• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Hadiahkan Baju Raya, Warga Emas Tinggal Di Stesen Minyak Terbiar Di Sabah Buat Netizen Sebak

Oleh
Nazihah AN
26 April 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Hadiahkan Baju Raya, Warga Emas Tinggal Di Stesen Minyak Terbiar Di Sabah Buat Netizen Sebak

Walaupun beliau hidup dalam serba kekurangan, beliau tetap menjaga kebersihan dan menjaga solatnya

Hadiahkan Baju Raya, Warga Emas Tinggal Di Stesen Minyak Terbiar Di Sabah Buat Netizen Sebak. Kisah seorang warga emas yang terbiar di stesen minyak di Sabah telah menjadi tular di media sosial.

Warga emas tersebut dikatakan telah menghabiskan bertahun-tahun di stesen minyak tersebut telah menarik perhatian netizen hingga ada yang memberikan beliau bantuan.

Hadiahkan Baju Raya, Warga Emas Tinggal Di Stesen Minyak Terbiar Di Sabah Buat Netizen Sebak
Hadiahkan Baju Raya, Warga Emas Tinggal Di Stesen Minyak Terbiar Di Sabah Buat Netizen Sebak

Beliau sudah 5 tahun duduk di stesen minyak terbiar

Seorang pengguna akaun Tiktok @adrianedy7 turut memberikan sumbangan dengan menghadiahkan sepasang baju raya, songkok, selipar baru dan beri duit raya kepada warga emas tersebut.

Gestur baik hati Adrian telah mengembirakan hati warga emas tersebut dan turut membuatkan netizen sebak dengan tindakannya yang mulia.

Hadiahkan Baju Raya, Warga Emas Tinggal Di Stesen Minyak Terbiar Di Sabah Buat Netizen Sebak
Sumber: Tiktok

Beliau hidup sebatang kara

Menerusi kapsyen Adrian, warga emas tersebut dikenali sebagai Pakcik Osong. Beliau difahamkan telah menetap di stesen minyak yang terbiar selama 5 tahun tanpa bekalan elektrik.

Pakcik Osong yang berasal dari Semporna, Sabah ini hidup tinggal sebatang kara telah membuatkan netizen sebak. Walaupun beliau duduk di tempat terbiar beliau masih menjaga kebersihan diri dan sekelilingnya.

Lihat video di bawah:

@adrianedy7 Sebak sedih ziarah pakcik Osong di pagi hari raya, pakcik Osong tinggal di stesen minyak terbiar, asal Semporna Sabah, sudah 5 tahun di situ tinggal, tiada elektrik. Hadiahkan pakcik baju raya, songkok, selipar baru dan beri duit raya buat dia 😭 #fyp #adrianedy ♬ Untukmu Aku Bertahan – Afgan

Netizen turut berterima kasih kepada Adrian kerana telah memberikan bantuan kepada Pakcik Osong. Pengguna akaun Tiktok Adrian ini juga terkenal dengan sifat beliau yang suka menolong dan memberikan bantuan kepada yang memerlukan.

Semoga tindakannya dapat memberi inspirasi kepada orang lain untuk juga membantu orang yang memerlukan. Dan juga buat Pakcik Osong, kami doakan semoga beliau dikurniakan kesihatan dan murahkan rezeki.

Hadiahkan Baju Raya, Warga Emas Tinggal Di Stesen Minyak Terbiar Di Sabah Buat Netizen Sebak
Hadiahkan Baju Raya, Warga Emas Tinggal Di Stesen Minyak Terbiar Di Sabah Buat Netizen Sebak

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah:

Tular Detik Sebak Bapa Mertua Iban Beri Pesanan Atas Pelamin Meski Kini Berbeza Agama
Jeti Ke Sekolah Di Sabah Runtuh Tiba-tiba, Guru Dan Pelajar Basah Lencun Hingga Undang Sebak Netizen
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Port Baru 'Ngopi', Anda Wajib Singgah Ke HWC Coffee Di Tabuan Tranquility Port Baru ‘Ngopi’, Anda Wajib Singgah Ke HWC Coffee Di Tabuan Tranquility
Next Article Masih Dalam Perancangan, Projek Underpass Bakal Dibina Di Matang -ADUN Tupong Masih Dalam Perancangan, Projek Underpass Bakal Dibina Di Matang -ADUN Tupong

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?