• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Tablet Dalam Pakej Peranti Siswa Perlu Dipulangkan Semula Kepada Pusat Pengajian Setelah Tamat Belajar

Oleh
Nazihah AN
11 April 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Tablet Dalam Pakej Peranti Siswa Perlu Dipulangkan Semula Kepada Pusat Pengajian Setelah Tamat Belajar

Program bantuan ini rupa-rupanya skim pinjaman kepada pelajar

Tablet Dalam Pakej Peranti Siswa Perlu Dipulangkan Semula Kepada Pusat Pengajian Setelah Tamat Belajar. Kerajaan telah mengumumkan Pakej Peranti Siswa Keluarga Malaysia bagi institut pengajian tinggi (IPT) daripada golongan B40, dengan menyediakan peranti pintar untuk memudahkan pembelajaran.

Isi Isi Penting
  • Program bantuan ini rupa-rupanya skim pinjaman kepada pelajar
  • Pada masa ini, kerajaan belum mengumumkan peranti yang akan disediakan kepada pelajar.
  • Peralatan yang disediakan juga menjamin (waranti) sekiranya berlaku sebarang kerosakan, pelajar boleh mendapatkan peralatan baru.
  • Lagi di sini:

Menurut BERNAMA melalui program tersebut, sebanyak 400,000 pelajar di seluruh negara di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dijangka mendapat manfaat. Permohonan untuk peranti pelajar akan dibuka pada 15 April ini dan peranti itu bakal diedarkan kepada pelajar mulai minggu kedua bulan Jun.

Tablet Dalam Pakej Peranti Siswa Perlu Dipulangkan Semula Kepada Pusat Pengajian Setelah Tamat Belajar
Annuar telah menjelaskan bahawa ini bukan tablet PerantiSiswa sebenar dan lebih 100 syarikat sedang melalui proses tender pembekalan. Sumber gambar: Twitter Annuar Musa

Tablet Dalam Pakej Peranti Siswa Perlu Dipulangkan Semula Kepada Pusat Pengajian Setelah Tamat Belajar
Tablet Dalam Pakej Peranti Siswa Perlu Dipulangkan Semula Kepada Pusat Pengajian Setelah Tamat Belajar. Sumber gambar: Twitter Annuar Musa

Pada masa ini, kerajaan belum mengumumkan peranti yang akan disediakan kepada pelajar.

Walau bagaimanapun, berkongsi lanjut berkenaan dengan Program Peranti Siswa telah dimaklumkan bakal menggunakan konsep seperti Skim Pinjaman Buku Teks. Dengan kata lain, pelajar mesti memulangkan semula tablet yang dipinjam kepada pusat pengajian selepas tamat pembelajaran.

Ia turut dijelaskan bahawa konsepnya ialah kebolehgunaan peranti percuma selama tempoh mereka menjadi pelajar dan tidak boleh dipindah milik, dijual, atau dibuang, kerana peralatan tersebut akan tetap dikira dan didaftarkan sebagai harta kerajaan.

Tablet Dalam Pakej Peranti Siswa Perlu Dipulangkan Semula Kepada Pusat Pengajian Setelah Tamat Belajar
Tablet Dalam Pakej Peranti Siswa Perlu Dipulangkan Semula Kepada Pusat Pengajian Setelah Tamat Belajar. [Gambar Hiasan]

Peralatan yang disediakan juga menjamin (waranti) sekiranya berlaku sebarang kerosakan, pelajar boleh mendapatkan peralatan baru.

Tablet ini dijangka mempunyai saiz minimum 10.1 inci dan menjana sekurang-kurangnya 4GB RAM. Pembekal peranti juga turut menyediakan papan kekunci dan stylus untuk tablet – memudahkan pelajar menggunakannya dalam pembelajaran mereka.

“Peranti ini boleh diguna pakai selama mana selagi mereka berada di pusat-pusat pengajian, setelah tamat belajar nanti, barulah mereka boleh menyerahkan semula peranti berkenaan kepada pusat pengajian.”
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hanya Mesra Kayangan, Tiket Flight Ke Sabah Sarawak Untuk Hari Raya Cecah RM2000 Hanya Mesra Kayangan, Tiket Flight Ke Sabah Sarawak Untuk Hari Raya Cecah RM2000
Next Article Aksi Berbahaya Penunggang Basikal ‘Tumpang Angin’ Bas Hidrogen Sarawak Undang Kecaman Netizen

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?