• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Syarikat Penerbangan Singapura, SCOOT Bakal Mulakan ‘Flight’ Terus Ke Miri Bermula 19 Januari 2022

Oleh
Husna Hazmi
21 Disember 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Sebelum ini Scoot hanya mengendalikan penerbangan ke Kuching sahaja.

Syarikat Penerbangan Singapura, SCOOT Bakal Mulakan ‘Flight’ Terus Ke Miri Bermula 19 Januari 2022. Dilaporkan bahawa Syarikat Penerbangan Singapura iaitu Scoot Tigerair Pte Ltd (SCOOT) akan memulakan operasi penerbangan terus ke Miri pada 19 Januari 2022.

Syarikat Penerbangan Singapura, SCOOT Bakal Mulakan 'Flight' Terus Ke Miri Bermula 19 Januari 2022
Syarikat Penerbangan Singapura, SCOOT Bakal Mulakan ‘Flight’ Terus Ke Miri Bermula 19 Januari 2022. Gambar sekadar hiasan

SCOOT akan memulakan penerbangan dua kali seminggu

Kementerian Pengangkutan Sarawak dalam kenyataan medianya baru-baru ini memaklumkan, SCOOT akan memulakan penerbangan dua kali seminggu iaitu pada hari Rabu dan juga hari Sabtu.

Berdasarkan kenyataan tersebut, Kerajaan Sarawak mengalu-alukan cadangan syarikat itu kerana Miri merupakan pintu masuk ke utara Sarawak dan salah satu destinasi pelancongan paling popular di negeri ini.

“Kami percaya bilangan pelawat dari Singapura ke Sarawak akan beransur pulih sebaik keadaan pandemik Covid-19 bertambah baik dengan kadar vaksin dewasa yang divaksin sepenuhnya di negeri ini melebihi 91 peratus,” katanya.

Syarikat Penerbangan Singapura, SCOOT Bakal Mulakan 'Flight' Terus Ke Miri Bermula 19 Januari 2022
Kredit gambar: Harian Metro

Bandar Miri juga mengalu-alukan pelancong dari luar negara

Selain menjadi bandar kedua terbesar di Sarawak selepas Kuching, dengan populasi lebih 356,000 penduduk, Bandar Miri juga mengalu-alukan pelancong dari luar negara untuk meneroka tempat-tempat menarik di Miri seperti Taman Negara Lambir, Taman Negara Loagan Bunut, Gua Niah, dan Taman Negara Gunung Mulu yang cukup terkenal di dunia.

Buat masa ini, Scoot Tigerair Pte Ltd mengendalikan penerbangan dari Singapura ke Kuching tiga kali seminggu dan mereka mengambil peluang kini untuk menambah lagi penerbangan ke bandar lain di Sarawak.

Perkara ini dilihat sebagai satu kelebihan buat negeri Sarawak kerana syarikat luar negara kini lebih yakin memilih negeri ini sebagai destinasi pelaburan pilihan di Malaysia.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Mengamuk Sambil Bawa Parang Ke Kempen Pilihan Raya, Lelaki Dari Bau Ini Terlepas Hukuman Penjara Mengamuk Sambil Bawa Parang Ke Kempen Pilihan Raya, Lelaki Dari Bau Ini Terlepas Hukuman Penjara
Next Article MYDIN Cawangan Sri Muda Dipecah Masuk Oleh Mangsa Banjir, Pengerusi MyDin Menghalalkan Mereka MYDIN Cawangan Sri Muda Dipecah Masuk Oleh Mangsa Banjir, Pengerusi MyDin Menghalalkan Mereka

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?