• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Suara Dan Muka Persis Arwah P.Ramlee, Video TikTok Lelaki Sabah Ini Buat Netizen Kagum

Oleh
Husna Hazmi
25 Oktober 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Memang merdu macam P.Ramlee suara lelaki ini, mukapun seiras juga!

Suara Dan Muka Persis Arwah P.Ramlee, Video TikTok Lelaki Sabah Ini Buat Netizen Kagum. Muat naik nyanyian merdunya di TikTok, netizen kagum dengan bakat lelaki dari Sabah ini yang mempunyai suara selunak arwah P.Ramlee.

Kalau anda pertama kali melihat video lelaki ini menyanyi, pasti anda akan fikir ‘dia ni guna audio lagu arwah P.Ramlee ke?’. Tapi tidak, suara merdu jejaka dari Sabah ini memang lunak dan mengagumkan seperti suara arwah P.Ramlee.

Suara Dan Muka Persis Arwah P.Ramlee, Video TikTok Lelaki Sabah Ini Buat Netizen Kagum
Suara Dan Muka Persis Arwah P.Ramlee, Video TikTok Lelaki Sabah Ini Buat Netizen Kagum. Gambar tangkap layar dari TikTok @fairuzmisran

Seniman agong P.Ramlee

Jika anda membesar dengan cerita-cerita Melayu Klasik anda pasti akan kenal dengan seniman agong negara iaitu Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh atau nama samarannya P.Ramlee.

Bukan sekadar pelakon malah arwah P.Ramlee juga merupakan seorang penyanyi, pengarah, pemain muzik dan pemain muzik yang amat terkenal di Asia Tenggara. Kejayaan P.Ramlee dalam mengukir nama sebagai seniman unggul pada zaman kegemilangan Filem Melayu telah melayakkan beliau menggondol pelbagai pengiktirafan dari dalam dan luar negara.

Walaupun telah kembali ke rahmatullah di usia 44 tahun pada 29 Mei 1973, namun karya beliau masih lagi diminati ramai sehingga ke hari ini.

@fairuzmisran

Reply to @ard9600 #ibu #pramlee

♬ original sound – FairuzMisran – FairuzMisran

Mempunyai suara merdu seakan-akan suara arwah P.Ramlee

Di TikTok ini, terdapat seorang jejaka dari Sabah ini mempunyai suara merdu seakan-akan suara arwah P.Ramlee dan apa lagi menarik adalah mukanya juga ada iras-iras arwah.

Menyanyikan lagu ‘Ibu’ nyanyian arwah P.Ramlee telah mendapat 648K tontonan di TikTok dan telah menarik perhatian warganet di mana rata-rata diantara mereka kagum dengan suaranya yang merdu serta rupanya yang seperti arwah P.Ramlee.

Baca komen di sini:

Suara Dan Muka Persis Arwah P.Ramlee, Video TikTok Lelaki Sabah Ini Buat Netizen Kagum
Gambar tangkap layar dari komen TikTok @fairuzmisran

Apa pendapat anda? Adakah anda rasa suara dan rupa jejaka dari Sabah ini seperti arwah P.Ramlee? Jika anda ingin melihat konten menarik jejaka ini menyanyikan lagu klasik Melayu, anda boleh ikuti TikTok beliau di @fairuzmisran.

Sebelum ini terdapat seorang jejaka mirip Arwah S.Shamsuddin di TikTok:

Wajah Mirip Arwah S. Shamsuddin, Netizen Kagum Dengan Video TikTok Lelaki Iban Ini
SUMBER :TikTok @fairuzmisran
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tular Wajah Seorang Lelaki Guna Grab Atau Maxim Di Miri Tetapi Enggan Bayar Dan Berhutang
Next Article Boleh Bahayakan Pengguna Jalan Raya, Penjaja Tepi Jalan Di Betong Akhirnya Dipindahkan Boleh Bahayakan Pengguna Jalan Raya, Penjaja Tepi Jalan Di Betong Akhirnya Dipindahkan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?