• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tak Patuh SOP Serang Remaja Video Viral Di Sukma, Polis Gesa Individu Terlibat Ke Balai

Oleh
Husna Hazmi
19 Mei 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Polis minta individu terlibat tampil ke balai polis untuk bantu siasatan.

Tak Patuh SOP Serang Remaja Video Viral Di Sukma, Polis Gesa Individu Terlibat Ke Balai. Polis telah menahan seorang remaja untuk memudahkan siasatan terhadap rakaman video yang dikatakan penyebab satu pertengkaran di Sukma, Kuching pada 17 Mei 2021 lepas.

Isi Isi Penting
  • Polis minta individu terlibat tampil ke balai polis untuk bantu siasatan.
  • Orang ramai berasa kecewa kerana kandungan video yang di muat naik
  • Jangan sesekali mengambil undang-undang sendiri mengenai isu seperti ini
  • Melanggar Standard Operasi Prosedur di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
Tak Patuh SOP Serang Remaja Video Viral Di Sukma, Polis Gesa Individu Terlibat Ke Balai
Tak Patuh SOP Serang Remaja Video Viral Di Sukma, Polis Gesa Individu Terlibat Ke Balai. Kredit gambar: Facebook

Orang ramai berasa kecewa kerana kandungan video yang di muat naik

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail, dalam satu kenyataan semalam, mengatakan suspek lelaki, yang hanya merupakan seorang remaja berusia 18 tahun, ditahan di sebuah rumah di Taman Sukma.

Dipetik daripada laporan The Borneo Post, pada malam Isnin (17 Mei 2021), orang ramai berasa kecewa kerana kandungan video yang di muat naiknya. Kekecohan itu dimuat naik di Facebook dan menjadi viral sejak itu.

“Remaja itu telah dibawa ke balai polis Gita, dan siasatan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi sedang dilakukan.

“Remaja lelaki itu akan menjalani tahan reman empat hari, sehingga 22 Mei,” tambah Aidi.

Tak Patuh SOP Serang Remaja Video Viral Di Sukma, Polis Gesa Individu Terlibat Ke Balai

Jangan sesekali mengambil undang-undang sendiri mengenai isu seperti ini

Pesuruhjaya Polis Negeri Sarawak juga menasihati orang ramai agar jangan sesekali mengambil undang-undang sendiri mengenai isu seperti ini.

“Orang ramai harus menyerahkan perkara tersebut kepada pihak polis – kami akan mengambil tindakan undang-undang.

“Kami memandang serius perkara ini; rakyat harus bertindak dengan menggunakan akal fikiran, bukannya bertindak mengikut emosi, ” jelas beliau.

Tak Patuh SOP Serang Remaja Video Viral Di Sukma, Polis Gesa Individu Terlibat Ke Balai

Melanggar Standard Operasi Prosedur di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat

Selain itu, Aidi mengatakan polis juga akan melakukan penyiasatan di bawah Peraturan 17 (1) Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021, kerana rakaman video viral telah menunjukkan sekitar 15 orang berkumpul di depan rumah remaja tersebut di Taman Sukma dan melanggar Standard Operasi Prosedur (SOP) di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sekarang.

Oleh kerana tiada penjarakan fizikal dilakukan dan juga beberapa orang yang tidak menggunakan pelitup muka di dalam viseo tersebut, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Aidi meminta agar individu yang terlibat untuk tampil ke balai polis yang terdekat untuk membantu siasatan.

“Beberapa orang yang terlibat tidak memakai topeng muka, dan juga tiada penjarakan fizikal yang dilakukan.

“Oleh itu, individu yang terlibat berkumpul di hadapan rumah (di Taman Sukma) diminta agar tampil ke balai polis terdekat untuk membantu siasatan berhubung kejadian tersebut,” kata Aidi.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dua Kes COVID-19 Libatkan Balik Beraya, Kerajaan Sabah Wajibkan Kuarantin 14 Hari
Next Article Dadah Disembunyi Dalam Kotak Kopi Pracampuran, Lelaki Dan Wanita Dari Sibu Ditangkap Dadah Disembunyi Dalam Kotak Kopi Pracampuran, Lelaki Dan Wanita Dari Sibu Ditangkap

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?