Kental betul hati anak muda ini, semoga terus berjaya!
Tak Dapat Hadir Ambil Result SPM Sebab Jaga Ibu Sakit, Cikgu Datang Bawa ‘Hadiah’ Undang Sebak. Pendidikan adalah satu perkara yang begitu penting dalam kehidupan seseorang. Setiap pelajar mempunyai impian dan harapan untuk berjaya dalam pelajaran.
Sebuah video yang tular di media sosial baru-baru ini telah mengundang sebak ramai. Video tersebut menunjukkan seorang cikgu datang membawa kertas kad bod kepada seorang pelajar berprestasi bernama Mohd Syahril dari SMU (A) Darul Iman Beris Lalang, Bachok, Kelantan.
Pelajar ini tidak dapat datang ambil keputusan SPM kerana sedang menjaga ibunya yang sakit
Dalam video tersebut, cikgu tersebut menunjukkan kertas kad bod yang bertulis 11A, menandakan bahawa Mohd Syahril telah berjaya meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Namun, apa yang membuat video itu sangat mengesankan adalah ketika diketahui bahawa Mohd Syahril tidak dapat mengambil keputusan SPM bersama rakan-rakannya di sekolah seperti remaja biasa.
@hernisafliza tahniah
♬ suara asli – ⛔Tuanmuda88🎼EDITORMUDA⛔ – ⛔🅃🅄🄰🄽𝓜𝓾𝓭𝓪16🎗️🄰🄴🅂 ⛔
Syahril menafikan ibunya menghidap penyakit kanser tahap empat seperti yang ditularkan pihak tertentu.
Sebaliknya, dia terpaksa tinggal di rumah untuk menjaga ibunya yang sedang sakit selama dua tahun berturut-turut. Ibu Mohd Syahril didiagnoskan dengan sakit angin ahmar pada tahun 2019 dan masih lagi menjalani rawatan.
Walaupun tidak dapat mengambil keputusan SPM bersama rakan-rakannya di sekolah, Mohd Syahril tetap berusaha untuk menamatkan persekolahannya dengan cemerlang. Usahanya akhirnya membuahkan hasil apabila beliau berjaya meraih 11A dalam peperiksaan itu.
“Umi sakit angin ahmar sejak 2019, namun empat hari sebelum SPM, keadaan dia agak lemah, jadi saya tak sampai hati nak tinggalkan dia sendirian termasuk nak pergi ambil keputusan SPM,”
Ketibaan para guru ke rumahnya memberikan kejutan besar kepada Mohd Syahril dan keluarganya. Bagi Mohd Syahril, beliau begitu terharu dan gembira dengan kejutan tersebut.
Video berkenaan telah mengundang rasa sebak di hati netizen yang mana rata-rata kagum dengan kesungguhan pelajar tersebut menjaga ibunya yang sakit dan pada masa yang sama mendapat keputusan cemerlang dalam SPM.