He was literally the richest man alive in the world
Tahukah Anda Orang Terkaya Yang Pernah Tercatat Dalam Sejarah Adalah Seorang Sultan Muslim? Orang terkaya di dunia hari ini ialah Jeff Bezos, pengasas Amazon dan Blue Origin. Amazon adalah peruncit terbesar di dunia dan melalui ini Jeff Bezos menikmati keuntungan besar. Pada tahun 2021, nilai bersih Jeff Bezos dianggarkan berjumlah $ 194.9 bilion, yang menjadikannya orang terkaya di dunia sekarang.
Namun, walaupun Jeff Bezos ialah orang terkaya yang hidup hari ini, beliau pasti bukan orang terkaya dalam sejarah. Disebalik orang kulit putih dan orang Asia yang sering muncul di beberapa majalah tentang kekayaan, orang terkaya yang pernah hidup sebenarnya adalah seroang Sultan Muslim dari Afrika yang hidup berabad-abad yang lalu!
Perbandingan kekayaan
Untuk membandingkan seberapa kaya Jeff Bezos, kekayaan peribadinya lebih besar daripada CGDP 75% negara di seluruh dunia. Ini bermakna bahawa kekayaan beliau setara dengan sebuah negara!
Malah, sebilangan besar kekayaan ini tidak mungkin dapat dihabiskan seumur hidup, walaupun dengan perbelanjaan mewah. Dengan andaian bahawa beliau akan hidup hingga 80 tahun, beliau harus menghabiskan hampir $ 22 juta SETIAP HARI jika beliau merancang untuk menghabiskan kekayaannya sehingga beliau meninggal dunia!
Walaupun kekayaannya sangat besar, Jeff Bezos bukan orang terkaya yang pernah hidup. Malah, jika termasuk dengan inflasi, kekayaannya bahkan tidak dekat dengan orang terkaya yang pernah hidup.
Kekayaan orang terkaya ini yang pernah hidup adalah dua kali ganda lebih banyak daripada kekayaan Jeff Bezos dan bahkan lebih besar daripada kekayaan gabungan jutawan terkenal seperti Elon Musk, Jack Ma, Bill Gates, dan Mark Zuckerberg.
Nama orang ini ialah Mansa Musa, seorang sultan dari Afrika yang beragama Islam.
Lahir pada tahun 1280M
Mansa Musa ialah seorang sultan Empayar Mali di Afrika Barat Islam. Empayar ini juga merupakan kerajaan terbesar di Afrika Barat, meliputi sekurang-kurangnya 500,000 batu persegi dan juga tempat kediaman bagi 5% penduduk dunia pada masa itu. Gelaran ‘Mansa’ sebenarnya bermaksud ‘sultan’. Oleh itu, jika diterjemahkan dalam Bahasa Melayu, nama sebenarnya ialah ‘Sultan Musa’.
Kebangkitan kerajaan tersebut dibina berdasarkan sumber daya yang ada, emas dan garam. Anda mungkin berfikir, bagaimana sesuatu yang biasa seperti garam dapat memperoleh kekayaan seperti itu? Well, semasa zaman itu peti sejuk tidak ada. Garam pada masa itu digunakan untuk pengawetan makanan serta bumbu biasa yang digunakan untuk perasa makanan. Di kawasan di mana garam jarang ditemui, garam tidak ternilai harganya!
Emas yang ada di tiga lombong emas di Empayar Mali juga kira-kira separuh daripada bekalan emas di dunia lama (Asia, Eropah dan Afrika)!
Mansa Musa ialah pemerintah ke-10 Kerajaan Mali dan menaiki takhta pada tahun 1312M. Fakta menarik untuk diperhatikan adalah bahawa Mansa Musa dianggap sebagai penguasa sementara, dipilih oleh sultan Abubakari Keita II. Sebab mengapa Abubakari Keita II memilih penguasa sementara adalah kerana dia ingin melakukan perjalanan melintasi Lautan Atlantik. Namun, Abubakari Keita II dan 3000 kapalnya tidak pernah dilihat lagi – menjadikan Mansa Musa sultan baru Empayar Mali.
Membawa satu bandar sebagai rombongan ke Mekah
Semasa berkuasa, dia memperluas kerajaannya dan mengumpulkan lebih banyak emas. Sebagai seorang Muslim, ia juga menjadi tugasnya untuk menunaikan Haji di Mekah. Perjalanannya dari Mali ke Mekah dicatatkan sebagai salah satu perjalanan paling luar biasa yang pernah dilakukan oleh manusia!
Untuk perjalanannya, 60,000 lelaki dan wanita, 100 gajah, 80 unta dan 500 pengawal menemaninya. Terdapat juga makanan, air, dan haiwan yang mencukupi untuk dijadikan makanan sepanjang perjalanan.
Mansa Musa tidak pergi tanpa wang. Malah, dia membawa 21,000kg emas yang dibawa oleh 12,000 hamba dengan setiap hamba membawa hampir 2kg emas. Apabila anda menganggap itu lebih dari cukup, Mansa Musa bahkan membawa ribuan kilogram habuk emas untuk digunakan sebagai mata wang. Wajar dikatakan, dunia belum pernah melihat persembahan kekayaan seperti persembahan kekayaan oleh Mansa Musa dan rombongannya.
Tak semua emas itu digunakan untuk diri sendiri tetapi disebaliknya…
Semua emas itu sebenarnya tidak digunakan untuk bersantai dan berbelanja mewah. Mansa Musa sebenarnya ingin menyumbangkan semua emas itu kepada orang miskin!
Dia memberikan begitu banyak emas untuk golongan miskin semasa perjalanan ke Mekah, sehingga meruntuhkan harga komoditi di seluruh Afrika Utara dan semenanjung Arab barat, termasuk bandar lombong emas utama seperti Kaherah, Madinah dan bahkan Mekah! Oleh kerana itu, berlaku kemelesetan selama 10 tahun.
Mansa Musa tidak hanya mendermakan emas, dia juga ingin berkongsi kepercayaannya secara luas. Dia sendiri sudah kaya raya, jadi dia memulakan tradisi. Setiap hari Jumaat untuk sepanjang haji, tidak kira di mana dia berada, dia akan membina sebuah masjid. Mempertimbangkan jarak ribuan kilometer yang dilalui semasa menunaikan haji, memang banyak masjid dibina olehnya!
Keraguan terhadap niatnya
Tidak banyak catatan tertulis mengenai niatnya untuk menunaikan haji (sama ada untuk tujuan rohani atau untuk menunjukkan kemewahan) tetapi beberapa sejarawan berpendapat bahawa perjalanan Mansa Musa sebenarnya adalah untuk pertunjukan kekayaan, untuk menakut-nakutkan musuh dan pada dasarnya meletakkan Emapayar Mali di peta.
Apa-apa pun niatnya, pameran kekayaannya memang meletakkan Mali di peta. Akibat perjalanan Mansa Musa ke Mekah serta kekayaannya yang banyak dipamerkan, kerajaan Mali muncul di peta dunia untuk pertama kalinya. Salah satu peta penting pada abad ke-14 iaitu Catalan Atlas, menunjukkan Mansa Masa duduk di atas takhta memegang nugget emas!
Perjalanan Mansa Musa juga secara langsung menjadi kempen perekrutan kerana banyak orang mula menyokongnya akibat kemurahan hati dia, malah beberapa di antaranya kembali ke Mali bersamanya dan rombongannya setelah Mansa Musa menunaikan haji.
Membina beberapa madrasah dan masjid di Mali
Setelah kembali ke Mali setelah menunaikan haji, dia mula membina beberapa masjid dan madrasah (institusi pendidikan) di banyak kota di Mali. Tetapi lokasi kegemarannya adalah Timbuktu.
Timbuktu dianeksasi oleh Mansa Musa dalam perjalanan pulang dari Mekah dan menjadikannya sebagai salah satu tempat penting untuk perdagangan, budaya, agama dan pembelajaran di seluruh dunia. Masjid Djinguereber, yang dibayar oleh Mansa Musa dalam emas 200kg, masih berdiri hingga hari ini dan merupakan sebahagian dari Universiti Timbuktu.
Universiti Timbuktu juga mempunyai asal usul yang kaya, iaitu pernah menjadi salah satu institusi terunggul di dunia dengan lebih daripada 25,000 pelajar belajar di sana dan juga sebuah perpustakaan yang mempunyai sejuta buku!
Jadi, berapakah nilai kekayaan Mansa Musa jika dia ada pada masa ini?
Untuk benar-benar mengetahui berapa banyak kekayaannya dalam wang hari ini sukar ditentukan, tetapi ia disangka bahawa Mansa Musa memiliki wang bernilai USD 400,000,000,000, termasuk inflasi.
Yang lebih mengejutkan, nilai ini adalah nilai GDP untuk Norway dan Ireland!
Sebagai orang terkaya di seluruh dunia, Mansa Musa boleh melakukan apa sahaja yang dia mahukan, bila-bila masa. Tetapi sebaliknya, dia memutuskan untuk memberikannya untuk memperbaiki kehidupan orang lain.
And that is how the richest man in the world spent his money, membantu untuk memperbaiki kehidupan orang lain yang berada dalam serba kekurangan.