• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tak Dapat Move On Kerana Masih Simpan Barang Ex? ‘Kedai Pernah Sayang’ Boleh Membantu Anda

Oleh
ILB - AI
28 Oktober 2020
Kongsi
5 Min Bacaan
Tak Dapat Move On Kerana Masih Simpan Barang Ex? 'Kedai Pernah Sayang' Boleh Membantu Anda

One man’s trash is another man’s treasure

Tak Dapat Move On Kerana Masih Simpan Barang Ex? ‘Kedai Pernah Sayang’ Boleh Membantu Anda. Hadiah yang diberikan oleh bekas kekasih kita mempunyai kenangan pahit manis bagi kita. Biasanya, hadiah ini akan dibuang (atau dibakar) jika hubungan berakhir, terutamanya jika hubungan itu berakhir dengan teruk tetapi ada juga orang yang tidak dapat melepaskan barang yang diberikan kerana kenangan.

Ada juga beberapa orang yang sanggup menghadapi bekas kekasih hanya untuk mengembalikan barang mereka supaya mereka dapat move on dengan cepat. Bagi mereka yang ingin mengelakkan perbuatan ini, anda boleh memberikan item tersebut ke sebuah kedai di Instagram khas untuk barang ex!

Tak Dapat Move On Kerana Masih Simpan Barang Ex? ‘Kedai Pernah Sayang’ Boleh Membantu Anda

Kedai Pernah Sayang

Seorang gadis, @_natashaanuar, berkongsi kedai tersebut menerusi Twitter. Menurut beliau, kedai ini dikatakan menjual semua barangan yang pernah diberikan oleh bekas kekasih. Siap ada kadar kebencian dekat bekas kekasih gitu.

Wehhhhhh i jumpa IG jual barang preloved yang ex pernah bagi

Siap ada rate tahap kebencian kat ex 😂😂😂😂😂 pic.twitter.com/dhfdRhd4UH

— 𝒻𝓇𝒾𝑒𝒹 𝒸𝒾𝓀𝒾𝓃 (@_natashaanuar) October 25, 2020

“Kamu jahat! Kalau boleh jual gambar kita aku dah jual. Tapi sebab aku tau aku tak berguna, dan KAU lagi lah tak berguna. Takda siapa pun kesah!” – Note to ex.

Yang break cara elok pun ada. Apa benda siap ada note to ex WHAT IS DIS 😂 pic.twitter.com/4fAjZ0zGLc

— 𝒻𝓇𝒾𝑒𝒹 𝒸𝒾𝓀𝒾𝓃 (@_natashaanuar) October 25, 2020

“Saya tak dapat menyalahkan awak, ini semua salah saya. Saya minta maaf, cuba lah awak tak pernah jumpa saya. Cuba lah awak tak pernah kenal saya. Cuba lah awak tak pernah menyayangi seorang gadis yang bodoh seperti saya. Saya faham sekarang bahawa awak tak nak bercakap dengan saya. Saya sangat faham. Belajar bersungguh-sungguh, sayang. Minta maaf,” – Note to ex.

Alahai yang ni pun jsvsjshshshhs!!/)/ pic.twitter.com/rv1saLlkoM

— 𝒻𝓇𝒾𝑒𝒹 𝒸𝒾𝓀𝒾𝓃 (@_natashaanuar) October 25, 2020

“Sorry J, saya terpaksa jual. Saya sayang awak, tapi saya lagi sayang duit,” – Note to ex.

Terdapat pelbagai kisah yang menarik dan juga sedih disebalik barangan tersebut

Pemilik Instagram Kedai Pernah Sayang memuat naik sebuah ciapan balas menerusi bebenang itu, mengatakan bahawa setiap barangan kekasih yang diberikan mempunyai pelbagai kisah menarik serta tak menarik.

Seperti berikut, wanita ini ingin menjual iPhone 7 yang diberikan kepadanya oleh kekasihnya yang telah meninggal dunia. Namun, wanita ini tidak jadi menjual kerana iPhone itu kebetulan rosak sebaik sahaja membuat perjanjian dengan kedai ini. Umpama iPhone tersebut hendak pergi selama-lamanya, seperti si pemberi. Kesiannya…

Ada banyak cerita menarik dan tak menarik. Feel free to follow us. Hargai lah semua orang dan moment yang ada. Kita tak tau apa akan jadi. pic.twitter.com/NQ04NiNTis

— kedaipernahsayang (@kedaipernahsay1) October 26, 2020
Kredit: Twitter

Ada update terbaru youallss! Sedih sangat cerita ni, mudahan mudahan lagi senang dia move on. All the best babe! 😭 pic.twitter.com/gX9HZHtZUM

— kedaipernahsayang (@kedaipernahsay1) October 28, 2020

Baru-baru ini, kedai itu berkongsi sebuah posting di mana seorang wanita ingin menjual MICROWAVE yang diberikan oleh bekas kekasihnya! Alahai… lucu pula.

View this post on Instagram

Occasion: 3rd anniversary (somewhere between Feb 2019, can't remember) Owner : 🤡 / 👩 Hate towards ex : HELLFIRE Note to ex : it really breaks my heart when you said "saya nak betulkan kesilapan lama saya" and you go fixing another girl when you are the one whose ruined my life. Good luck with your new girl. I may forget, but i will never forgive you. Psst, i need some money to sambung my part time degree hehehe pls yall pray for me 🙏 May Allah grant us a peaceful mind and soul for us especially to our parents and our beloved ones. Price : RM200 (bought at RM399) *prefer cod Johor Bahru*

A post shared by Kedai Pernah Sayang (@kedaipernahsayang) on Oct 27, 2020 at 5:17pm PDT

Menurut Kedai Pernah Sayang, tujuan platform ini diwujudkan adalah untuk mereka yang masih belum move on dan yang masih menyimpan barangan bekas kekasih. Oleh itu, platform ini adalah untuk membantu mereka yang tidak tahu apa untuk dilakukan dengan barang ex mereka dengan menawarkan platform untuk menjualkan sahaja barangan bekas kekasih. Okay lah, at least ada juga keuntungan dari sana kan?

Daripada menimbun rumah anda dengan barang-barang yang anda tidak mahukan, why not anda jual sahaja barangan itu dan mendapatkan pulangan wang daripadanya, kan?

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sarawak Catat 27 Kes Hari Ini, 20 Dari Kuching
Next Article Dapatkan Vaksin Anti-Rabies Secara Percuma Mulai Hari Ini Di Limbang Dapatkan Vaksin Anti-Rabies Secara Percuma Mulai Hari Ini Di Limbang

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?