Game ini sangat rare, hanya ada 2 orang sahaja yang diketahui memilikinya
Tahukah Anda McDonald’s Pernah Mengeluarkan Video Game Untuk Nintendo DS? McDonald’s (atau juga dikenali sebagai ‘McD’) adalah antara restoran makanan segera yang terkenal di seluruh dunia dan home to our favourite burgers dan ayam goreng McD.
Tetapi tahukah anda pada suatu ketika dahulu, 10 tahun lepas, francais ini pernah mengeluarkan permainan video untuk Nintendo DS? Mengapa ia tidak pernah didengar sehingga kini? Inilah jawapannya!
Permainan video khas untuk digunakan untuk melatih pekerja McD
Pada tahun 2010, McDonald’s Jepun mengumumkan bahawa mereka bekerjasama dengan Nintendo untuk membuatkan sebuah program berbentuk video game untuk Nintendo DS. Tetapi ia bukan sekadar video game sahaja – game ini bertujuan untuk melatih pekerja sambilan.
Pihak pengurusan McDonald’s Jepun mendakwa program ini hanya mengambilkan separuh masa yang biasanya diperlukan untuk melatih kakitangan mereka.
Menurut laporan, mereka telah melabur sebanyak 2.2 juta yen untuk menghasilkan kartrij ini, yang akan dimasukkan ke dalam Nintendo DS untuk menjalankan program ini – dengan itu memainkannya!
Nama rasmi program ini adalah e-Crew Development Program (eCDP). Di antara banyak kandungannya, ia juga mengajar pekerja cara membersihkan stesen kerja mereka, membuat burger dan banyak lagi.
Anda boleh menonton demo eCDP dalam satu-satunya video yang diketahui sebelum ini yang memberikan gambaran permainan tersebut secara dekat di bawah:
Namun, itu adalah kali terakhir game ini disebut dan perlahan-lahan ia hilang dari dunia.
Barang koleksi
Seperti francais lain, Nintendo mempunyai bahagian kolektor mereka sendiri. Biasanya, permainan usang yang tidak dijual sering direbut. Orang yang kebetulan memiliki game Nintendo rare kemungkinan besar akan melelong atau menjual permainan mereka kepada penawar tertinggi.
Tetapi kemana perginya permainan video McDonald iaitu eCDP Nintendo DS?
Seorang YouTuber baru-baru ini menjadi viral ketika dia menyatakan bahawa dia telah memiliki game tersebut dan pada masa itu, dia merupakan salah seorang daripada 2 orang di dunia diketahui yang mempunyai permainan video tersebut.
Dipendekkan cerita, Nick Robinson, seorang YouTuber yang membuat kandungan gaming, mendapat tahu mengenai permainan tersebut dari seorang netizen di saluran YouTubenya. Semasa penyelidikan, dia mendapati seorang lelaki Perancis telah comment di sebuah forum dalam talian untuk meminta pertolongan dalam permainan tersebut, secara langsung membuktikan bahawa game tersebut memang wujud.
Ketika dia mengetahui ini, pengguna terbabit, iaitu Coddy, memuat naik gameplay McD eCDP di YouTube dan menjadi satu-satunya gameplay yang dimuat naik ke Internet. Dimuat naik pada tahun 2018, video Coddy adalah satu-satunya gameplay yang diketahui dalam hampir 10 tahun sejak diumumkan.
Namun, seperti yang anda lihat video asal Coddy di bawah, dia tidak dapat memasuki permainan tersebut kerana memerlukan kata laluan.
Dengan hanya durasi 2 minit, jelas tidak cukup untuk memuaskan rasa ingin tahu orang lain. Mereka ingin mengetahui apa yang ada dalam game tersebut tetapi malangnya, pemain game itu sendiri tidak dapat masuk.
Atas alasan undang-undang, Coddy tidak mahu ‘dump‘ permainan tersebut. Dumping the game adalah tindakan mengambil permainan dari sistem atau gamecart anda dan menyalinnya ke format yang dapat dibaca ke kad SD anda. Dumping adalah sah jika anda menyimpan dump tersebut untuk diri sendiri, namun jika dikongsi kepada orang lain ia akan dianggap cetak rompak dan salah di sisi undang-undang.
Oleh kerana undang-undang tertentu ini ketat di Perancis, iaitu negara asal Coddy, Coddy enggan membuat demikian walaupun dirayu oleh netizen lain untuk membuat tindakan tersebut.
Berjaya membeli permainan itu pada saat-saat akhir
Melalui video Nick yang menceritakan usahanya untuk mendapatkan permainan itu, dia mendapati seorang warga Jepun melelong salinan permainan eCDP mereka sendiri – siap dengan kata laluan, perkara yang Coddy tidak ada untuk meneruskan permainannya. Ia akan diberi sekali dengan Nintendo DS edisi terhad dengan logo McDonald’s dicetak di atasnya dan kartrij penting yang mempunyai permainan eCDP terbabit. Nick merasa tertekan kerana tawaran itu akan berakhir dalam masa 30 minit pada waktu dia mengetahui tentang lelong berkenaan! Tanpa melengahkan masa, (dan juga setelah memberikan pertimbangan berat kerana permainan itu dilelong dengan harga USD3,000!) Nick berjaya menang game itu.
Sekiranya anda ingin mendengar lebih banyak cabarannya yang berterusan sepanjang proses mendapatkan permainan ini, anda boleh menonton video YouTube Nick (video tersebut berdurasi selama 49 minit).
Fast forward ke sekarang, hanya dua minggu setelah dia bermain game ini, Nick mendapati bahawa Coddy sebenarnya telah menguraikan kod tersebut 2 minggu sebelum Nick bermain game terbabit dan telah stream permainan itu melalui video lain.
Kata laluan bersifat individualistik. Oleh itu, walaupun pada awalnya menolak untuk ‘membuka’ permainan itu, Coddy memutuskan untuk melakukannya hanya untuk mencari kod yang boleh membantunya mendapatkan semula kata laluan itu. Mengapa dia melakukan ini?
Walaupun mendapat bantuan daripada orang-orang berpengaruh dari McDonald’s (CEO, ok!), mereka tidak dapat menolongnya lebih jauh kerana kata laluan untuk setiap program itu ditetapkan secara individual.
Setelah beberapa percubaan dan kesilapan, Coddy berjaya masuk ke dalam permainan itu, menjadikan Coddy dan Nick the only two people in the world mempunyai akses dan menyiarkan gameplay game ini!
Sebuah permainan video interaktif yang ‘melatih’ pemain
Menerusi gameplay tersebut, penonton mendapati bahawa permainan tersebut melatih pemain untuk membuat tugas. Anda akan belajar bagaimana mengemas burger, bagaimana menggoreng telur, malah petunjuk di mesin yang menandakan masa sudah siap adalah sama dengan yang mesin sebenarnya (seperti yang dikatakan oleh para pekerja McDonald’s semasa yang menonton video tersebut).
Sekiranya anda berminat untuk mencuba game ini, Nick telah ‘dump‘ permainan untuk kegunaan umum!
Walau bagaimanapun, permainan ini dalam bahasa Jepun, jadi jika anda tidak membaca atau memahami bahasa Jepun, lebih baik anda menonton video Nick atau Coddy untuk memahami permainannya.
Buat pertama kalinya dalam 10 tahun, permainan eCDP McDonald’s kini dapat dimainkan oleh semua setelah ia menghilang selama satu dekad!