• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

[VIDEO] Lelaki Ini Terselamat Dari Ajal Semasa Tekad Rakam ‘Tsunami’ Lalu Di Celah Gunung

Oleh
Ismail NA
11 Julai 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Masih berani rakam ombak gergasi meskipun dalam jarak dekat.

[VIDEO] Lelaki Ini Terselamat Dari Ajal Semasa Tekad Rakam ‘Tsunami’ Lalu Di Celah Gunung. Sesiapa yang pernah merasai pengalaman berdepan bencana tsunami sahaja yang mengetahui betapa bahayanya ombak gergasi itu sekiranya ‘menyapu’ manusia.

Isi Isi Penting
  • Masih berani rakam ombak gergasi meskipun dalam jarak dekat.
  • Tekad rakam meskipun mengetahui risiko dihempas ‘tsunami’ ais
  • Semua akan meninggal kalau laju 5 minit
  • “Awak orang gila tapi itu adalah rakaman yang cantik sekali!” – Netizen

Walau bagaimanapun, tindakan lelaki ini membuatkan sesiapa sahaja yang melihatnya berasa gerun dan khuatir akan keselamatan si perakam.

[VIDEO] Lelaki Ini Terselamat Dari Ajal Semasa Tekad Rakam 'Tsunami' Lalu Di Celah Gunung
[VIDEO] Lelaki Ini Terselamat Dari Ajal Semasa Tekad Rakam ‘Tsunami’ Lalu Di Celah Gunung. Sumber : IG @harryshimmin

Menerusi sebuah video di Instagram, kelihatan sebuah ‘tsunami’ telah melalui kawasan celah gunung dan sempat dirakam oleh seorang pendaki yang bernama Harry Shimmin.

Ombak gergasi tersebut melalui kawasan celah gunung dan melimpah ke bahagian dataran berbatu. Jarak di antara ombak tersebut dan Harry juga boleh dikatakan agak dekat.

Bercerita lanjut tentang pengalaman tersebut, Harry pada ketika itu sedang dalam perjalanan mendaki Gunung Tian Shan di Kyrgyztan. Mereka terdiri daripada 9 orang warga Britain dan seorang warga Amerika serta seorang pemandu arah.

View this post on Instagram

A post shared by Harry Shimmin (@harryshimmin)

Tekad rakam meskipun mengetahui risiko dihempas ‘tsunami’ ais

Menurut Harry, sebelum kejadian, mereka sudah tiba di puncak tertinggi di gunung tersebut. Harry mengambil keputusan untuk pergi mengambil foto di pinggir bukit. Semasa sedang asyik mengambil gambar, beliau terdengar bunyi retakan ais di belakangnya dan segera merakam kejadian yang berlaku.

Tambahnya lagi, kedudukannya pada ketika itu sememangnya berada di tepi kawasan teduhan di pinggir bukit. Beliau juga menyedari bahawa dirinya mengambil risiko dengan meneruskan rakaman dan tidak terus bersembunyi di sebalik batu teduhan.

Meskipun kelihatan jauh pada asalnya, namun ‘tsunami’ kecil ini sampai jua kepada Harry. Lelaki ini bernasib baik kerana sempat bersembunyi namun mengalami kesukaran bernafas akibat ‘tsunami’ ais batu yang terlampau sejuk.

[VIDEO] Lelaki Ini Terselamat Dari Ajal Semasa Tekad Rakam 'Tsunami' Lalu Di Celah Gunung
Sumber : IG @harryshimmin

Setelah ‘tsunami’ salji itu berakhir, beliau yang berada dalam keadaan menggigil segera kembali kepada kumpulan rakannya yang semuanya terselamat.

Semua akan meninggal kalau laju 5 minit

Mengimbas semula kejadian mencemaskan itu, Harry rasa bertuah kerana mereka pasti akan meninggal dunia terkena ‘tsunami’ ais itu sekiranya meneruskan perjalanan trekking 5 minit lebih jauh.

Sambil menerangkan bahawa terdapat trail kelabu samar di dataran hijau bawah kaki gunung itu, Harry juga sempat membayangkan bahawa mereka tidak akan sempat lari menyelamatkan diri. Apatah lagi, di kawasan rendah itu, pemandangan keseluruhan gunung tidak dapat disaksikan.

[VIDEO] Lelaki Ini Terselamat Dari Ajal Semasa Tekad Rakam 'Tsunami' Lalu Di Celah Gunung
Trail kelabu samar yang sepatutnya dilalui oleh kumpulan Harry. Sumber : IG @harryshimmin

Nasib malang pasti menyergah di saat akhir kerana mereka hanya mampu mendengar bunyi dentuman sebelum ‘tsunami’ menyerang sekelip mata.

“Awak orang gila tapi itu adalah rakaman yang cantik sekali!” – Netizen

Rata-rata netizen di laman komen Harry memuji rakaman ‘gila’ tetapi sangat menakjubkan yang berjaya dirakam oleh beliau sambil mengucapkan rasa syukur kerana masih diberikan nafas untuk hidup.

[VIDEO] Lelaki Ini Terselamat Dari Ajal Semasa Tekad Rakam 'Tsunami' Lalu Di Celah Gunung
Sumber : IG @harryshimmin
[VIDEO] Lelaki Ini Terselamat Dari Ajal Semasa Tekad Rakam 'Tsunami' Lalu Di Celah Gunung
Sumber : IG @harryshimmin
[VIDEO] Lelaki Ini Terselamat Dari Ajal Semasa Tekad Rakam 'Tsunami' Lalu Di Celah Gunung
Sumber : IG @harryshimmin
[VIDEO] Lelaki Ini Terselamat Dari Ajal Semasa Tekad Rakam 'Tsunami' Lalu Di Celah Gunung
Sumber : IG @harryshimmin
[VIDEO] Lelaki Ini Terselamat Dari Ajal Semasa Tekad Rakam 'Tsunami' Lalu Di Celah Gunung
Sumber : IG @harryshimmin

Lelaki ini sememangnya memiliki nasib yang begitu baik. Inilah yang dinamakan belum tiba ajalnya. Apa-apa pun, sekiranya anda berada dalam situasi ini, pilihlah untuk menyelamatkan nyawa anda berbanding rakaman detik mencemaskan di hadapan anda.

Ini pula detik cemas yang pernah berlaku di Sabah dan Sarawak:

SUMBER :IG @harryshimmin
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Amaran Cuaca Buruk Dan Ribut Petir Di Sabah Sarawak Sehingga 13 Julai
Next Article Tahukah Anda Duit Kertas Ringgit Malaysia Tidak Dibuat Di Malaysia? Tahukah Anda Duit Kertas Ringgit Malaysia Tidak Dicetak Di Malaysia?

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?