• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

[VIDEO] Sekumpulan Nelayan Di Miri Terpesona Jumpa Paus Jerung Yang Rare Semasa Mencari Bubuk

Oleh
Ismail NA
22 Februari 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

[VIDEO] Sekumpulan Nelayan Di Miri Terpesona Jumpa Paus Jerung Yang Rare Semasa Mencari Bubuk. Jumpa ikan yang berenang dekat dengan permukaan pun dah rasa teruja, ini kan pula ikan paus jerung yang besarnya menyamai bot anda!

Menerusi hantaran yang dibuat oleh seorang pengguna Facebook, Abdul Rahman Julihi, beliau yang menyertai sekumpulan nelayan mencari bubuk di perairan Miri terpesona melihat kemunculan paus jerung yang jarang-jarang dilihat. Puas jerung tersebut dilihat berlegar-legar di sekitar bot mereka dalam keadaan yang tidak membahayakan.

Video berdurasi 22 saat itu memaparkan pergerakan paus jerung dengan badan berbintik-bintik berwarna putih. Difahamkan, paus jerung ini turut memburu bubuk untuk dijadikan sumber makanannya. Comel betul!

Posted by Abdul Rahman Julihi on Saturday, February 19, 2022

Rhincodon typus, spesis ikan terbesar di dunia!

Paus jerung yang berlegar di perairan Miri ini merupakan sejenis ikan paus spesis Rhincodon typus. Rhincodon diiktiraf sebagai spesis ikan terbesar di dunia dan senang untuk dikenal pasti memandangkan ia mempunyai corak badan yang unik. Hidupan yang tergolong dalam keluarga jerung sebenar ini juga boleh dijumpai di lebih 100 buah negara seperti Jepun, Mexico, Thailand, Filipina, Australia, India dan Malaysia (Pulau Mabul, Sipadan Sabah dan Miri, Sarawak).

Hidup sebagai spesis ikan pemakan menapis (filter feeders), ikan ini kebiasaannya mencari sumber makanan di permukaan laut terbuka.

Ikan paus jerung Rhincodon ini makan dengan cara menelan air dan menapis segala jenis organisma hidup seperti plankton, telur ikan sehinggalah ke kawanan ikan halus seperti bubuk, udang, kerang dan sotong. Walau pun namanya jerung paus, tetapi ikan ini tidak mendatangkan bahaya kepada manusia (melainkan anda menakut-nakutkan mereka)! Siap boleh berjinak-jinak lagi dengan penyelam kalau terjumpa.

[VIDEO] Sekumpulan Nelayan Di Miri Terpesona Jumpa Paus Jerung Yang Rare Semasa Mencari Bubuk
Sumber foto : ABC

Boleh hidup hingga lebih 70 tahun tapi jarang melahirkan anak

Untuk pengetahuan anda juga, ikan paus jerung ini juga boleh hidup sehingga lebih 70 tahun, membesar sehingga 40 kaki panjang dan mencecah berat sehingga 20 tan atau lebih. Walau bagaimanapun, ikan ini jarang sekali melahirkan anak sepanjang hayatnya. Dengan ancaman krisis iklim dunia serta pemburuan haram oleh manusia, spesis paus jerung Rhincodon ini dikategorikan dalam senarai merah haiwan terancam International Union for Conservation of Nature (IUCN).

Menurut ikon industri penyelam dunia, Clement Lee Ngak Yeo yang berasal daripada Sabah, kehadiran spesis ikan paus jerung ini di perairan Miri adalah disebabkan beberapa faktor seperti sumber makanan yang banyak serta mengejar bubuk yang ditemui dengan begitu mudah di sini apabila tiba musimnya. Tambah Lee juga, para penyelam yang ingin ‘beramah mesra’ dengan ikan paus jerung ini mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk bertemu dengan mereka sekitar musim bubuk iaitu pada bulan Mac sehingga Jun.

[VIDEO] Sekumpulan Nelayan Di Miri Terpesona Jumpa Paus Jerung Yang Rare Semasa Mencari Bubuk

Bertuahnya lah siapa yang jumpa ikan paus jerung ini, kan? Kongsikan cerita menarik ini kepada rakan-rakan anda dan jangan lupa like halaman kami.

Baca juga :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tak Berperikemanusiaan! Remaja Wanita Dan Teman Lelaki Tergamak Tanam Bayi Baru Lahir Di Miri
Next Article Bermula 1 Mac 2022, Urusan Check-In Di Kaunter AirAsia Akan Dikenakan Cas RM 100

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?