• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Syarikat Penerbangan Butik, Sarawak Kini Sedang Tunggu Lesen Untuk Mulakan

Oleh
ILB - AI
13 November 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Syarikat Penerbangan Butik, Sarawak Kini Sedang Tunggu Lesen Untuk Mulakan

Perkara ini dikatakan oleh Premier Sarawak

Syarikat Penerbangan Butik, Sarawak Kini Sedang Tunggu Lesen Untuk Mulakan. Dilaporkan kerajaan Sarawak kini sedang menunggu lesen dari Kementerian Pengangkutan (MOT) bagi membolehkan operasi syarikat penerbangan butik.

Perkara ini dikatakan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg baru-baru ini selepas merasmikan program Sarawakku Sayang hari ini.

Syarikat Penerbangan Butik, Sarawak Kini Sedang Tunggu Lesen Untuk Mulakan

Aspek pengoperasian syarikat penerbangan sudah dimuktamadkan

Menurut laporan, beliau berkata aspek pengoperasian syarikat penerbangan sudah dimuktamadkan dengan bermatlamat untuk membolehkan kemasukan pelancong secara langsung ke Sarawak.

Katanya, kerajaan telah membuat kajian dan mendapatkan bahawa penubuhan syarikat penerbangan butik boleh dilaksanakan dan kini sedang menunggu keputusan dari MOT untuk mendapatkan lesen.

Syarikat kecil itu akan beroperasi di bawah platform Hornbill Skyways dan dilaporkan dapat melonjakkan kemasukan pelancong ke Sarawak.

Gambar sekadar hiasan. Sumber: Lowyat.net

Dilihat boleh memberi manfaat kepada rakyat Sarawak

Mengenai penubuhan syarikat penerbangan butik ini, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata penubuhan syarikat penerbangan ini dilihat akan memberi manfaat kepada rakyat Sarawak – terutamanya mereka yang ingin pulang ke kampung halaman dengan harga tiket penerbangan mampu milik.

Tambahnya lagi, ramai pelancong luar negara teringin untuk melancong ke Sarawak namun faktor penerbangan terhad menjadi antara punca mereka tidak berpeluang memasuki negeri ini.

Situasi COVID-19 telah memberi cabaran kepada industri penerbangan. Jadi harapnya dengan ada syarikat penerbangan sendiri, ia berpotensi untuk meningkatkan kedatangan pelancong ke Sarawak,”

ujarnya lagi.
Datuk Seri Nancy Shukri berkata penubuhan syarikat penerbangan ini mampu membantu rakyat Sarawak yang ingin kembali ke kampung halaman dengan harga tiket penerbangan yang berpatutan. Sumber: The Star
SUMBER :BERNAMA
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Demi Jimat Duit, Lelaki Dari Brazil Ini Bina PC Hanya Menggunakan Microwave Demi Jimat Duit, Lelaki Dari Brazil Ini Bina PC Hanya Menggunakan Microwave
Next Article 'Macam Artis Internasional', Netizen Teruja Dengar Nyanyian Lagu Inggeris Ini Diolah Dalam Bahasa Iban ‘Macam Artis Internasional’, Netizen Teruja Dengar Nyanyian Lagu Inggeris Ini Diolah Dalam Bahasa Iban

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?