I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Sudah Menular Ke 27 Negara, Varian COVID-19 Lambda Dipercayai Kebal Terhadap Vaksin
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Sudah Menular Ke 27 Negara, Varian COVID-19 Lambda Dipercayai Kebal Terhadap Vaksin

Last updated: 06/07/21 3:18 PM
Husna Hazmi
Kongsi
3 Min Bacaan
Kongsi

Varian Lambda dipercayai lebih mudah menjangkiti daripada Varian Delta.

Sudah Menular Ke 27 Negara, Varian COVID-19 Lambda Dipercayai Kebal Terhadap Vaksin. Dilaporkan bahawa sekumpulan pegawai kesihatan telah memberi amaran mengenai mutasi yang luar biasa di dalam varian Lambda yang kini telahpun menular di Britain dan apa yang lebih membimbangkan adalah virus tersebut dikatakan kebal terhadap vaksin Covid-19.

Sudah Menular Ke 27 Negara, Varian COVID-19 Lambda Dipercayai Kebal Terhadap Vaksin
Sudah Menular Ke 27 Negara, Varian COVID-19 Lambda Dipercayai Kebal Terhadap Vaksin

Varian terbaharu itu turut berkongsi mutasi genetik yang sama dengan varian Delta

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), varian terbaharu itu turut berkongsi mutasi genetik yang sama dengan varian Delta sekali gus menjadikannya lebih mudah menjangkiti.

Varian terbaru COVID-19 yang lebih berbahaya dilaporkan di United Kingdom (UK), sehingga saintis tidak boleh memberi jaminan sama ada vaksin yang sedia ada ini mampu untuk mengawalnya justeru lahirnya kebimbangan bahawa mutasi varian Lambda yang jarang ditemui itu mungkin kebal terhadap vaksin.

Varian Lambda, yang dikenali sebagai C.37, pertama kali dikesan di Peru dan telah mengakibatkan jangkitan lebih 80 peratus kes di negara tersebut.

Berdasarkan satu kajian di University of Chile, Santiago, melihat pengaruh Lambda terhadap pekerja yang sudah menerima dua dos Vaksin CoronaVac China.

Sudah Menular Ke 27 Negara, Varian COVID-19 Lambda Dipercayai Kebal Terhadap Vaksin

Faktor ketakutan terhadap COVID-19 kini berada di luar kawalan

Nick Cater dari Pusat Penyelidikan Menzies, berkata faktor ketakutan terhadap COVID-19 kini berada di luar kawalan selepas tinjauan menunjukkan wujud purata 38 peratus peluang kehilangan nyawa akibat varian Delta.

“Penelitian menunjukkan Lambda lebih mudah menular berbanding varian Gamma dan Alpha selain lebih berupaya melawan antibodi yang dihasilkan oleh vaksin.

“Kami melihat peningkatan keupayaan jangkitan yang didorong lonjakan protein Lambda yang lebih tinggi berbanding varian D614G atau Alpha dan Gamma.

“Buat pertama kali, data kami juga menunjukkan mutasi dalam lonjakan protein varian Lambda meningkatkan keupayaan jangkitan dan menangkis antibodi yang dihasilkan vaksin virus CoronaVac,” katanya.

Sudah Menular Ke 27 Negara, Varian COVID-19 Lambda Dipercayai Kebal Terhadap Vaksin

Varian Lambda sudah menular ke 27 negara

Seorang doktor mikrobiologi molekul di Universiti Cayetano Heredia di Lima, Peru, Pablo Tsukayama, pula mengatakan varian Lambda menyebar lebih cepat berbanding varian sebelumnya.

“Kami mempunyai 200 jangkitan varian Lambda pada Disember dan menjelang akhir Mac, jumlahnya merangkumi separuh daripada sampel yang diambil di Lima, Peru.

“Sekarang, tiga bulan kemudian, kami melihat varian Lambda dalam lebih daripada 80 peratus semua jangkitan di seluruh negara.

“Lambda telah menjadi varian dominan di Peru dalam jangka masa yang sangat singkat,” katanya kepada DW News. Setakat ini, varian Lambda sudah menular ke 27 negara termasuk UK, sekali gus telah menimbulkan kebimbangan ketika negara itu berharap untuk kembali kepada kehidupan biasa pada 19 Julai 2021 ini.

Lagi di sini:

Husna Hazmi 6 Julai 2021
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 2 Remaja Maut Serta Merta Semasa Lumba Haram, Namun Salah Seorangnya Pula Positif COVID-19 2 Remaja Maut Serta Merta Semasa Lumba Haram, Namun Salah Seorangnya Pula Positif COVID-19
Next Article TERKINI: Kes COVID-19 Di Sarawak Menurun, Hanya 286 Kes Positif Dilaporkan Hari Ini

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Anda Boleh Dipenjara Jika Memanggil Seseorang 'Bodoh' Atau Memeriksa Telefon Bimbit Pasangan Di UAE
Berita Dunia

Anda Boleh Dipenjara Jika Memanggil Seseorang Bodoh Atau Memeriksa Telefon Bimbit Pasangan Di UAE

7 Ogos 2022
Berita Dunia

Pelik Tapi Benar, 2 Pulau Dengan Jarak Hanya 4.8 KM Ini Berbeza Masa Sehingga 21 Jam

7 Ogos 2022
Gara-gara Hidangkan ‘French Fries’ Sejuk, Pekerja McD Ditembak Mati Oleh Pelanggan
Berita Dunia

Gara-gara Hidangkan ‘French Fries’ Sejuk, Pekerja McD Ditembak Mati Oleh Pelanggan

7 Ogos 2022
Berita Dunia

Kisah Tragik Nicokado Avocado, Youtuber Yang Kini Terlantar Akibat Mukbang

4 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?