• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Tahniah Datuk Azizulhasni Awang! Pingat Perak Untuk Malaysia Diraih Dalam Acara Keirin Olimpik Tokyo 2020

Oleh
Ismail NA
8 Ogos 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Kemenangan manis yang kedua buat Malaysia!

Tahniah Datuk Azizulhasni Awang! Pingat Perak Untuk Malaysia Diraih Dalam Acara Keirin Olimpik Tokyo 2020. Datuk Azizulhasni Awang sebentar tadi telah berjaya untuk merangkul tempat kedua sekaligus mendapatkan pingat perak untuk Malaysia.

Isi Isi Penting
  • Kemenangan manis yang kedua buat Malaysia!
  • Kekal konsisten sehingga ke peringkat akhir, wakil tunggal Malaysia dan Asia
  • Datuk Azizul pelumba negara pertama memenangi pingat Olimpik acara berbasikal
  • Pingat pertama Malaysia di Olimpik Tokyo 2020 :

Pingat tersebut adalah pingat kedua buat kontinjen Malaysia untuk Olimpik Tokyo 2020. Terlebih dahulu, Datuk Azizulhasni Awang telah berhempas pulas untuk mara ke pusingan saringan demi saringan sehinggalah akhirnya berjaya melangkah ke peringkat akhir.

Tahniah Datuk Azizulhasni Awang! Pingat Perak Untuk Malaysia Diraih Dalam Acara Keirin Olimpik Tokyo 2020
Tahniah Datuk Azizulhasni Awang! Pingat Perak Untuk Malaysia Diraih Dalam Acara Keirin Olimpik Tokyo 2020

Kekal konsisten sehingga ke peringkat akhir, wakil tunggal Malaysia dan Asia

Datuk Azizulhasni memulakan saingan keirin dengan memenangi Heat untuk terus layak ke suku akhir. Di peringkat suku akhir pula, beliau berjaya menempatkan diri di tempat kedua di belakang pelumba Jepun, Yuta Wakimoto untuk layak ke separuh akhir. Peringkat separuh akhir juga dimenangi dengan bergaya oleh beliau setelah mengalahkan pelumba Jerman, Maximilian Levy dan juara dunia dari Belanda, Harrie Lavreysen.

Saingan sengit dihadapi oleh Datuk Azizulhasni di peringkat akhir apabila berdepan cabaran daripada juara bertahan Olimpik dari Great Britain, Jason Kenny, Matthew Glaetzer (Australia) dan J. Tjon En Fa (Surinam) selain Maximilian dan Harrie. Lebih membanggakan, Datuk Azizulhasni secara tidak langsung bukan sahaja mewakili Malaysia tetapi juga mewakili rantau Asia untuk memenangi pingat ini.

Pingat emas dimenangi oleh juara bertahan Olimpik dari Great Britain, Jason Kenny apabila taktik luar biasa Jason membuahkan hasil dengan meninggalkan pelumba lain jauh di belakang sehingga tidak mampu dikejar. Pingat gangsa dimenangi oleh Harrie Lavreysen dari Belanda.

Tahniah Datuk Azizulhasni Awang! Pingat Perak Untuk Malaysia Diraih Dalam Acara Keirin Olimpik Tokyo 2020
Sumber : Reuters / Kacper Pempel

Datuk Azizul pelumba negara pertama memenangi pingat Olimpik acara berbasikal

Pada edisi Olimpik Rio 2016, Datuk Azizulhasni Awang telah memenangi pingat gangsa buat Malaysia dan beliau juga merupakan pelumba basikal pertama negara yang memenangi pingat dalam acara tersebut sejak diperkenalkan di Olimpik pada tahun 2000.

Tahniah Datuk Azizulhasni Awang! Pingat Perak Untuk Malaysia Diraih Dalam Acara Keirin Olimpik Tokyo 2020
Sumber : REUTERS/Matthew Childs

Sekalung tahniah juga diucapkan buat seorang lagi atlet berbasikal Malaysia, Shah Firdaus Sahrom atas semangat juang yang tinggi dan tetap melanjutkan perlumbaan hingga ke suku akhir walaupun dilanda kecederaan akibat perlanggaran semasa saringan pertama keirin semalam. Anda juga wira Malaysia!

Sesungguhnya usaha yang telah dilakukan oleh Datuk Azizulhasni selama ini membuahkan hasil. Anda boleh mengimbas kembali perjalanan mengejar kilauan emas beliau di laman Youtube Azizulhasni Awang.

Tahniah Datuk Azizulhasni Awang!

Pingat pertama Malaysia di Olimpik Tokyo 2020 :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Catat 7 Kes COVID19, Brunei Terus Laksanakan Lockdown
Next Article Jumpa Gambar Orang Dicucuk Jarum Di Tanah Kubur Miri, Lelaki Ini Syak Mangsa Terkena Ilmu Hitam

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?