I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Susulan Catat Kes Tertinggi Di Malaysia, Pegawai Kesihatan Bakal Dimobilisasi Ke Sarawak
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Susulan Catat Kes Tertinggi Di Malaysia, Pegawai Kesihatan Bakal Dimobilisasi Ke Sarawak

Last updated: 13/04/21 5:20 PM
Nur Afifah
Kongsi
3 Min Bacaan
Kongsi

Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Kesihatan Malaysia.

Susulan Catat Kes Tertinggi Di Malaysia, Pegawai Kesihatan Bakal Dimobilisasi Ke Sarawak. Beberapa minggu kebelakangan ini, situasi pandemik di Sarawak kian meningkat. Hari ini sahaja, jumlah yang direkodkan adalah lebih tinggi daripada biasa iaitu sebanyak 607 kes dicatatkan.

Oleh itu, bagi membendung penularan kes di Sarawak, pegawai kesihatan yang terdiri daripada pelbagai jawatan akan dimobilisasi ke Sarawak secepat mungkin. Demikian menurut Menteri Kesihatan Malaysia, Dr. Adham Baba hari ini semasa lawatan kerjanya ke Sarawak.

Susulan Catat Kes Tertinggi Di Malaysia, Pegawai Kesihatan Bakal Dimobilisasi Ke Sarawak
Susulan Catat Kes Tertinggi Di Malaysia, Pegawai Kesihatan Bakal Dimobilisasi Ke Sarawak
Kredit : BERNAMA

300 hingga 500 pegawai pelbagai jawatan akan dihantar ke Sarawak

Pegawai kesihatan yang bakal dimobilisasi ke Sarawak adalah daripada negeri-negeri yang kini mempunyai kes COVID-19 yang rendah. Tenaga kesihatan tambahan adalah sangat diperlukan buat masa ini bagi membantu pegawai sedia ada untuk membuat pengesanan kontak, ujian, dan rawatan di kawasan yang memperlihatkan pertambahan runcing kes jangkitan.

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia menganggarkan akan menghantar sejumlah 300 hingga 500 pegawai pelbagai jawatan termasuk doktor, jururawat, pembantu perawatan kesihatan, juruteknologi makmal dan pegawai yang menjalankan ujian saringan di lapangan.

Pegawai KKM kawasan hijau Sarawak dikerah ke kawasan merah

Pegawai kesihatan dalam Sarawak akan diutamakan untuk tujuan mobilisasi ini di mana pegawai yang berkhidmat di kawasan hijau akan ditempatkan sementara di kawasan merah. Dalam pada masa yang sama, pihak KKM kini sedang menyusun mobilisasi petugas barisan hadapan dari negeri lain yang mempunyai kes jangkitan COVID-19 yang rendah untuk ke Sarawak. Kaedah ini nyata dapat membantu membendung penularan pandemik seperti mana yang telah dilakukan di Sabah tahun lalu.

Susulan Catat Kes Tertinggi Di Malaysia, Pegawai Kesihatan Bakal Dimobilisasi Ke Sarawak
Mobilisasi pegawai KKM dari Kuala Lumpur ke Hospital Tawau tahun lalu. Sumber : FB Noor Hisham Abdullah

Langkah ini dibuat bagi mempertingkatkan kesiapsiagaan fasiliti kesihatan di Sarawak untuk menangani lonjakan drastik kes jangkitan.

Beliau mengambil maklum akan situasi terkini di Sarawak yang mana majoritinya melibatkan kluster tempat kerja serta kadar kebolehjangkitan (Rt) yang semakin meningkat. Rt atau juga disbeut sebagai R-naught merujuk kepada jumlah replikasi pada satu-satu masa serta menunjukkan seberapa pantas pandemik COVID-19 ini menular.

Rt melebihi 1 berpotensi menjangkiti lebih daripada seorang individu

Rt Sarawak pada hari ini meningkat kepada 1.1 berbanding 1.08 dua hari yang lalu. Jumlah Rt 1.1 tersebut menunjukkan bahawa seorang individu yang didapati positif berupaya untuk menjangkiti lebih daripada seorang individu lain dan berupaya untuk menularkan penyakit sehingga menyebabkan wabak atau lebih buruk, pandemik seperti yang kita alami pada masa kini.

Pihak kementerian juga kini sedang menyelidik sekiranya terdapat varian baru dalam kes di Sarawak terutamanya yang melibatkan sektor minyak dan gas kerana ia membabitkan pekerja dari negeri lain. SOP juga seharusnya lebih diperketatkan bagi membendung kenaikan kes.

Baca juga perkembangan kes Sarawak hari ini :

Nur Afifah 13 April 2021
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article PKPBD Akan Dilaksanakan Di Bintulu Mulai 14 April 2021, Semua Sekolah Ditutup PKPBD Akan Dilaksanakan Di Bintulu Mulai 14 April 2021, Semua Sekolah Ditutup
Next Article Acara Lontar Peluru Wakil Sarawak, Jonah Chang Rigan Akan Bertanding Di Sukan SEA Vietnam Baru 18 Tahun Tapi Atlet Lontar Peluru Sarawak Ini Bakal Wakili Malaysia Di Sukan SEA Vietnam

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Ketahui 'Legend Of Ancient Borneo', Filem Pendek Animasi Kadazan Pertama Di Malaysia
Cerita Borneo

Kenali Legend Of Ancient Borneo, Filem Pendek Animasi Kadazan Pertama Di Malaysia

7 Ogos 2022
Cerita Borneo

Fasih 5 Bahasa Hanya Belajar Dari Youtube, Pemuda Dari Sabah Ini Buat Netizen Terpegun

7 Ogos 2022
"Demam Kunafa", Ini 5 Lokasi Yang Menjual Kunafa Di Sekitar Kuching Dan Samarahan
Cerita Borneo

‘Demam Kunafa’, Ini 5 Lokasi Yang Menjual Kunafa Di Sekitar Kuching Dan Samarahan

7 Ogos 2022
Cerita Borneo

Hanya Berkaki Ayam, Peserta Cilik Dari Sarawak Mendapat Johan Kebangsaan Merentas Desa

7 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?