I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Syarikat Penerbangan Xiamen Airlines Buka Semula Laluan Fuzhou-Kota Kinabalu

Oleh Farisha
28 Jun 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Tiga penerbangan seminggu, laluan Fuzhou-Kota Kinabalu hidupkan semula hubungan dua hala

Syarikat Penerbangan Xiamen Airlines Buka Semula Laluan Fuzhou-Kota Kinabalu. Syarikat Penerbangan Xiamen telah menyambung semula penerbangan dari Fuzhou ke Kota Kinabalu, semalam. Seramai 174 penumpang telah tiba di KK melalui penerbangan yang disambung semula ini, menunjukkan permintaan yang tinggi untuk laluan tersebut.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew, menyatakan bahawa penerbangan ini akan beroperasi tiga kali seminggu – setiap hari Selasa, Khamis, dan Ahad.

Syarikat Penerbangan Xiamen Airlines Buka Semula Laluan Fuzhou-Kota Kinabalu
Syarikat Penerbangan Xiamen Airlines Buka Semula Laluan Fuzhou-Kota Kinabalu

Menurut laporan, beliau turut gembira kerana laluan ini akan membantu sektor pelancongan dan perniagaan, bahkan ia memudahkan orang ramai dari Fuzhou untuk melawat Sabah, dan sebaliknya. Ini juga akan menggalakkan pertukaran budaya dan ekonomi antara kedua-dua tempat.

Xiamen Airlines perkukuh hubungan Malaysia-China melalui laluan baharu ke Sabah

Lembaga Pelancongan Sabah (STB) telah bekerjasama dengan Xiamen Air untuk membuka semula laluan ini. Mereka yakin ia akan membantu menarik lebih ramai pelancong dari China untuk menikmati keindahan alam dan budaya Sabah.

Dengan penambahan laluan ini, Sabah kini mempunyai 55 penerbangan seminggu dari lapan bandar di China. Bandar-bandar tersebut termasuk Guangzhou, Shenzhen, Shanghai, Hangzhou, Beijing, Hong Kong, Wuhan dan Fuzhou.

Manakala, Xiamen Airlines kini mempunyai 38 penerbangan seminggu antara China dan Malaysia. Ini akan memudahkan lagi hubungan perniagaan, pelancongan dan kebudayaan antara kedua-dua negara.

Untuk makluman, tahun 2024 ini menandakan ulang tahun ke-50 penubuhan hubungan diplomatik China-Malaysia dan ulang tahun ke-40 penubuhan Syarikat Penerbangan Xiamen.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Tarik Pelancong Ke Sarawak, Xiamen Airlines Mungkin Buka Laluan Penerbangan Baharu Fuzhou-Sibu
Royal Brunei Airlines Bakal Tambah Penerbangan Laluan Brunei-Kuching Mulai April 2024
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Borneo Sonic Muzik Festival 2024 Kembali Memeriahkan Bumi Kenyalang Pada Oktober Ini
Next Article Dua Beranak Maut, Perodua Kancil Remuk Dilanggar Lori Di Jalan Taman Seniawan Bau Dua Beranak Maut, Perodua Kancil Remuk Dilanggar Lori Di Jalan Taman Seniawan Bau

Advertorial

5 Aktiviti Menarik Di Lawas Sarawak Yang Anda Mesti Masukkan Dalam ‘Checklist’
Aktiviti Menarik
TEGAS & Endeavor Malaysia Lancar SCALE Sarawak Cohort 2, Program Intensif 6 Bulan untuk Startup
#innovatesarawak
Ini 3 Beza Besar Pengalaman Off-Road Di Sg Bernam, Perak Dan Borneo
Cerita Borneo
Ini 4 Sebab Kenapa Yayasan Peneraju Exchange YPX Akan Jadi Game Changer Untuk Bisnes Anda
Event Menarik
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?