• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Makan

Ini 4 Lokasi Hidden Bar Dengan Suasana Santai Buat Warga Kuching

Oleh
Aina Musa
19 Februari 2024
Kongsi
5 Min Bacaan
Ini 4 Lokasi Hidden Bar Dengan Suasana Santai Buat Warga Kuching

Sekali sekala nikmati suasana santai sambil minum

Ini 4 Lokasi Hidden Bar Dengan Suasana Santai Di Kuching. Hujung minggu merupakan waktu yang dinanti-nantikan oleh kebanyakkan orang kerana ia memberi peluang untuk bersantai selepas bekerja keras sepanjang minggu. Di Kuching, ramai yang menghabiskan waktu malam hujung minggu dengan berkumpul bersama rakan-rakan di bar di pusat bandar.

Walaupun begitu, tidak semua suka pergi ke tempat yang sesak dengan orang ramai. Jangan risau, berikut ini 4 bar di Kuching yang menawarkan suasana yang lebih tenang untuk anda nikmati!

Tak Minat Suasana Penuh Sesak Di Bar? Ini 4 'Hidden Bar' Santai Di Kuching Anda Boleh Lawati
Tak Minat Suasana Penuh Sesak Di Bar? Ini 4 ‘Hidden Bar’ Santai Di Kuching Anda Boleh Lawati

1. The Logan’s Roadhouse

Tersembunyi di celah-celah Kuching City Mall, terdapat sebuah bar kecil yang menarik. Dengan tempat duduk di luar dan juga dalam ruangan yang selesa, bar ini menjanjikan pengalaman yang unik.

Jika anda mencari tempat bersantai sambil menikmati muzik tanpa kesesakan orang ramai, inilah destinasi yang tepat! Suasana yang chill dan tenang di bar terpencil ini pasti mampu memanjakan selera anda dengan cara tersendiri.

Tak Minat Suasana Penuh Sesak Di Bar? Ini 4 'Hidden Bar' Santai Di Kuching Anda Boleh Lawati
Tak Minat Suasana Penuh Sesak Di Bar? Ini 4 'Hidden Bar' Santai Di Kuching Anda Boleh Lawati
Tak Minat Suasana Penuh Sesak Di Bar? Ini 4 'Hidden Bar' Santai Di Kuching Anda Boleh Lawati

Bonusnya, mereka kerap mengadakan sesi akustik yang membolehkan anda menikmati alunan muzik sambil bersantai bersama rakan-rakan

Bar ini dibuka setiap hari kecuali hari Ahad dari pukul 2 petang hingga 12 malam. Anda boleh cari lokasi bar ini menerusi pautan ini.

2. Tunjang 92 Semeba

Tersembunyi di dalam sebuah kawasan perumahan, kebanyakan tidak menyangka terdapat sebuah bar di lokasi yang agak hidden ini.

Berkonsepkan tema cowboy, jangan terkejut apabila anda melihat beberapa pelanggan datang dengan topi koboi! Jika anda meminati karaoke, bar ini juga menawarkan perkhidmatan karaoke jadi anda boleh menyanyi sambil minum dengan rakan anda juga!

Tak Minat Suasana Penuh Sesak Di Bar? Ini 4 'Hidden Bar' Santai Di Kuching Anda Boleh Lawati
Kredit: Facebook

Dah alang-alang bersantai tu mesti lah kena order sekali menu mereka. Antara menu bestseller mereka di sini adalah burger babi, kulit ayam goreng dan babi panggang.

Minuman bir di sini dikatakan berbaloi dengan harganya!

Tak Minat Suasana Penuh Sesak Di Bar? Ini 4 'Hidden Bar' Santai Di Kuching Anda Boleh Lawati
Kredit: Facebook

Maklumat tambahan, mereka juga menyediakan perkhidmatan catering!

Tak Minat Suasana Penuh Sesak Di Bar? Ini 4 'Hidden Bar' Santai Di Kuching Anda Boleh Lawati
Kredit: Facebook

Buka setiap hari kecuali hari Ahad dari pukul 6PM hingga 10PM. Anda boleh cari lokasi bar ini menerusi pautan ini.

3. The Bikalan

Mungkin ramai yang mengenali bar yang terletak di Siniawan ini. Mana tidaknya, lokasinya yang terletak di bangunan ‘old town’ di Siniawan ini memberikan vibes ekslusif ala-ala di luar negara.

Bonusnya, sambil-sambil bersantai di bar anda juga boleh menikmati keindahan malam di pekan Siniawan kerana bar ini menyediakan ruangan terbuka di luar.

Tak Minat Suasana Penuh Sesak Di Bar? Ini 4 'Hidden Bar' Santai Di Kuching Anda Boleh Lawati
Kredit: Facebook

Terletak di sebelah sungai, anda boleh duduk dan bersantai dengan rakan-rakan anda sambil mengagumi pemandangan indah Siniawan di belakang anda.

Masa terbaik untuk pergi ke bar ini adalah sebelum matahari terbenam tetapi jika anda pergi pada waktu malam, anda akan disambut dengan gerai-gerai yang berderet di sepanjang laluan yang menjual pelbagai jenis makanan.

Tak Minat Suasana Penuh Sesak Di Bar? Ini 4 'Hidden Bar' Santai Di Kuching Anda Boleh Lawati
Kredit: Facebook
Tak Minat Suasana Penuh Sesak Di Bar? Ini 4 'Hidden Bar' Santai Di Kuching Anda Boleh Lawati
Kredit: Facebook

Sila ambil perhatian bahawa bar ini akan menjadi lebih sesak sebaik sahaja malam tiba, jadi jika anda ingin menikmati bir anda dalam persekitaran yang tenang, masa terbaik untuk pergi adalah pada waktu petang.

Sekiranya anda hanya mahu makan di bar ini sahaja, jangan risau. Bar ini menyediakan pelbagai jenis makanan dari makanan western dan juga makanan tempatan!

Tak Minat Suasana Penuh Sesak Di Bar? Ini 4 'Hidden Bar' Santai Di Kuching Anda Boleh Lawati
Kredit: Facebook

Buka setiap hari kecuali hari Isnin dari pukul 4PM hingga 12AM. Anda boleh cari lokasi bar ini menerusi pautan ini.

4. Ayak Baroh

Juga terletak di kawasan Siniawan, bar yang baru dibuka ini dikendalikan dengan Serembu Eco Park. Untuk pengetahuan anda juga, Serembu Eco Park merupakan tempat percutian terletak di Gunung Serembu. Ia terdiri daripada penginapan yang cantik, restoran terapung dan juga bar iaitu Ayak Baroh. Buat masa ini, hanya bar sahaja beroperasi.

Tak Minat Suasana Penuh Sesak Di Bar? Ini 4 'Hidden Bar' Santai Di Kuching Anda Boleh Lawati

Selain muzik akustik, bar ini juga menawarkan pelbagai jenis makanan ringan seperti kentang goreng, ayam goreng, babi panggang dan sebagainya.

Tak Minat Suasana Penuh Sesak Di Bar? Ini 4 'Hidden Bar' Santai Di Kuching Anda Boleh Lawati

Buka setiap hari kecuali hari Selasa dari pukul 3PM hingga 10PM. Anda boleh cari lokasi bar ini menerusi pautan ini.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ketahui Perbezaan Antara Pengikrar Penderma Organ Dan Penderma Organ Sebenar
Next Article Mutang Tagal, Kaum Dayak Pertama Dilantik Sebagai YDP Dewan Negara

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?