• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Hanya Mesra Kayangan, Tiket Flight Ke Sabah Sarawak Untuk Hari Raya Cecah RM2000

Oleh
ILB - AI
11 April 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Hanya Mesra Kayangan, Tiket Flight Ke Sabah Sarawak Untuk Hari Raya Cecah RM2000

Bukan lagi satu isu baru

Hanya Mesra Kayangan, Tiket Flight Ke Sabah Sarawak Untuk Hari Raya Cecah RM2000. Kenaikan harga tiket penerbangan ke Sabah dan Sarawak semasa cuti perayaan bukanlah satu isu baru, malah ianya merupakan satu senario seumpama normal setiap kali musim perayaan setiap tahun.

Apatah lagi setelah lebih 2 tahun tidak dapat balik ke kampung untuk meraikan apa apa perayaan, semestinya tahun ini tiket penerbangan akan ‘laku keras’ terutamanya bagi mereka yang ingin berjumpa dengan keluarga setelah lama tidak bersua.

Menurut satu laporan dari Bernama, pemantauan mereka baru baru ini menyaksikan harga penerbangan yang ditawarkan syarikat penerbangan komersil di Malaysia pada tarikh yang berdekatan dengan Hari Raya Aidilfitri ( 29 April – 8 Mei 2020 ) mencecah RM2000 untuk penerbangan pergi balik. Harga tersebut dikatakan naik setinggi 566 peratus berbanding harga penerbangan ketika hari biasa.

Hasil pemeriksaan kami hari ini di laman 4 syarikat penerbangan di Malaysia hari ini pula, harga yang ditawarkan ada yang mencecah lebih dari RM1200 untuk penerbangan satu hala dari Kuala Lumpur ke Kuching.

Hanya Mesra Kayangan, Tiket Flight Ke Sabah Sarawak Untuk Hari Raya Cecah RM2000
Hanya Mesra Kayangan, Tiket Flight Ke Sabah Sarawak Untuk Hari Raya Cecah RM2000

Malah, untuk penerbangan pada tarikh 29 April 2022, harga tiket untuk kelas perniagaan adalah lebih murah dari harga tiket kelas ekonomi. Mungkin, jika anda berniat untuk menaiki Malaysia Airlines anda harus timbangkan untuk menaiki Kelas Perniagaan.

Sementara itu, harga tiket yang ditawarkan oleh AirAsia pada tarikh yang sama pula adalah pada sekitar RM325. Namun begitu faktor harga muatan, insurans dan cukai cukai berkaitan belum lagi dimasukkan.

Untuk Malindo Air pula, harga yang ditawarkan setakat hari ini untuk tarikh 29 April pula adalah sekitar RM698.88 ke atas, juga belum termasuk cukai cukai berkaitan dan juga insurans.

Terakhir sekali, semakan untuk syarikat penerbangan Fireflyz yang terbang terus dari Pulau Pinang ke Kuching pula menunjukkan harga sekitar RM 498 untuk satu hala.

Adakah anda baru merancang untuk membeli tiket penerbangan untuk balik kampung sempena hari raya? Anda boleh menempah terus melalui pautan pautan di bawah :
1. Malaysia Airlines
2. Airasia
3. Fireflyz
4. Malindo Air

Baca juga artikel berkaitan harga tiket flight yang mahal :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kayu Belian, Kos Logistik Justifikasi Jeti Kayu Bernilai RM50,000 Di Sarawak Kayu Belian, Kos Logistik Justifikasi Jeti Kayu Bernilai RM50,000 Di Sarawak
Next Article Tablet Dalam Pakej Peranti Siswa Perlu Dipulangkan Semula Kepada Pusat Pengajian Setelah Tamat Belajar Tablet Dalam Pakej Peranti Siswa Perlu Dipulangkan Semula Kepada Pusat Pengajian Setelah Tamat Belajar

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?