TERKINI: Menurut Kenyataan Media Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, 27 kes COVID-19 baharu dicatat hari ini.
Sarawak Catat 27 Kes Hari Ini, 20 Dari Kuching. Hari ini 20 kes telah dikesan di Kuching. 14 kes merupakan kes kontak kepada kes ke-798 yang telah dilaporkan pada 26 October 2020. Kes-kes ini mempunyai kontak sosial yang mempunyai sejarah menghadiri beberapa perjumpaan bersama kes ke-798 di kawasan bandaraya Kuching.
Kes-kes ini telah menjalani saringan rT-PCR di sebuah fasiliti kesihatan swasta di Kuching. Keputusan ujian rT-PCR pada 27 October mendapati kesemua kes ini disahkan positif.
6 lagi kes merupakan individu yang menjalani saringan kendiri COVID-19 di sebuah fasiliti kesihatan swasta di Kuching. Kes-kes ini adalah dalam lingkungan umur 19 hingga 54 tahun. Kes-kes ini tidak mempunyai sejarah perjalanan ke kawasan yang berisikojangkitan COVID-19.
Siasatan lebih lanjut dan pengesanan kontak sedang dijalankan. Sehingga punca jangkitan dikenal pasti, kes-kes ini akan dikategorikan sebagai kes jang kitan tempatan berdasarkan sejarah pergerakan awal kes.
Miri mencatat 4 kes baharu (Kes Import-B dan C)
Hari ini terdapat empat kes baharu yang telah dikesan di Daerah Miri iaitu 3 kes pulang dari kawasan berisiko jangkitan kes COVID-19 dan 1 kes kontak rapat kepada kes positif COVID-19.
3 Kes berikut meruppakan rakan sekerja yang tiba di Miri dari Kuala Lumpur untuk sign on pelantar minyak. Kes-kes ini telah tiba di Lapangan Terbang Miri pada 25 Oktober 2020 dan keputusan ujian rT-PCR mendapati ketiga-tiga kes ini positif COVID-19. Kes-kes ini dikategorikan sebagai kes yang mendapat jangkitan daripada kawasan berisiko jangkitan COVID-19 (Import B).
1 lagi kes yang merupakan kontak rapat adalah seorang lelaki warganegara tempatan yang mempunyai sejarah perjalanan ke Kuching 21 Oktober 2020 dan pernah berjumpa dengan kes ke-818 yang merupakan kontak daripada kes ke-798. Kes mengalami gejala demam, batuk dan sakit tekak. Kes dikategorikan sebagai kes Import C iaitu kes yang mendapat jangkitan di luar daerah.
Daerah Sibu 2 Kes Baharu (Kes Import B)
Sibu catat 2 kes baharu hari ini, kedua-dua kes ini adalah individu yang pulang dari kawasan berisiko jangkitan COVID-19. 1 kes ini merupakan seorang lelaki yang baru balik daripada Selangor dan telah membuat rT-PCR dan disahkan positif COVID-19. 1 lagi kes pula merupakan seorang pelajar wanita dari Johor. kes telah membuat saringan rT-PCR dan juga positif COVID-19. Kedua-dua kes telah dimasukan di Hospital Sibu untuk rawatan yang lebih lanjut.
Bintulu catat 1 kes baharu hari ini (Kes Import-B)
Kes di Bintulu ini merupakan seorang lelaki warganegara Filipina yang bekerja di atas Kapal Tangki LNG yang berdaftar di Malaysia. Kes tidak mempunyai sebarang tanda mahupun gejala. Kes tiba di Malaysia dari Filipina pada 27 September dan telah menjalani tempoh kuarantin di Kuala Lumpur. Keputusan ujian pertama rT-PCR mendapati bahawa negatif.
Kes telah menerusi perjalanan ke Bintulu pada 15 Oktober 2020 dan telah diarahkan untuk dikuarantin di Bintulu. Saringan ujian rT-PCR kedua telah dijalankan pada 25 Oktober 2020 dan mendapati kes positif COVID-19. Kes dikategorikan sebagai kes yang mendapat jangkitan dari luar negara, berdasarkan sejarah pergerakan awal kes.