Seorang membuat kerja satu department tapi gaji asas hanya RM2K
Tak Boleh Ada Depression, Keperluan Tinggi Syarikat Ini Dan Gaji Asasnya Menimbulkan Kemarahan Netizen. Apabila memohon pekerjaan, kita akan berusaha sebaik mungkin untuk mencari pekerjaan yang boleh kita lakukan dengan yakin atau yang paling sesuai dengan kemampuan kita.
Tetapi bagaimana pula sekiranya sebuah syarikat menjangkakan SEORANG SAHAJA melakukan tugas keseluruhan jabatan sementara tidak ‘dibenarkan’ mengalami kemurungan. Hujung-hujung pula, dibayar gaji pokok sebanyak RM2k sahaja? Yes, memang wujud syarikat macam ini gais.
“Geleng kepala bila jumpa ni,” – Netizen
Seorang pengguna Twitter, @areedrazman berkongsi sebuah iklan pekerjaan menerusi Twitter. Anda boleh lihat sendiri keperluan pekerjaan tersebut di bawah:
Banyak sangat yang salah iklan kerja ni. Cuba senaraikan. Aku dengan mudah boleh bagi 5. Ya ampun, geleng kepala bila jumpa ni. pic.twitter.com/ckmZAp5BFA
— a̸r̸d̶. 🇲🇾 (@areedrazman) October 27, 2020
Sekiranya anda biasa dengan pekerjaan yang berkaitan dengan media digital, anda akan mengetahui bahawa semua keperluan tersebut sebenarnya adalah one whole department. Oleh itu, untuk mempunyai seorang sahaja untuk melakukan semua itu tidak sepadan dengan gaji pokok yang ditawarkan.
Mendidik orang ramai untuk mengetahui apa yang salah mengenai iklan pekerjaan tersebut
Ketika ditanya apa yang salah tentang iklan pekerjaan itu, @areedrazman mengatakan,
Alot!
Antaranya:
– Writer, editor, graphic designer, video editor, social media exec jd satu role. Ini bukan role a person! Ini role satu department!
– Kerja sampai 12am
– dilarang ada depression anxiety disorder dan seangkatan dengannya. WTF??!!
And gaji, 2k. Haihhh
— a̸r̸d̶. 🇲🇾 (@areedrazman) October 27, 2020
Tambah lagi, terdapat juga netizen yang mengatakan bahawa iklan pekerjaan itu adalah untuk satu jabatan, di mana seorang perlu membuat pekerjaan pakar media sosial, pereka grafik, penyunting video, pencipta kandungan, penulis iklan, eksekutif pemasaran, pemandu kereta, perkhidmatan pelanggan, dan HR (human resources). Bayangkan anda seorang sahaja buat kerja satu jabatan tapi gaji tak setimpal dengan skop!
Fyi ini job scope seorang social media specialist+graphic designer+video editor
Basic 2k? What a joke.
— Purrfessional (@Purrfessionals) October 28, 2020
To add
Content creator+copy writer+Marketing exec
Job scope yg tak dinyatakan:
-Kena ada lesen: Driver
-Respon msg customer: Customer service
-To keep happiness in check: HR
— Purrfessional (@Purrfessionals) October 28, 2020
Malah, beberapa netizen tampil untuk berkongsi pengalaman mereka tentang bekerja lebih tetapi mendapat gaji lebih rendah daripada usaha mereka.
i used to work like this before and it took a toll on my body. i had to handle video editing, design catalogs and product brochure while juggling with maintaining ads, doing data analysis and on top of all that, doing sales. gosh, i ended up resigning haha
— usagi 🇲🇾 (@meetingmarias) October 28, 2020
forgot to tell you, my salary is 1500 only, in ipoh haha.
— usagi 🇲🇾 (@meetingmarias) October 28, 2020
“Saya pernah bekerja macam ini dahulu, dan ia mendatangkan sakit kepada badan saya. Saya perlu mengendali suntingan video, mereka katalog dan brosur produk sementara mengekalkan iklan, membuat analisis data, serta membuat penjualan. Saya akhirnya meletakkan jawatan. Gaji saya hanya RM1500 sahaja, di Ipoh,” kata @meetingmarias
Pernah jugak kerja mcm ni..basic RM2k..manage social media, fb ig ads, live, layan all the pm and whatsapp from cust..plus siap kena buat sales dari kedai ke kedai utk cari agent n stockist..bukak booth kt event2..semua kerja2 ni dibuat oleh 2 staff je..end up dua2 xtahan..resign
— Cik Fieka (@ShyaFieka) October 28, 2020
Almost setahun kerja mcm nk gila..minta bos tambah staff dlm department..dia ckp xperlu..2 org dh cukup utk orang kenal brand dia..siap nak kami deal utk tembus market ke China within 6 months…whatttttt!!!!..depress teruk kami dua masa tu…
— Cik Fieka (@ShyaFieka) October 28, 2020
Fuhhh… dasyat!
Sekiranya anda seorang pengusaha perniagaan dan ingin mengambil pekerja sebagai kakitangan perniagaan syarikat anda, pastikan anda menawarkan gaji yang setimpal dengan ruang lingkup pekerjaan mereka.
Malah, pastikan anda mengetahui setiap skop pekerjaan agar anda dapat menentukan berapa orang yang boleh anda ambil untuk melakukan pekerjaan tersebut. Mengupah hanya seorang untuk melakukan keseluruhan jabatan, sambil mengharapkan mereka tidak menyerah pada kegelisahan dan kemurungan sangat tidak adil dan sangat tidak beretika. Seorang boss yang bagus akan menjanjikan kakitangan yang setia dan sentiasa membuat yang terbaik, bukan sahaja untuk syarikat/perniagaan bahkan untuk anda juga.