• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Deposit RM2 Juta, Beli Rumah RM1.5 Juta Jika Mahu Jadi Pemastautin Tetap Kata Abang Jo

Oleh
Aina Musa
29 April 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Deposit RM2 Juta, Beli Rumah RM1.5 Juta Jika Mahu Jadi Pemastautin Tetap Kata Abang Jo

Abang Jo setuju syarat baru jika mahu jadi PR Sarawak

Deposit RM2 Juta, Beli Rumah RM1.5 Juta Jika Mahu Jadi Pemastautin Tetap Kata Abang Jo. Kerajaan Sarawak mensyaratkan individu terutama ahli perniagaan mendepositkan RM2 juta dan membeli hartanah minimum RM1.5 juta, jika berhasrat menjadi pemastautin tetap (PR) di negeri itu.

Premier Sarawak, Abang Johari Openg, berkata deposit perlu dimasukkan dalam bank milik kerajaan negeri sebelum diterima menjadi PR.

Deposit RM2 Juta, Beli Rumah RM1.5 Juta Jika Mahu Jadi Pemastautin Tetap Kata Abang Jo. Sumber: FMT

“Sekarang ramai ahli perniagaan menyatakan hasrat untuk berhijrah ke Sarawak kerana ekonomi kita semakin kukuh dan sudah berada dalam kelompok tiga teratas di negara ini mengatasi Johor,” katanya menurut Harian Metro di Tebingan Kuching.

Abang Johari berkata, sebagai komuniti perniagaan, beliau yakin bukan masalah bagi mereka mematuhi syarat ditetapkan, selain menyumbang idea baharu dalam pembangunan ekonomi Sarawak.

“Syarat seperti harus membeli rumah minimum pada harga RM1.5 juta akan menjana pembangunan perumahan Sarawak dan mereka hanya akan diberi taraf PR bukan terus mendapat taraf kerakyatan Sarawak.

“Itu pastinya mereka mampu. Asal jangan berbini baru (berkahwin lain) sahaja, nanti timbul pula masalah keluarga, kecuali jika memang dibenarkan (berkahwin baharu),” selorohnya.

Abang Johari berkata, konsep itu diamalkan di Singapura sehingga seorang menteri di republik itu berasal dari Miri.

Baca lagi artikel menarik:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dua Murid 9 Tahun Rangkul Emas Dalam Pertandingan Matematik Dunia 2024
Next Article Pelajaran Dua Anak Mendiang Joanna Ditanggung Yayasan Sarawak Hingga Universiti Pelajaran Dua Anak Mendiang Joanna Ditanggung Yayasan Sarawak Hingga Universiti

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?