• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Sungguh Hebat, Menara Merdeka PNB118 Malaysia Akan Menjadi Pencakar Langit Kedua Tertinggi Di Dunia

Oleh
Husna Hazmi
19 Julai 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Ianya dijangka akan siap pada tahun hadapan.

Sungguh Hebat, Menara Merdeka PNB118 Malaysia Akan Menjadi Pencakar Langit Kedua Tertinggi Di Dunia. Ya! Memang benar, jika Menara Merdeka PNB118 dengan ketinggian 644 meter ini dijangka siap dibina pada tahun 2022, maka ianya akan menjadi bangunan yang tertinggi di Asia dan kedua tertinggi di dunia iaitu dibelakang bangunan burj khalifa yang merupakan bangunan yang paling tinggi di dunia.

Sungguh Hebat, Menara Merdeka PNB118 Malaysia Akan Menjadi Pencakar Langit Kedua Tertinggi Di Dunia
Sungguh Hebat, Menara Merdeka PNB118 Malaysia Akan Menjadi Pencakar Langit Kedua Tertinggi Di Dunia. Kredit gambar: Youtube

Menara Merdeka 118 ini akan menjadi bangunan tertinggi di Malaysia

Menara Merdeka 118 ini akan menjadi bangunan tertinggi di Malaysia mendahului Menara Berkembar Petronas yang berketinggian 451.9 meter dan Menara Tun Razak Exchange 106 (TRX) 445.5 meter.

Buat pengetahuan anda, bangunan tertinggi di dunia kini merupakan Menara Burj Khalifa dengan ketinggian 828 meter dan diikuti Shanghai Tower dengan ketinggian 632 meter yang berada di tangga kedua. Oleh itu, jika bangunan ini siap dibina pada tahun hadapan, Menara Merdeka 118 ini akan menjadi bangunan kedua tertinggi di dunia dan yang paling tinggi di Asia Tenggara.

Sungguh Hebat, Menara Merdeka PNB118 Malaysia Akan Menjadi Pencakar Langit Kedua Tertinggi Di Dunia
Kredit gambar: Twitter

Dianggar mempunyai keluasan sekitar 3 juta kaki2 

Menara megah dengan 118 tingkat ini dianggar mempunyai keluasan sekitar 3 juta kaki2 (kps) atau 290,000 meter2 (mps). Jika siap bangunan menara ini akan mengandungi ruang pejabat, hotel mewah, dan sebuah pusat membeli belah.

Bagi pembinaan menara kedua tertinggi di Malaysia ini, ianya memakan kos sekitar RM 5 Billion yang dibiayai oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Menara ini dibina di Jalan hang Jebat, Kuala Lumpur, iaitu berdekatan dengan beberapa bangunan bersejarah dan ikonik di Malaysia seperti Stadium Merdeka, Stadium Negara dan Stadium Chin Woo. Siapnya menara ini nanti, ianya juga akan mempunyai akses ke laluan MRT Sungai Buloh-Kajang yang baru siap dibina. Sungguh Hebat!

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hilangkan Dahaga Anda, Ini Adalah 5 Kedai Minuman Lokal Padu Di Kuching Yang Mesti Dicuba
Next Article Selepas 22 Julai, Penerima Vaksin Dos Pertama Di Sarawak Akan Terima Pfizer Atau Cansino

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?