• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sumandak Sabah Menang Anugerah Emas Pertandingan Esei The Queen’s Commonwealth 2024

Oleh
Farisha
9 Oktober 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Pelajar Kolej Vokasional Keningau raih anugerah emas dalam pertandingan esei antarabangsa

Sumandak Sabah Menang Anugerah Emas Pertandingan Esei The Queen’s Commonwealth 2024. Elisha Carmen Erick, pelajar tahun dua Teknologi Pembinaan Kolej Vokasional (KV) Keningau, telah memenangi anugerah emas dari pertandingan penulisan esei paling tertua di dunia, The Queen’s Commonwealth Essay Competition, dengan hasil karyanya yang bertajuk “a Letter to the Prime Minister” (surat kepada perdana Menteri). Dia menerima keputusan dan sijil pencapaian tersebut melalui hantaran email pada 26 September 2024.

The Queen’s Commonwealth Essay Competition adalah pertandingan penulisan esei Bahasa Inggeris yang dianjurkan setiap tahun oleh Royal Commonwealth Society, United Kingdom, sejak tahun 1883 dan ianya terbuka untuk semua pelajar sekolah di seluruh dunia.

Sumandak Sabah Menang Anugerah Emas Pertandingan Esei The Queen’s Commonwealth 2024
Sumandak Sabah Menang Anugerah Emas Pertandingan Esei The Queen’s Commonwealth 2024

Setiap esei akan dinilai dan dianugerahkan dengan anugerah emas, perak dan gangsa serta sijil penyertaan berdasarkan julat pemarkahan yang telah ditetapkan. Elisha menulis esei berbentuk surat yang merayu pemimpin negara agar menyelesaikan isu kanak-kanak tanpa kewarganegaraan yang merupakan isu yang kian merisaukan khususnya di negeri Sabah.

Situasi ini menyebabkan kanak-kanak sebegini mengalami kesukaran mendapatkan pendidikan formal dan ini membuatkan peluang mereka untuk mengubah kehidupan mereka dari aspek sosial dan ekonomi menjadi tipis.

Elisha berasa sangat gembira dengan pencapaian itu kerana dia adalah seorang yang gemar meluahkan pendapat melalui penulisan dan telah berjaya menerbitkan rencana editorial dia yang pertama di sebuah majalah pendidikan beberapa bulan yang lepas.

Pengarah kolej tersebut, Nordin bin Akup, mengucapkan tahniah kepada pelajar ini dan dia berharap ini akan menjadi pembakar semangat kepada pelajar yang lain untuk mendalami bidang penulisan dan kewartawanan dengan lebih gigih untuk mengasah kemahiran berfikir dan kemahiran mereka menggunakan bahasa yang mereka pelajari.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Sumandak Sabah, Eidelweiss Berjaya Raih Emas Untuk Sarawak Dalam Acara Karate SUKMA
Pelajar KV Keningau Raih 10 Pingat Sabah Hospitality Fiesta Kategori Perantis
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sabah Mohon Pengecualian Daripada Penamatan Subsidi Telur
Next Article Hampir Terlepas Pendaftaran UMS, Tular Anak Petani Sabah Kini Bakal Jejak Kaki Di Universiti Hampir Terlepas Pendaftaran UMS, Tular Anak Petani Sabah Kini Bakal Jejak Kaki Di Universiti

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?