I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Sumiran Eco Camp, Destinasi Berkhemah ‘All-in-1’ Siap Ada Flying Fox Terpanjang Di Sarawak!
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Contact
  • Blog
  • Complaint
  • Advertise
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Sumiran Eco Camp, Destinasi Berkhemah ‘All-in-1’ Siap Ada Flying Fox Terpanjang Di Sarawak!

Oleh Nur Afifah
Dikirim pada 04/10/21 4:41 PM
Kongsi
7 Min Bacaan
Kongsi

Best kan?

Sumiran Eco Camp, Destinasi Berkhemah ‘All-in-1’ Siap Ada Flying Fox Terpanjang Di Sarawak! Tahukah anda, lebih kurang 18 kilometer dari pusat bandar Kuching, terdapat sebuah lokasi tersembunyi di mana anda boleh melakukan banyak aktiviti menarik termasuk berkhemah dan terjunan flying fox? Destinasi yang dimaksudkan adalah Sumiran Eco Camp yang terletak di Rantau Panjang, Batu Kawa, Kuching!

Maklumlah, sudah lama terperap di rumah kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), maka inilah masanya untuk anda meluangkan masa semula dengan alam semula jadi bersama keluarga mahupun rakan-rakan anda.

Sumiran Eco Camp, Destinasi Berkhemah 'All-in-1' Siap Ada Flying Fox Terpanjang Di Sarawak!
Kredit : FB Zuera Salleh

Berkhemah dengan selesa dan tenang, boleh bawa sendiri atau sewa saja

Aktiviti utama yang boleh dilakukan di sini tentunya berkhemah. Anda boleh membawa set khemah sendiri atau jika anda mempunyai bajet lebih, anda boleh juga menyewa set khemah biasa yang disediakan oleh pihak Sumiran dengan bayaran sekitar RM 30 (khemah kecil 4 orang) dan RM 50 (khemah besar muat 5 orang). 3 jenis khemah khas lain yang disediakan menurut laman Facebook Sumiran Eco Camp adalah Mansion Tent, Lounge Tent dan Igloo Tent.

Sumiran Eco Camp, Destinasi Berkhemah 'All-in-1' Siap Ada Flying Fox Terpanjang Di Sarawak!
Kredit : FB Nurzaidatina Aishah Zamrus

Untuk Mansion Tent, harga sewaan adalah pada RM 120.00 dan boleh memuatkan 6 orang individu di dalamnya. Manakala, Lounge Tent pula mempunyai kadar sewaan RM 115.00 untuk penginapan 4 orang serta Igloo Tent disewa dengan kadar RM 110.00 untuk keselesaan 2 individu dalam satu khemah. Menariknya, harga sewaan ini sudah termasuk dengan kelengkapan seperti tilam udara, kerusi dan meja lipat, lampu solar serta pakej sarapan untuk 2 orang!

Jika nakkan kelainan, anda juga dibenarkan untuk berkhemah dalam kenderaan anda sendiri seperti kenderaan jenis sedan, 4×4 atau caravan dengan harga sewaan tapak yang sangat berpatutan.

Sumiran Eco Camp, Destinasi Berkhemah 'All-in-1' Siap Ada Flying Fox Terpanjang Di Sarawak!
Kredit : FB Sumiran Eco Camp
Sumiran Eco Camp, Destinasi Berkhemah 'All-in-1' Siap Ada Flying Fox Terpanjang Di Sarawak!
Sumiran Eco Camp, Destinasi Berkhemah ‘All-in-1’ Siap Ada Flying Fox Terpanjang Di Sarawak! Kredit : FB Sumiran Eco Camp

Boleh memasak atau memanggang sambil stargazing

Dah namanya berkhemah, takkan nak duduk diam saja kan? Anda juga boleh memasak dan memanggang di tapak perkhemahan anda menggunakan peralatan anda sendiri sambil-sambil melihat bintang-bintang di langit malam. Selain itu, Sumiran Eco Camp ini juga merupakan lokasi terbaik untuk anda melakukan aktiviti stargazing atau aktiviti astronomi seperti melihat fenomena milky way.

Sumiran Eco Camp, Destinasi Berkhemah 'All-in-1' Siap Ada Flying Fox Terpanjang Di Sarawak!
Kredit : FB Aizaharwani MJ

Selain berkhemah, anda juga boleh menginap secara glamping di sini. Sebanyak 12 unit kabin glamping yang dilengkapi dengan bilik mandi, lampu, kipas dan port pengecasan disediakan untuk pengunjung yang inginkan keselesaan maksima semasa menikmati alam semula jadi.

Sumiran Eco Camp, Destinasi Berkhemah 'All-in-1' Siap Ada Flying Fox Terpanjang Di Sarawak!
Kredit : FB Iqbal Ismail
Sumiran Eco Camp, Destinasi Berkhemah 'All-in-1' Siap Ada Flying Fox Terpanjang Di Sarawak!
Kredit : FB Mohammad Gadafi Mas
Sumiran Eco Camp, Destinasi Berkhemah 'All-in-1' Siap Ada Flying Fox Terpanjang Di Sarawak!
Kredit : FB Sumiran Eco Camp

Kalau anda pergi pada hujung minggu pula, anda berpeluang untuk menyertai aktiviti Campfire yang hanya diadakan khas pada hujung minggu sahaja. Masa ni, bolehlah anda bersuka ria dan mencipta kenangan indah bersama orang yang tersayang.

The Camp is finally glowing again! ✨🔥 Mingle around, make your life glow as big as the campfire at Sumiran! Once discovered, Never Forgotten! Learn more!!

Posted by Sumiran Eco Camp on Friday, October 1, 2021

Telusuri Sungai Sarawak dan cabar diri dengan flying fox terpanjang di Sarawak!

Untuk aktiviti di sebelah siang, lebih banyak aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di sini. Antaranya adalah seperti aktiviti river boatride. Anda akan bertolak dari Pengkalan Nek Abi di Sumiran dan dibawa oleh jurupandu Sumiran menelusuri Sungai Sarawak yang indah serta melihat sendiri haiwan liar dalam habitat semulajadi mereka.

Peminat kereta crawlers juga berpeluang untuk ‘test drive’ dan bermain permainan alat kawalan jauh itu di laluan mencabar yang disediakan khas di sini.

Sumiran Eco Camp, Destinasi Berkhemah 'All-in-1' Siap Ada Flying Fox Terpanjang Di Sarawak!
Kredit : FB Sumiran Eco Camp

Aktiviti yang paling best dan unik di Sumiran sudah tentulah aktiviti terjunan zipline flying fox. Untuk pengetahuan anda, zipline flying fox di Sumiran ini merupakan yang terpanjang di Sarawak dengan jarak 161 meter. Anda akan merentas kawasan pohon serta tasik sebelum disambut oleh kru flying fox Sumiran yang berpengalaman. Bagi yang belum pernah mempunyai pengalaman membuat terjunan flying fox dan ingin mencabar diri anda, inilah tempatnya.

Kuasai diri.

Bermain flying fox di Sumiran Eco Camp bukan sekadar akan mendapat keseronokan dan pengalaman yang diingati sampai bila-bila, malah sebenarnya akan memberi anda peluang untuk lebih mengenali tahap kemampuan diri sendiri. Mana tidaknya, membuat terjunan flying fox memerlukan sifat keberanian. Ianya akan membuat anda untuk keluar dari zon selesa diri. Memberanikan diri untuk membuat terjunan memerlukan suatu push factor dari dalam diri. Bak kata pepatah inggeris, “life begins at the end of your comfort zone”. Dan akhirnya, selesai berjaya membuat terjunan anda akan merasa suatu kepuasan dan kejayaan telah dicapai!Ini bukan sebarang kejayaan, kerna anda telah melakukan terjunan flying fox yang terpanjang di Sarawak, (161 meter). Cine tempat? Di Kuching tok ajak 🥰

Posted by Sumiran Eco Camp on Tuesday, August 24, 2021

Bagi mereka yang berkeluarga pula, destinasi ini juga mempunyai pelbagai jenis haiwan yang boleh dilihat bersama anak-anak. Selain itu, anda juga berpeluang untuk melakukan pelbagai jenis aktiviti outdoor seperti jogging, menunggang basikal, treasure hunt, bersiar-siar, paddle boat dan sebagainya.

Sumiran Eco Camp, Destinasi Berkhemah 'All-in-1' Siap Ada Flying Fox Terpanjang Di Sarawak!
Kredit : FB Sumiran Eco Camp
Sumiran Eco Camp, Destinasi Berkhemah 'All-in-1' Siap Ada Flying Fox Terpanjang Di Sarawak!

Menarik betul kan? Sumiran Eco Camp ini terkenal dengan ucapan ‘Salam Sumiran’. Jika anda berkunjung ke sini, bolehlah anda menyapa staf mereka dengan ucapan mesra ‘Salam Sumiran’ di kaunter kafe mereka. Mana tahu, anda akan dapat sesuatu yang istimewa daripada mereka? Belum cuba, belum tahu kan. Hehe.

Sumiran Eco Camp, Destinasi Berkhemah 'All-in-1' Siap Ada Flying Fox Terpanjang Di Sarawak!
Kredit : FB Iqbal Ismail
Sumiran Eco Camp, Destinasi Berkhemah 'All-in-1' Siap Ada Flying Fox Terpanjang Di Sarawak!
Kredit : FB Iqbal Ismail

Tak perlu pergi jauh gais! Kuching pun ada

Kini, mereka sedang memperkenalkan pakej kunjungan terbaharu iaitu 2STAY SUMIRAN ECO CAMP. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang pakej ini atau mana-mana aktiviti dan penginapan dengan menghubungi mereka di laman Facebook rasmi iaitu Sumiran Eco Camp atau terus melalui WhatsApp di pautan https://wa.me/60164459678.

Jika anda berkunjung di sini, jangan lupa kongsikan momen indah anda di Facebook group I Love Borneo iaitu Tempat Menarik di Borneo agar lebih ramai yang mengetahui tentang kewujudan lokasi menarik ini. Jaga SOP dan kekalkan penjarakan sosial!

Pernah pergi ke sini tak? Kalau belum, jum weekend ni!

Nur Afifah 4 Oktober 2021
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kenali ‘Not’, Kucing Jurupandu Yang Akan Bantu Anda Sampai Ke Curtain Waterfall Di Bengoh Dam
Next Article Murahnya! Ini Cara Untuk Orang Sarawak Dapatkan Diskaun 50% Penginapan Hotel Di Seluruh Negeri Ini

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village
FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Tempat Menarik

Lihat Gambar Dulu Dan Sekarang Pusat Keagamaan Di Sekitar Bandaraya Kuching

4 Julai 2022
Keunikan Turtle Cave Di Pulau Sipadan Sabah, Satu-Satunya Makam Penyu Di Dunia
Tempat Menarik

Keunikan Turtle Cave Di Pulau Sipadan Sabah, Satu-Satunya Makam Penyu Di Dunia

3 Julai 2022
Suasana Santai, Nikmati Percutian Menarik Bersama Keluarga Di Capernaum Garden Di Kota Belud Sabah
Tempat Menarik

Suasana Santai, Nikmati Percutian Menarik Bersama Keluarga Di Capernaum Garden Di Kota Belud Sabah

3 Julai 2022
Tarikan Alam Semula Jadi, Jom Luangkan Masa Bersama Keluarga Di Ranchan Serian!
Tempat Menarik

Tarikan Alam Semula Jadi, Jom Luangkan Masa Bersama Keluarga Di Ranchan Serian!

3 Julai 2022

Kategori

  • Cerita Borneo
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • #innovatesarawak

Polisi

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat

Hubungi kami

Pengiklanan & advertorial berbayar : [email protected]

Isu berkaitan konten :
[email protected]

 

 

Follow US

A Part Of Borneo Digital

AdBlock Detected
Our site is an advertising supported site. Please whitelist to support our site.
Okay, I'll Whitelist
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?