• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Boleh Bahayakan Pengguna Jalan Raya, Penjaja Tepi Jalan Di Betong Akhirnya Dipindahkan

Oleh
Aina Musa
25 Oktober 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Boleh Bahayakan Pengguna Jalan Raya, Penjaja Tepi Jalan Di Betong Akhirnya Dipindahkan

Penjaja bakal dipindahkan ke tapak baharu yang lebih selamat

Boleh Bahayakan Pengguna Jalan Raya, Penjaja Tepi Jalan Di Betong Akhirnya Dipindahkan. Mulai 1 November peniaga tepi jalan yang berjual di kawasan berdekatan lot kedai Simpang Perumahan Bebanggai dekat sini akan dipindahkan ke tapak baharu yang lebih sesuai dan selamat.

Boleh Bahayakan Pengguna Jalan Raya, Penjaja Tepi Jalan Di Betong Akhirnya Dipindahkan
Boleh Bahayakan Pengguna Jalan Raya, Penjaja Tepi Jalan Di Betong Akhirnya Dipindahkan. Sumber: Borneo Network

Menurut jurucakap Majlis Daerah Betong (MDB), peniaga di kawasan terbabit terpaksa dipindahkan setelah menerima banyak laporan berkenaan keselamatan pengguna jalanraya yang melalui jalan tersebut.

Menyebabkan laluan sesak

“Laporan yang di terima berkenaan laluan tersebut agak sesak apabila ramai yang memberhenti kenderaan ditepi jalan untuk membeli jualan dan berbahaya kepada pengguna jalanraya yang menggunakan jalan tersebut selain timbul kesesakan dan sukarnya untuk keluar simpang terutamanya waktu puncak.

“Disebabkan masalah yang timbul berpunca daripada para pembeli yang kebanyakannya pelanggan tetap yang singgah untuk membeli kuih muih dan lauk pauk yang dijual dalam pelbagai jenis termasuk minuman telah menimbulkan kerisauan berlakunya perkara yang tidak diingini.

Boleh Bahayakan Pengguna Jalan Raya, Penjaja Tepi Jalan Di Betong Akhirnya Dipindahkan
Sumber: Borneo Network

“Merujuk kepada laporan yang di terima, sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang bertanggungjawab MDB telah mengambil inisiatif untuk menyediakan tapak baru di kawasan letak kereta yang berhadapan dengan lot kedai makan di kawasan yang sama cuma tempat dialihkan bagi mengelak risiko kepada peniaga, pembeli dan pengguna jalanraya yang lain.

Lokasi baharu yang lebih sistematik dan kadar bayaran turut dikenakan

“Kita berharap dengan pemakluman awal yang dibuat, pembeli terutamanya tidak terkejut akan perubahan tempat dan mencari dimana tempat yang baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui ketika menyedia dan menentukan ukuran tapak baru untuk persempadanan lot peniaga.

Boleh Bahayakan Pengguna Jalan Raya, Penjaja Tepi Jalan Di Betong Akhirnya Dipindahkan
Sumber: Borneo Network

Tambahnya Bahagian Penguatkuasa MDB menyediakan ruang yang mencukupi bagi menempatkan peniaga di tapak baru nanti.

“Bagi memastikan lot mencukupi untuk peniaga, pembahagian ruang turut kita ukur, sebanyak 15 lot disediakan. Selain itu, mereka juga akan dikenakan bayaran bagi setiap lot yang disediakan merujuk kepada amaun yang ditetapkan oleh Jabatan.

“Walau bagaimanapun diharap para peniaga mematuhi arahan yang telah dikeluarkan dan berpindah ke kawasan baharu yang diluluskan dan lebih selamat,” tegasnya.

Baca lagi artikel terkini:

Tular Wajah Seorang Lelaki Guna Grab Atau Maxim Di Miri Tetapi Enggan Bayar Dan Berhutang
Tarikan Terbaharu Di Jambatan Merah Bintangor, Kini Dihiasi Dengan Warna Warni Lampu LED
SUMBER :Borneo Network
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Suara Dan Muka Persis Arwah P.Ramlee, Video TikTok Lelaki Sabah Ini Buat Netizen Kagum
Next Article Penyanyi Asal Sabah, Rosario Bianis Dijemput Ke Britain’s Got Talent Di London

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?