• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Suspek Ragut Rempuh Pagar Besi, Maut Dalam Cubaan Melarikan Diri Di Batu Kawa

Oleh
Husna Hazmi
29 Disember 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Suspek memecut motosikalnya tetapi berakhir dengan merempuh pagar besi

Suspek Ragut Rempuh Pagar Besi, Maut Dalam Cubaan Melarikan Diri Di Batu Kawa. Dilaporkan, sebuah insiden mengejutkan berlaku di Jalan Field Force, Batu Kawa, apabila seorang lelaki maut selepas meragut beg tangan sepasang suami isteri yang sedang membonceng motosikal bersama anak mereka, tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi, mengesahkan kejadian yang berlaku sekitar jam 1.30 tengah hari itu melibatkan seorang suspek lelaki tempatan berusia 32 tahun.

Suspek Ragut Rempuh Pagar Besi, Maut Dalam Cubaan Melarikan Diri Di Batu Kawa
Suspek Ragut Rempuh Pagar Besi, Maut Dalam Cubaan Melarikan Diri Di Batu Kawa. Sumber gambar: The Borneo Post

Terlibat dalam kemalangan tragis

Menurut Mohd Irwan, suspek bertindak melarikan diri selepas meragut mangsa sebelum terlibat dalam kemalangan tragis. “Suspek memecut motosikalnya tetapi berakhir dengan merempuh pagar besi Briged PGA Batu Kawa Kuching,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan suspek meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan yang dialami.

Suspek Ragut Rempuh Pagar Besi, Maut Dalam Cubaan Melarikan Diri Di Batu Kawa

Pihak polis kini menyiasat kes

Pihak polis kini menyiasat kes ini di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merompak dan Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana kecuaian dalam pemanduan.

Insiden ini menjadi peringatan kepada masyarakat tentang risiko jenayah ragut yang tidak hanya mengancam keselamatan mangsa, tetapi juga mengundang akibat buruk kepada pelaku.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Penunggang Motosikal Maut, Pemandu Kereta Langgar Lari Di Jalan Matang
Majikan Dedah Pekerja Muslim Turut Bantu Siapkan Pintu Gereja St Peter Padungan
SUMBER :Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Majikan Dedah Pekerja Muslim Turut Bantu Siapkan Pintu Gereja St Peter Padungan Majikan Dedah Pekerja Muslim Turut Bantu Siapkan Pintu Gereja St Peter Padungan
Next Article DBKU Hidupkan Seni Kontemporari Bertemakan Kucing Di Muzium Kucing

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?