• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

MYDIN Cawangan Sri Muda Dipecah Masuk Oleh Mangsa Banjir, Pengerusi MyDin Menghalalkan Mereka

Oleh
ILB - AI
21 Disember 2021
Kongsi
3 Min Bacaan
MYDIN Cawangan Sri Muda Dipecah Masuk Oleh Mangsa Banjir, Pengerusi MyDin Menghalalkan Mereka

Susulan bencana banjir yang melanda beberapa negeri di Semenanjung Malaysia, beberapa kedai runcit dan pasar raya telah dipecah masuk oleh mangsa-mangsa banjir

MYDIN Cawangan Sri Muda Dipecah Masuk Oleh Mangsa Banjir, Pengerusi MyDin Menghalalkan Mereka. Sudah beberapa hari sejak beberapa negeri di Semenanjung Malaysia dilanda banjir yang memberi kesan teruk kepada penduduk tempatan di sana. Ramai orang telah kehilangan tempat tinggal serta kelaparan akibat bantuan yang tiba lewat.

Oleh kerana keadaan yang melampau, ramai terpaksa melakukan apa yang mereka perlu lakukan hanya untuk kelangsungan hidup dan salah satu daripadanya adalah menceroboh kedai untuk mencuri bekalan makanan.

MYDIN Cawangan Sri Muda Dipecah Masuk Oleh Mangsa Banjir, Pengerusi MyDin Menghalalkan Mereka

MYDIN Mart cawangan Sri Muda di Selangor dipecah masuk

Menurut laporan, polis telah mengesahkan berlaku beberapa kejadian pecah masuk kedai serbaneka di Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor. Negeri Selangor dilaporkan terjejas teruk dan mengakibatkan beribu orang kehilangan tempat tinggal.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Baharudin Mat Taib, berkata kejadian pecah masuk kedai serbanekda berlaku sekitar 1PM – 2PM dan membabitkan MyDin, KK Mart, 7-Eleven dan juga pasar raya Gmart.

Kredit foto: Twitter

Pengerusi MyDin tampil menjustifikasikan pencurian

Meskipun mengalami kerugian jutaan ringgit akibat banjir serta stok kedai hilang akibat dicuri mangsa banjir, pengerusi MyDin Mohamed Holdings Berhad telah menjustifikasikan pencurian tersebut dengan menyatakan bahawa mangsa terpaksa melakukannya untuk kelangsungan hidup.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin, meluahkan rasa simpatinya terhadap mangsa banjir yang juga perlu menghadapi pandemik yang masih berterusan. Katanya, beliau memahami mengapa mereka terpaksa melakukan perkara itu.

Anda boleh membaca kenyataan beliau di bawah:

Kredit foto: Twitter

“Sejujurnya, saya tidak menyokong perbuatan mencuri tersebut, namun dalam keadaan darurat, mungkin mereka tiada pilihan dan terpaksa melakukan perbuatan tersebut demi kelangsungan hidup. Dengan seikhlas hati, saya menghalalkan mereka yang melakuka perbuatan tersebut dengan niat meneruskan kelangsungan hidup akibat bantuan yang tiba lambat dan bukan dengan niat yang sebaliknya.”

Terima kasih diucapkan kepada pihak MyDin atas pemahaman. Sama-samalah kita mendoakan agar semua yang terjejas selamat dari musibah ini.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Syarikat Penerbangan Singapura, SCOOT Bakal Mulakan ‘Flight’ Terus Ke Miri Bermula 19 Januari 2022
Next Article Sentiasa Berwaspada, JBPM Gesa Sarawak Untuk Siap Siaga Lebih Awal Hadapi Banjir Sentiasa Berwaspada, JBPM Gesa Sarawak Untuk Siap Siaga Lebih Awal Hadapi Banjir

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?