• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Post-partum Depression Atau Lebih Dikenali Sebagai Meroyan, Fahami Lebih Lanjut Mengenai Simptomnya

Oleh
Nazihah AN
6 Ogos 2021
Kongsi
4 Min Bacaan
Post-partum Depression Atau Lebih Dikenali Sebagai Meroyan, Fahami Lebih Lanjut Mengenai Simptomnya

Pernah dengar Postpartum Depression?

Post-partum Depression Atau Lebih Dikenali Sebagai Meroyan, Fahami Lebih Lanjut Mengenai Simptomnya. Depression atau kemurungan bukanlah suatu perkara yang asing lagi untuk diperkatakan, namun pernahkah anda mendengar post-partum depression?

Post-partum depression (PPD) atau ayat yang sering kita dengar ialah ‘meroyan’. Menurut masyarakat, PPD atau meroyan ini ialah sebuah perubahan dari segi tingkah laku, segi fizikal dan emosi yang terjadi kepada wanita selepas melahirkan anak.

Memang ada yang beranggapan pasangan ‘baru’ ini berasa gembira kerana telah lengkap dengan kehadiran cahaya mata dalam kehidupan mereka. Selain menjaga kepentingan kelahiran bayi, si ibu juga hendaklah dijaga dengan sepenuh perhatian. Emosi ibu selepas melahirkan anak juga boleh terganggu disebabkan penat menjaga anaknya siang dan malam.

Post-partum Depression Atau Lebih Dikenali Sebagai Meroyan, Fahami Lebih Lanjut Mengenai Simptomnya

Gejala-gejala PPD yang patut anda tahu

Mungkin ramai yang tidak tahu akan bahayanya post-partum depression ini, atau bagaimana ia boleh berlaku. Di sini, kami akan menerangkan kepada anda gejala-gejala dan faktor yang boleh mmembawa kepada PPD.

Gejala PPD ini biasanya terjadi kepada wanita disaat awal kehamilan, beberapa minggu selepas melahirkan atau boleh jadi hingga setahun selepas kelahiran bayi mereka. Ketika mengalami post-partum depression, sesorang akan mengalami gejala-gejala berikut:

  • Cepat merasa lelah dan tidak bertenaga
  • Mudah tersinggung dan cepat marah
  • Tidak boleh tidur malam (insomnia)
  • Hilang selera makan atau makan yang yang lebih banyak dari biasa
  • Berat badan susut dengan mendadak
  • Sering merasa gelisah tanpa alasan yang jelas
  • Kehilangan rasa minat terhadap kegiatan yang disukainya
  • Berfikiran negatif, samaada ingin mencederakan diri sendiri atau bayinya sendiri
  • Terfikir ingin membunuh diri
Post-partum Depression Atau Lebih Dikenali Sebagai Meroyan, Fahami Lebih Lanjut Mengenai Simptomnya

Kemuncak kepada ‘meroyan’ atau PPD ini boleh menyebabkan insiden yang tragis hingga tidak sedar ‘kelar’ atau menghumban bayi mereka sendiri. Ini terjadinya akibat si ibu berhalusinasi atau delusi menyebabkan mereka hilang rasional.

Antara faktor yang boleh menyebabkan terjadinya PPD ini adalah dari segi faktor persekitaran dimana pasangan tersebut mempunyai krisis dan membiarkan si isteri keseorangan tanpa ditemani ahli keluarga atau suami itu sendiri menyebabkan mereka lebih mudah mengalami postpartum depression.

Selain itu, si ibu yang terlampau penat menjaga bayinya sehinggakan tiada masa untuk berehat juga merupakan faktor untuk sesorang itu mengalami kemurungan postpartum. Oleh itu, si suami hendaklah menemani dan menolong isterinya sebagai tanda penghargaan terhadap pengorbanan seorang isteri yang telah bertarung nyawa untuk melahir zuriat.

Post-partum Depression Atau Lebih Dikenali Sebagai Meroyan, Fahami Lebih Lanjut Mengenai Simptomnya

Masalah kemurungan Postpartum ini dapat ditangani dengan sokongan moral yang diberikan oleh suami dan ahli keluarga. Selain itu:

1. Banyakkan berehat

Si ibu memerlukan masa rehat yang mencukupi untuk dia menstabilkan dirinya sendiri dari segi mental dan fizikal. Sementara itu, si suami boleh mengambil tugas si isteri dengan menjaga keperluan bayi dengan membuat jadual yang tetap dan konsisten.

2. Mengamalkan pemakanan yang sihat

Si ibu hendaklah mendapatkan nasihat doktor untuk merancang pemakanan yang sihat sepanjang selepas melahirkan anak. Mereka hendaklah sentiasa menjaga kesihatan tubuh badan mereka dan bukan sahaja terhad pada waktu berpantang sahaja.

3. Aktif melibatkan diri dalam kumpulan sokongan

Si ibu juga boleh menyertai mana-mana kumpulan sokongan di mana-mana media sosial. Seperti di Facebook, banyak halaman-halaman (Facebook page) yang telah diwujudkan oleh para doktor dan pakar untuk menyalurkan maklumat penting, bimbingan dan petikan yang positif kepada umum.

Disini, sama-samalah kita belajar supaya keluarga kita sendiri berada dalam keadaan selamat.

Baca juga tanda-tanda awal seseorang mengalami kemurungan:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tahukah Anda Orang Terkaya Yang Pernah Tercatat Dalam Sejarah Adalah Seorang Sultan Muslim? Tahukah Anda Orang Terkaya Yang Pernah Tercatat Dalam Sejarah Adalah Seorang Sultan Muslim?
Next Article Kontroversi Kasut Trampolin Nike Yang Dianggap ‘Doping Teknologi’ Kerana Bantu Atlet Lari Lebih Laju Dari Biasa

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?