• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tak Berperikemanusiaan! Remaja Wanita Dan Teman Lelaki Tergamak Tanam Bayi Baru Lahir Di Miri

Oleh
Husna Hazmi
22 Februari 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Semoga mendapat hukuman yang setimpal!

Tak Berperikemanusiaan! Remaja Wanita Dan Teman Lelaki Tergamak Tanam Bayi Baru Lahir Di Miri. Dipetik daripada Utusan Borneo, gara-gara ingin menyembunyikan kelahiran bayi sepasang kekasih telah bertindak menanam mayat bayi tersebut di Kampung Bukit Jagus Lambir di Miri.

Tak Berperikemanusiaan! Remaja Wanita Dan Teman Lelaki Tergamak Tanam Bayi Baru Lahir Di Miri
Tak Berperikemanusiaan! Remaja Wanita Dan Teman Lelaki Tergamak Tanam Bayi Baru Lahir Di Miri. Gambar sekadar hiasan

Bayi tersebut dilahirkan di asrama sekolah

Menurut Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Polis (ACP) Hakemal Hawari, pasangan wanita berusia 19 tahun bersama teman lelakinya berusia 29 tahun ditahan di lokasi berasingan pada kira-kira jam 3.30 pagi pada hari Ahad.

Suspek telah membawa pihak berkuasa ke lokasi mayat bayi yang berusia kurang seminggu itu berhampiran rumah teman lelakinya. Siasatan awal juga mendapati bahawa remaja wanita berkenaan melahirkan bayi tersebut di asrama sekolah.

Jelas beliau, kejadian tersebut terbongkar setelah warden sekolah berkenaan membawa remaja tersebut ke Hospital Miri untuk pemeriksaan kesihatan atas sebab pendarahan yang teruk.

“Punca pendarahan itu membawa kepada terbongkarnya kes penyembunyian kelahiran bayi dan satu laporan polis telah dibuat selepas itu. Hasil tangkapan itu juga, pasukan polis menemukan mayat bayi yang sudah reput yang ditanam,” kata beliau.

Tak Berperikemanusiaan! Remaja Wanita Dan Teman Lelaki Tergamak Tanam Bayi Baru Lahir Di Miri

Mayat bayi tersebut dibawa ke Hospital Miri untuk tindakan selanjutnya

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Polis Hakemal juga berkata bahawa mayat bayi tersebut kemudiannya dibawa ke Hospital Miri untuk tindakan selanjutnya dan pihak polis pula tidak akan berkompromi dan akan bertindak dengan sewajarnya dengan undang-undang yang sedia ada. 

Kes disiasat dibawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran bayi.

Hukuman yang tegas akan dikenakan bagi kesalahan buang bayi dan menyembunyikan kelahiran bayi kepada individu yang bersubahat dengan perbuatan jenayah yang kejam ini, tambah beliau lagi.

Dalam masa yang sama, PDRM Miri juga memohon kerjasama daripada semua pihak dalam memastikan perbuatan jenayah kejam ini ditangani secara menyeluruh.

“Masyarakat menjadi mata dan telinga kepada polis bagi menyalurkan makumat supaya tindakan sewajarnya dapat dibuat termasuk membawa pelaku ke muka pengadilan,” jelas beliau lagi.

Tiada alasan untuk sesiapa sahaja melakukan jenayah kejam membuang bayi, ketahui lebih lanjut mengenai Baby Hatch:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bayaran Masuk RM10 Per Kereta, Pantai Trombol Kini Dibuka Kembali Untuk Orang Ramai Bayaran Masuk RM10 Per Kereta, Pantai Trombol Kini Dibuka Kembali Untuk Orang Ramai
Next Article [VIDEO] Sekumpulan Nelayan Di Miri Terpesona Jumpa Paus Jerung Yang Rare Semasa Mencari Bubuk

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?