• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Jumpa Gambar Orang Dicucuk Jarum Di Tanah Kubur Miri, Lelaki Ini Syak Mangsa Terkena Ilmu Hitam

Oleh
Ismail NA
8 Ogos 2021
Kongsi
5 Min Bacaan

Gambar dalam keadaan menakutkan itu dijumpai di Tanah Perkuburan Antarabangsa Mosjaya, Miri.

Jumpa Gambar Orang Dicucuk Jarum Di Tanah Kubur Miri, Lelaki Ini Syak Mangsa Terkena Ilmu Hitam. Walaupun dunia sudah berkembang dan dipelopori oleh teknologi dan kajian saintifik yang semakin maju, namun masih ada yang berpegang dengan ilmu hitam dan menggunakannya untuk tujuan khianat dan berbuat kejahatan.

Isi Isi Penting
  • Gambar dalam keadaan menakutkan itu dijumpai di Tanah Perkuburan Antarabangsa Mosjaya, Miri.
  • Anak kecil pun kena ‘santet’!
  • Mangsa kena sihir pemutus jodoh dan sihir pembenci – Netizen
  • “Jangan toleh kamera bila bergambar”
  • Baca juga :

Dalam satu hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Justin Anda, beliau memberitahu bahawa saudaranya menemui beberapa keping gambar individu tidak dikenali dalam keadaan yang menyeramkan di Tanah Perkuburan Antarabangsa Mosjaya, Miri.

Menurut Justin, gambar tersebut dijumpai oleh saudaranya ketika mereka membuat kerja-kerja baik pulih tanah perkuburan milik ibu saudara Justin. Lelaki ini juga mendakwa gambar yang dicucuk dengan jarum itu tidak lain dan tidak bukan adalah perbuatan ilmu hitam yang akan mengakibatkan mudarat dan bahaya kepada mangsa.

Anak kecil pun kena ‘santet’!

Gambar-gambar yang dimuat naik oleh Justin menunjukkan bahawa mangsa ilmu hitam atau santet itu bukan sahaja terdiri daripada orang dewasa tetapi juga ‘ilmu’ itu juga turut dihantar kepada kanak-kanak. Sungguh tidak berperikemanusiaan!

Sehubungan itu, Justin menggesa orang ramai agar menyebarkan hantaran tersebut dan menyampaikan perkara ini kepada mangsa yang ada di dalam gambar. Sehingga kini, hantaran Justin telah tular dan mendapat sebanyak 18K perkongsian dan 3.6K tanda suka.

Jumpa Gambar Orang Dicucuk Jarum Di Tanah Kubur Miri, Lelaki Ini Syak Mangsa Terkena Ilmu Hitam
Jumpa Gambar Orang Dicucuk Jarum Di Tanah Kubur Miri, Lelaki Ini Syak Mangsa Terkena Ilmu Hitam. Sumber : FB Justin Anda
Jumpa Gambar Orang Dicucuk Jarum Di Tanah Kubur Miri, Lelaki Ini Syak Mangsa Terkena Ilmu Hitam
Sumber : FB Justin Anda

Netizen rata-ratanya juga memberi reaksi terkejut dan terkilan dengan tindakan individu yang berbuat ilmu hitam ini. Apatah lagi melibatkan kanak-kanak yang tidak berdosa. Bersimpati atas nasib mangsa, netizen juga bersepakat untuk berkongsi hantaran ini agar perbuatan terkutuk ini sampai ke pengetahuan tuan punya badan.

Jumpa Gambar Orang Dicucuk Jarum Di Tanah Kubur Miri, Lelaki Ini Syak Mangsa Terkena Ilmu Hitam
Sumber : FB Justin Anda

“Bahaya betul. Inilah sebabnya bila kita yang sihat walafiat tiba-tiba jatuh sakit. Tak tahu punca pangkal. Bila dibawa ke hospital, mereka cakap tak ada apa-apa. Benda macam inilah penyebabnya,”

Netizen
Jumpa Gambar Orang Dicucuk Jarum Di Tanah Kubur Miri, Lelaki Ini Syak Mangsa Terkena Ilmu Hitam
Sumber : FB Justin Anda

“Kasihan lihat gambar satu keluarga kena santau. Salah macam mana sekalipun kita sebagai manusia, pasti ada jalan penyelesaian tanpa perlu mengambil jalan kotor seperti ini. Harap mangsa tidak sakit dan sihat sediakala,”

Netizen
Jumpa Gambar Orang Dicucuk Jarum Di Tanah Kubur Miri, Lelaki Ini Syak Mangsa Terkena Ilmu Hitam
Sumber : FB Justin Anda

“Ramai orang yang saya lihat terkena (buatan) sebegini dan mereka susah untuk dipulihkan sepenuhnya sehingga mereka meninggal dunia. Begitulah hati manusia apabila terlalu dengki. Dengki dengan kekasih, dengki pasal tanah, pangkat. Benda ini dah pernah jadi dengan keluarga saya, sebab itulah saya mengetahuinya. Harap Tuhan saja yang melihat (kejahatan yang dilakukan oleh penyihir),”

Netizen

Mangsa kena sihir pemutus jodoh dan sihir pembenci – Netizen

Salah seorang netizen pula menyifatkan bahawa ilmu hitam yang dikenakan pada mangsa di dalam gambar tersebut adalah bertujuan untuk memutuskan jodoh. Selagi orang telah meninggal tidak bangkit, selagi itu si mangsa tidak akan mendapat jodoh atau jodoh tidak berkekalan.

Bagi gambar kanak-kanak pula, tujuannya adalah sihir pembenci. Cara yang sama, jika seseorang orang yang meninggal tidak bangkit, selagi itu kanak-kanak itu akan dibenci semua orang. Orang yang meninggal yang dimaksudkan mungkin adalah kubur di mana gambar itu diletakkan.

Mangsa yang masih hidup akan terlepas dari jampi itu sekiranya gambar santet mereka ditemui, jelas netizen lagi.

Jumpa Gambar Orang Dicucuk Jarum Di Tanah Kubur Miri, Lelaki Ini Syak Mangsa Terkena Ilmu Hitam
Sumber : FB Justin Anda

“Jangan toleh kamera bila bergambar”

Di samping itu, ada juga netizen yang memberikan nasihat dan cara bagaimana untuk mengelakkan gambar yang dimuat naik ke media sosial tidak disalah gunakan oleh mereka yang berhasad dengki. Antaranya adalah seperti tidak menoleh ke arah kamera dan ambil gambar separuh badan sahaja.

Jumpa Gambar Orang Dicucuk Jarum Di Tanah Kubur Miri, Lelaki Ini Syak Mangsa Terkena Ilmu Hitam
Sumber : FB Justin Anda
Jumpa Gambar Orang Dicucuk Jarum Di Tanah Kubur Miri, Lelaki Ini Syak Mangsa Terkena Ilmu Hitam
Sumber : FB Justin Anda

Berdasarkan salah satu komen yang dikongsikan oleh Justin, jarum serta jampi serapah yang ada pada gambar tersebut telah dibuang dan beliau mengharapkan agar keadaan mangsa sihat dan selamat.

Baca juga :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tahniah Datuk Azizulhasni Awang! Pingat Perak Untuk Malaysia Diraih Dalam Acara Keirin Olimpik Tokyo 2020
Next Article Menang Perak Olimpik, Restoran Ini Tawarkan Laksa Sarawak Percuma Selama Setahun Buat Datuk Azizulhasni

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?