• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Baru 18 Tahun Tapi Atlet Lontar Peluru Sarawak Ini Bakal Wakili Malaysia Di Sukan SEA Vietnam

Oleh
ILB - AI
14 April 2021
Kongsi
4 Min Bacaan
Acara Lontar Peluru Wakil Sarawak, Jonah Chang Rigan Akan Bertanding Di Sukan SEA Vietnam

Atlet lontar peluru junior dari Sarawak ini telah layak ke Sukan SEA Vietnam

Baru 18 Tahun Tapi Atlet Lontar Peluru Sarawak Ini Bakal Wakili Malaysia Di Sukan SEA Vietnam. Sarawak tidak pernah lekang daripada menghasilkan atlet sukan yang bertaraf antarabangsa. Terbaharu, atlet lontar peluru Sarawak, Jonah Chang Rigan telah dilaporkan layak ke sukan SEA Vietnam yang akan diadakan akhir tahun ini.

Isi Isi Penting
  • Atlet lontar peluru junior dari Sarawak ini telah layak ke Sukan SEA Vietnam
  • Berjaya mencapai lontaran 16 meter dalam percubaan terakhirnya
  • Beliau berjaya memenangi pingat perak dengan jarak 16.45m
  • Berlatih sejak habis SPM

Jonah yang baru berusia 18 tahun, akan mewakili Malaysia untuk acara lontar peluru di acara sukan berkenaan.

Baru 18 Tahun Tapi Atlet Lontar Peluru Sarawak Ini Bakal Wakili Malaysia Di Sukan SEA Vietnam
Baru 18 Tahun Tapi Atlet Lontar Peluru Sarawak Ini Bakal Wakili Malaysia Di Sukan SEA Vietnam. Acara Lontar Peluru Wakil Sarawak, Jonah Chang Rigan Akan Bertanding Di Sukan SEA Vietnam

Berjaya mencapai lontaran 16 meter dalam percubaan terakhirnya

Menurut laporan, Jonah berjaya mencapai jarak lontaran 16 meter dalam percubaan terakhirnya dalam acara lontar peluru kategori lelaki di Athletics Grand Prix di Bukit Jalil hujung minggu lalu.

Walaupun beliau tidak memenangi emas, jarak tersebut sudah cukup untuk melayakkan beliau untuk mewakili Malaysia di acara sukan bertaraf antarabangsa iaitu di Sukan SEA.

Beliau berkata,

“Saya terkejut dengan keputusan ini dan mudah-mudahan, ini dapat menjadi dorongan dan motivasi besar bagi saya untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi.”

Jonah, seorang bekas pelajar SMK Bandar Sarikei, juga turut berjanji untuk berlatih dengan tekun serta mengatakan bahawa beliau percaya pada dirinya. Walau bagaimanapun, Jonah mengakui ini adalah cabaran terbesar untuk dirinya memenangi sesuatu untuk negara dalam Sukan SEA.

Ini juga akan menjadi percubaan pertama untuk Jonah bertanding dalam Sukan SEA dan beliau akan berusaha sebaik mungkin untuk memenangi medal untuk Malaysia.

Baru 18 Tahun Tapi Atlet Lontar Peluru Sarawak Ini Bakal Wakili Malaysia Di Sukan SEA Vietnam
Jonah Chang beraksi. Kredit: The Borneo Post

Beliau berjaya memenangi pingat perak dengan jarak 16.45m

Jonah telah memenangi pingat perak dengan jarak 16.45m untuk acara lontar peluru kategori lelaki di Athletics Grand Prix, yang mana itu merupakan pencapaian peribadinya yang terbaik setakat ini.

Sebelum ini, pencapaian peribadinya yang terbaik hanya 15.6 m malah jarang mencapai kejauhan 16m.

Sementara itu, wakil Kelantan, Muhammad Ziyad Zolkefli Othman memenangi pingat emas dengan jarak 16.47m, diikuti oleh seorang lagi wakil Sarawak, Kong Chin Poh dengan lontaran 15.55m.

Kedua-dua Jonah dan Kong telah dipilih untuk mewakili Sarawak dalam Sukan Malaysia (SUKMA) Johor 2021.

Baru 18 Tahun Tapi Atlet Lontar Peluru Sarawak Ini Bakal Wakili Malaysia Di Sukan SEA Vietnam
Jonah (kanan) bersama Kong ketika di Bukit Jalil. Kredit: The Borneo Post

Acara seterusnya untuk Jonah adalah Malaysia U-20 Athletic Championship di Bukit Jalil dari 24 – 25 Julai, diikuti oleh World Junior Athletic Championship di Kenya dari 17 – 20 Ogos ini.

Berlatih sejak habis SPM

Jonah dilatih di bawah jurulatih lontar peluru Sarawak sepenuh masa, Frantesik Petrovic di Kuching dan dibantu oleh Thomas Ling Neng Thung sejak menamatkan peperiksaan SPM dan kini prestasinya semakin meningkat dan memberangsangkan.

Baru 18 Tahun Tapi Atlet Lontar Peluru Sarawak Ini Bakal Wakili Malaysia Di Sukan SEA Vietnam
Jurulatih lontaran sepenuh masa, Frantesik Petrovic (kedua ke kiri) melatih Jonah selama ini.
Kredit: Harian Metro
Baru 18 Tahun Tapi Atlet Lontar Peluru Sarawak Ini Bakal Wakili Malaysia Di Sukan SEA Vietnam
Jurulatih, Thomas Ling Neng Thung turut membantu melatih Jonah.
Kredit: The Borneo Post

Meskipun terpaksa mengundur diri tahun lalu akibat mengalami luka di tangan kanannya yang memerlukan 29 jahitan (akibat jatuh ketika membersih tingkap gereja), Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu telah memberinya masa untuk pulih.

Tiga bulan kemudian iaitu semasa PKPB sebelum ini, beliau akhirnya mula berlatih semula.

Beliau percaya bahawa semasa cuti 14 bulan semasa PKP, diikuti oleh PKPB dan PKP Pemulihan (PKPP) telah memberinya masa untuk pulih agar dapat beraksi cemerlang dalam sukan ini.

Athletic Grand Prix merupakan acara pertama yang disertainya dan Jonah berharap beliau dapat membina momentum untuk prestasi masa depan.

Syabas Jonah, dan semoga anda dapat mencapai yang terbaik! Make us proud!

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Susulan Catat Kes Tertinggi Di Malaysia, Pegawai Kesihatan Bakal Dimobilisasi Ke Sarawak
Next Article Tunggu Lebih 2 Jam, Netizen Bengang Servis Buruk Pakej Berbuka Pusat Konvensyen Di Kuching

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?