• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

DBKU Hidupkan Seni Kontemporari Bertemakan Kucing Di Muzium Kucing

Oleh
Husna Hazmi
29 Disember 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Berita baik untuk pencinta seni dan pecinta ‘pusak‘ di luar sana!

DBKU Hidupkan Seni Kontemporari Bertemakan Kucing Di Muzium Kucing. Bagi pencinta seni dan kucing, ini berita baik untuk anda! Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) sedang menganjurkan pameran seni kontemporari bertemakan kucing, dikenali sebagai International Uptown Cat-X. Pameran ini berlangsung selama tiga bulan, bermula dari 28 Disember hingga 31 Mac tahun depan di Galeri A, Muzium Kucing DBKU.

Menurut DBKU, pameran ini memberi peluang kepada penggiat seni, termasuk pelajar dari institusi pengajian tinggi awam dan swasta, untuk menonjolkan bakat mereka melalui karya seni bertemakan kucing. Sebanyak 61 hasil karya dipamerkan, memaparkan keindahan dan keunikan haiwan comel ini.

DBKU Hidupkan Seni Kontemporari Bertemakan Kucing Di Muzium Kucing
DBKU Hidupkan Seni Kontemporari Bertemakan Kucing Di Muzium Kucing. Sumber gambar: Facebook Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU)

“Tujuan utama pameran ini adalah untuk menyediakan ruang kepada penggiat seni mengekspresikan kreativiti mereka. Pada masa yang sama, ia mempromosikan Muzium Kucing sebagai destinasi tarikan pelawat, baik dari dalam mahupun luar negeri,” jelas DBKU di laman Facebook rasmi mereka.

Majlis perasmian pameran ini telah disempurnakan oleh Ahli Dewan DBKU, Dato Grunsin Ayom, dengan kehadiran Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Komuniti DBKU, Rudzaimeir Malek, semalam (Sabtu).

DBKU Hidupkan Seni Kontemporari Bertemakan Kucing Di Muzium Kucing
Sumber gambar: Facebook Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU)
DBKU Hidupkan Seni Kontemporari Bertemakan Kucing Di Muzium Kucing
Sumber gambar: Facebook Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU)

Selain itu, satu pertandingan karya seni turut diadakan, dengan dua kategori utama: Peserta Tempatan Sarawak dan Jemputan Antarabangsa. Hadiah disampaikan dalam majlis yang berlangsung semasa pelancaran pameran tersebut.

Jika anda peminat seni atau kucing, jangan lepaskan peluang untuk melawat pameran ini dan menikmati keindahan karya seni yang penuh inspirasi. Pastikan anda singgah sebelum ia berakhir pada 31 Mac 2024!

Lagi aktiviti menarik untuk anda di sini:

LEGO Certified Store Pertama Borneo Kini Dibuka Di Kuching
Borneo Cultures Museum Tawar Tiket Masuk Percuma Pada 31 Disember Ini
SUMBER :Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Suspek Ragut Rempuh Pagar Besi, Maut Dalam Cubaan Melarikan Diri Di Batu Kawa
Next Article Majlis Olimpik Malaysia Mahu Lokasi Pertandingan Sukan SEA Dihimpunkan Di Kuching

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?