keningau.

Suami Mabuk Bakar Isteri Hingga Maut Di Keningau
Suami Mabuk Bakar Isteri Hingga Maut Di Keningau. Sumber: majoriti

Punca pergaduhan ketika mabuk

Kejadian tersebut dipercayai berpunca daripada pergaduhan antara mereka ketika minum minuman keras jenis tapai (minuman tradisional yang dibuat daripada beras) di rumah mereka pada hari Sabtu.

Ketua Polis Daerah Keningau, Superintendan Yampil Anak Garai menyatakan bahawa hasil siasatan awal mendapati kejadian itu berpunca daripada pertengkaran mulut antara pasangan berusia 50 dan 41 tahun dalam keadaan mabuk.

“Keadaan menjadi tidak terkawal apabila mangsa mencabar suspek untuk membakarnya selepas diugut oleh suaminya. Suspek kemudiannya menyimbah mangsa dengan petrol sebelum menyalakan mancis dan melemparkannya ke arah mangsa,” katanya.

Anak perempuan selamatkan 2 adiknya, serta bantu padamkan api pada badan ibunya

Anak perempuan pasangan itu berusia 16 tahun telah menyelamatkan adik-adiknya selepas menyedari kejadian tersebut. Remaja itu turut membantu memadamkan api pada badan ibunya sebelum mendapatkan bantuan.

Suspek kemudian membawa mangsa ke klinik dan hospital untuk rawatan, namun mangsa telah disahkan meninggal pada pukul 1.41 petang pada hari Ahad.

Suspek kini telah direman sehingga hari Jumaat untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Siasatan awal mendapati suspek tiada rekod jenayah dan ujian dadahnya negatif.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Wanita 75 Tahun Maut Tersangkut Pukat Sendiri Di Kinabatangan
Jiran Maut Selepas Berjaya Selamatkan 7 Penghuni Dalam Kebakaran Di Labuan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Adik Taib Fail Laporan Polis, Tuntut Pihak Terlibat Bertanggungjawab Adik Taib Fail Laporan Polis, Tuntut Pihak Terlibat Bertanggungjawab
Next Article Tular Surat Terbuka Kepada Rakyat Sarawak, Raghad Mohon Henti Spekulasi Jahat Tular Surat Terbuka Kepada Rakyat Sarawak, Raghad Mohon Henti Spekulasi Jahat

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?