I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Tahukah Anda Duit Kertas Ringgit Malaysia Tidak Dicetak Di Malaysia?
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tahukah Anda Duit Kertas Ringgit Malaysia Tidak Dicetak Di Malaysia?

Last updated: 11/07/22 11:02 PM
Kedung BK
Kongsi
7 Min Bacaan
Tahukah Anda Duit Kertas Ringgit Malaysia Tidak Dibuat Di Malaysia?
Kongsi

Malaysia sebenarnya tidak mempunyai teknologi yang canggih untuk mencetak wang kertas RM kita

Tahukah Anda Duit Kertas Ringgit Malaysia Tidak Dicetak Di Malaysia? Haa… Mesti terkejut kan? Rupa-rupanya duit kertas yang kita pegang tu sebenarnya tidak dicetak di Malaysia tetapi sebenarnya, di negara lain.

Berikut adalah penjelasan ringkas mengenai duit kertas Ringgit Malaysia (RM) dan bagaimana ia dibuat.

Tahukah Anda Duit Kertas Ringgit Malaysia Tidak Dicetak Di Malaysia?
Tahukah Anda Duit Kertas Ringgit Malaysia Tidak Dicetak Di Malaysia?

Dihasilkan daripada kertas yang bermutu tinggi, siap dengan ciri-ciri keselamatan

Seorang pengguna Twitter, Farhana Naim berkongsi pengetahuannya yang baru mengenai bagaimana wang kita dihasilkan dan menyatakan bahawa wang kita tidak dibuat di negara kita sendiri.

Menurut petikan yang dikongsi oleh beliau, wang kertas RM diperbuat daripada kapas. Apabila disentuh, wang kertas terasa kesat sedikit dan apabila diramas, hasilnya ialah bunyi kerangupan yang ‘unik’.

Kredit: Twitter

Wang kertas RM telah dikeluarkan dalam 4 siri setakat ini. Berikut adalah empat siri RM yang telah dan sedang digunakan di Malaysia. Siri pertama dan kedua telah dihentikan sepenuhnya, sementara siri 3 masih digunakan hari ini, walaupun jarang dilihat.

RM Siri Pertama, dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada tahun 1967. Kredit: Bank Negara Malaysia
RM Siri Kedua, dikeluarkan oleh BNM pada tahun 1982. Kredit: Bank Negara Malaysia
RM Siri Ketiga, dikeluarkan oleh BNM pada tahun 1996 dan bertemakan Wawasan 2020. Kredit: Bank Negara Malaysia
RM Siri Keempat, dikeluarkan pada tahun 2008 dan reka bentuk yang paling biasa kita lihat hari ini. Kredit: Numiscat

Mulai siri ketiga, wang kertas RM terdapat ciri-ciri keselamatan. Antaranya ialah:

  • Cetakan timbul
  • Potret tanda bayang (watermark portret)
  • Tanda pandang telus
  • Benang keselamatan tertanam
  • Benang keselamatan kanta mikro
  • Petak kilat berwarna
  • Teks mikro
  • Unsur cahaya pendarfluor dua warna
  • Teks dan logo
  • Benang kerat keselamatan

Memerlukan teknologi canggih untuk menghasilkan wang kertas RM

Menurut Farhana, wang kertas kita yang diperbuat dari 75% kapas serat dan 25% linen serta keperluan untuk memasukkan ciri keselamatan ini tidak dapat dicapai di Malaysia kerana kita tidak mempunyai teknologi untuk melakukannya.

Terdapat 3 proses penting yang terlibat dalam pembuatan wang kertas RM iaitu:

Offset Printing, iaitu peringkat utama untuk mencetak bahagian warna background duit.

Mesin offset printing. Kredit: Offset Printing Tecnology

Intaglio Printing, iaitu peringkat kedua untuk menghasilkan gambar potret, bayang, nombor dan perkataan yang unik. Reka bentuk ini perlu diukir atas sebuah alat khas dan boleh dicetak di atas wang kertas berkenaan.

Proses percetakan intaglio. Kredit: Bureau of Engraving and Printing

Letterpress, iaitu peringkat terakhir, di mana proses pembuatan secara pukal menggunakan banyak dakwat dan kertas.

Sebuah mesin percetakan letterpress. Kredit: Oh So Beautiful Paper

Untuk wang kertas BNM Siri Ketiga, ia dibekalkan oleh bukan satu tetapi empat buah negara iaitu

  • Crane AB, Sweden
  • Giesecke & Devrient GmbH, Jerman
  • Oberthur Technologies, Perancis
  • Orell Fussli, Switzerland

Untuk Siri Keempat pula, dikatakan wang kertas RM dicetak oleh China Banknote Printing dan Minting Corporation (CBPM). Malah, China telah memenangi kontrak untuk projek percetakan mata wang dari negara-negara lain seperti Thailand, Sri Lanka, India, Bangladesh, Poland, Brazil dan negara kita iaitu Malaysia!

CBPM bertanggungjawab atas percetakan mata wang untuk negara-negara lain, termasuk Malaysia. Kredit: currencyaffairs

Untuk pengetahuan anda, Malaysia memang memperoleh bekalan wang kertas daripada pencetak antarabangsa melalui proses tender terbuka. Oleh itu, duit kertas kita memang dicetak di negara lain dan bukan negara kita sendiri.

Untuk duit syiling pula, Malaysia mempunyai kilang tersendiri terletak di Shah Alam iaitu Kilang Wang Bank.

Jadi, bagaimana pula nak hantar ke sini? Selamat ke tak?

Menerusi kelas insurans yang diambil oleh Farhana, pensyarahnya mengatakan bahawa setiap penghantaran wang kertas dari luar negara akan diansuranskan oleh syarikat ansuran berdasarkan kos pengeluaran semua wang kertas terbabit. Jadi, penghantaran wang kertas tersebut tidak diansuranskan mengikut jumlah duit berkenaan.

Untuk pengetahuan anda juga, Malaysia mempunyai Akta Mata Wang iaitu Akta Mata Wang 2020. Antara peruntukan penting dalam Akta Wang 2020 adalah setiap penerima berhak menolak pembayaran yang menggunakan duit syiling melebihi 25 keping! Selain itu, duit syiling tidak dibenarkan dilebur untuk mendapatkan keuntungan.

Berikut adalah peruntukan penting Akta Mata Wang 2020:

Kredit: Twitter

Ada juga yang tertanya-tanya adakah dengan memiliki kilang mencetak wang di Malaysia akan mendorong pencurian wang atau menghasilkan wang palsu.

Kalau buat kt malaysia rasanya ramai yg nak kerja kt kilang buat duit. Selain boleh seleweng atau seludup bawak keluar duit dorg juga boleh dpt ilmu cara duit malaysia dihasilkan. Silap2 nanti akan ada version vopy ori.

β€” Harry Potato πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŒΊ (@palata0) December 11, 2020

Ini dibongkar oleh seorang pengguna Twitter lain, yang mendakwa mempunyai adik yang bekerja di sebuah kilang mencetak wang negara asing. Menurut beliau, kawalan kilang mencetak wang sangat ketat dan mempunyai SOP yang ketat.

Tak semudah itu. Adik saya kerja print duit. Security mmg ketat giler. Baju pun kena tukar. Nothing can go in,nothing in there can come out waima sbtg pen. Sekali masuk dlm nun mmg terputus terus dgn dunia luar, fon 100% banned. Kita x print duit kita tp print duit negara luar.

β€” a fly on the wall (@jjepukpise) December 11, 2020

Jadi, misalnya Malaysia mempunyai kilang mencetak wang sendiri, sangat mustahil untuk mencuri wang tunai dari kilang tersebut.

Adakah ini pertama kali anda mengetahui maklumat ini? Adakah anda masih menyimpan siri RM yang lebih lama? Jangan lupa share artikel ini!

Lebih lagi di sini:

Kedung BK 11 Julai 2022
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Mengimbas Sejarah Hitam Konfrontasi Indonesia-Malaysia Yang Hampir Cetuskan Perang Besar Sejarah Hitam Konfrontasi Indonesia-Malaysia Yang Hampir Cetuskan Perang Besar
Next Article Lagenda Solungkoi, Kisah Disebalik Jambatan Tamparuli Kisah Lagenda Solungkoi, Cerita Disebalik Jambatan Tamparuli

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Cerita Borneo

Seksyen Pujut Dibuka Secara Rasmi, Sarawak Akan Memiliki Jalan Raya Bertaraf Dunia

8 Ogos 2022
Ketahui 'Legend Of Ancient Borneo', Filem Pendek Animasi Kadazan Pertama Di Malaysia
Cerita Borneo

Kenali Legend Of Ancient Borneo, Filem Pendek Animasi Kadazan Pertama Di Malaysia

7 Ogos 2022
Cerita Borneo

Fasih 5 Bahasa Hanya Belajar Dari Youtube, Pemuda Dari Sabah Ini Buat Netizen Terpegun

7 Ogos 2022
"Demam Kunafa", Ini 5 Lokasi Yang Menjual Kunafa Di Sekitar Kuching Dan Samarahan
Cerita Borneo

‘Demam Kunafa’, Ini 5 Lokasi Yang Menjual Kunafa Di Sekitar Kuching Dan Samarahan

7 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?