• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Pasangan Backpackers Eropah Ini Temui Homestay Rare di Hutan Padawan

Oleh
Ismail NA
8 Jun 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Wahh mesti best!

Pasangan Backpackers Eropah Ini Temui Homestay Rare di Hutan Padawan. Sebut sahaja tentang backpackers Eropah, perjalanan mereka pastinya lain daripada yang lain. Kadang-kadang, tempat yang mereka kunjungi di sini sangat rare dan kurang diketahui oleh penduduk tempatan.

Isi Isi Penting
  • Wahh mesti best!
  • Homestay ini hanya boleh diakses menggunakan bot
  • Teruja dibawa kutip buah di hutan
  • Lagi homestay best dalam hutan yang wajib anda kunjungi di Sarawak:

Inilah yang dilakukan oleh pasangan Eropah, Cristiana dan Joao atau dikenali dengan nama komersial mereka Travelgramers. Mereka merupakan pasangan backpackers yang telah banyak mengunjungi destinasi percutian yang unik di seluruh dunia.

Nampaknya, Sarawak juga tidak ketinggalan dalam kalendar pelancongan mereka. Namun, apa yang menarik perhatian ialah mereka menemui sebuah homestay rare yang terletak di dalam hutan Sarawak. Fuh, ya bok namanya effort!

Pasangan Backpackers Eropah Ini Temui Homestay Rare di Hutan Padawan
Pasangan Backpackers Eropah Ini Temui Homestay Rare di Hutan Padawan
Pasangan Backpackers Eropah Ini Temui Homestay Rare di Hutan Padawan

Homestay ini hanya boleh diakses menggunakan bot

Pasangan Backpackers Eropah Ini Temui Homestay Rare di Hutan Padawan

Homestay yang diberi nama Kurakura Homestay dimiliki oleh Liza, seorang wanita tempatan bersama pasangannya, Lars, yang berasal dari Norway.

Homestay tersebut terletak di kawasan hutan bukit Borneo Highlands, Padawan. Satu-satunya cara untuk sampai ke sana ialah dengan menaiki bot daripada kampung yang terdekat iaitu Kampung Semadang, Padawan dan ianya mengambil masa selama 25 minit.

Pasangan Backpackers Eropah Ini Temui Homestay Rare di Hutan Padawan
Pasangan Backpackers Eropah Ini Temui Homestay Rare di Hutan Padawan

Menariknya juga, homestay ini dilengkapi dengan bekalan air bersih serta sumber elektrik berkuasa solar yang dibuat sendiri oleh suami Liza, Lars.

Biliknya pula dilengkapi dengan kelambu, katil, tilam dan bantal. Yang penting, bersih dan kemas. Takda aircond? Takdehal lah! Malam kat hutan confirm sejuk.

Teruja dibawa kutip buah di hutan

Pasangan Backpackers Eropah Ini Temui Homestay Rare di Hutan Padawan
Pasangan Backpackers Eropah Ini Temui Homestay Rare di Hutan Padawan

Dah namanya pun travel dekat homestay, mestilah tuan rumah ajak sekali buat aktiviti seharian mereka. Apa lagi, pasangan ini cukup teruja terutamanya apabila diajak untuk mengutip buah-buahan tempatan yang ditanam sendiri oleh pemilik homestay di dusun mereka.

Selain itu, mereka juga berpeluang untuk merasai sendiri makanan ala-ala kampung hasil tangan Liza sendiri.

Anda boleh saksikan pengalaman backpackers ini di channel youtube mereka @travelgamers kalau nak tahu homestay ini legit ke tidak. Kalau anda nak tahu lebih lanjut juga tentang homestay ini, anda boleh layari laman web Kurakura Asia.

Kongsi dan like kisah ini supaya lebih ramai kawan-kawan anda tahu yang kat Sarawak ini ada hidden gems yang best macam ni!

Lagi homestay best dalam hutan yang wajib anda kunjungi di Sarawak:

SUMBER :Youtube Travelgramers
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article [VIDEO] 4 Kereta Berhenti Kebingungan Di Stutong, Kereta Rare Pula Jadi Tumpuan Netizen
Next Article Syurga Buat Pencinta Pasta, Jom Singgah Ke Oregano By The Affogato Di Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?