Siapa peminat pasta di sini, anda perlu cuba menu lazat di Oregano!
Syurga Buat Pencinta Pasta, Jom Singgah Ke Oregano By The Affogato Di Kuching. Sebut saja pasta, pasti anda akan terbayang-bayangkan spaghetti kan? Tahukah anda pasta yang merupakan makanan berasal daripada Italy ini mempunyai pelbagai jenis tapi yang paling popular di Malaysia adalah Spaghetti, Macaroni dan Fettucine.
Makanan Italy ini sudah menjadi makanan kegemaran rakyat Malaysia dan kini boleh didapati di hampir semua restoran dan kedai makan di negara kita. Ada juga yang mengatakan pasta ini merupakan comfort food kedua bagi mereka (yang pertama semestinya laksa Sarawak).
Pasta yang dijamin sedap
Namun jika anda ingin mencari hidangan pasta yang dijamin sedap sehingga menjilat jari, agak susah untuk mendapatkannya kerana pembuatan menu pasta yang enak memerlukan skill yang hebat!
Jadi kali ini kami ingin memperkenalkan sebuah restoran di Kuching yang menghidangkan pasta yang lazat buat anda Oregano by The Affogato! Di sini, mereka menghidangkan menu pasta iaitu spaghetti dan macaroni dengan pelbagai jenis masakan yang menarik.
Menu menarik yang disediakan di sini adalah
Antara menu yang disediakan di sini adalah salted egg pasta, buttermilk chicken pasta, mac and cheese, nestum chicken pasta, carbonara pasta, pasta masak lemak daging salai dan banyak lagi!
Selain daripada menu pasta yang lazat, mereka juga menyediakan menu air yang menarik seperti Lotus Biscoff, Yuri Matcha, Chocolate Cookie, Coffee Milkshake, Belgian Chocolate dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, bagi penggemar pastri pula, anda boleh menikmati pastri mereka iaitu Berries pavlova, Basque burnt cheesecake dan Biscoff burnt cheesecake.
Pasta yang mengikut citarasa tekak orang Malaysia
Kalau anda inginkan sedikit kelainan dalam masakan pasta anda, di Oregano ini mereka menyediakan menu masakan pasta yang mengikut citarasa tekak orang Malaysia. Contohnya, buttermilk chicken pasta dan salted egg pasta mereka adala antara best selling menu kerana ia memang tepat dengan citarasa penduduk tempatan.
Kalau anda nak cuba menu yang lebih unik lagi pula, anda boleh cuba menu pasta masak lemak daging salai mereka! Apa yang istimewanya dengan menu ini adalah anda boleh memilih kepedasan yang kena dengan citarasa anda, sebagai contoh, kalau anda gemar makan pedas, anda boleh meminta agar masakan pasta anda pedas berapi tau.
Jadi kalau anda penggemar pasta tapi taknak dikecewakan dengan pasta yang tidak menepati citarasa anda, anda perlu singgah ke Oregano by The Affogato ini. Memang dijamin sedap!
Lokasi: Ground Floor, Lot 3240 (SL. 27 TT3 Commercial Centre, Jalan Canna, 93350 Kuching, dan The Hills Shopping Mall, Food Heaven LG Level, Kuching.
Waktu Operasi: 11 pagi hingga 10 malam
