• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Dua Kes COVID-19 Libatkan Balik Beraya, Kerajaan Sabah Wajibkan Kuarantin 14 Hari

Oleh
Husna Hazmi
19 Mei 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Kuarantin 14-hari mandatori ke atas individu yang memasuki negeri Sabah.

Dua Kes COVID-19 Libatkan Balik Beraya, Kerajaan Sabah Wajibkan Kuarantin 14 Hari. Dilaporkan bahawa, kerajaan negeri Sabah telah menguatkuasakan arahan kuarantin 14-hari mandatori ke atas individu yang memasuki negeri tersebut berkuat kuasa Khamis ini (20 Mei) dalam usaha untuk mengekang penularan Covid-19, kata Menteri Kerajaan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun.

Dua Kes COVID-19 Libatkan Balik Beraya, Kerajaan Sabah Wajibkan Kuarantin 14 Hari
Dua Kes COVID-19 Libatkan Balik Beraya, Kerajaan Sabah Wajibkan Kuarantin 14 Hari. Gambar sebagai hiasan

Individu yang berasal dari Sabah, penduduk tetap dan pemegang Pas Kerja

Beliau berkata bahawa individu yang berasal dari Sabah, penduduk tetap dan pemegang Pas Kerja yang bermastautin di negeri Sabah sahaja dibenarkan menjalani kuarantin di kediaman masing-masing.

Katanya, individu bukan berasal dari Sabah pula dikehendaki untuk menjalani kuarantin di hotel-hotel tertentu, iaitu 16 di Kota Kinabalu dan satu di Tawau atas biaya sendiri.

“Individu yang ingin memasuki Sabah juga diminta untuk mengambil ujian (saringan COVID-19) PCR (Polymerase Chain Reaction).

“Pegawai kerajaan dibenarkan memasuki Sabah dengan syarat mereka mempunyai surat rasmi untuk bekerja di negeri Sabah,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

“Selain itu, Masidi turut menjelaskan bahawa kerajaan negeri juga membenarkan kemasukan pelabur asing bagi tujuan melabur di negeri ini, bagaimanapun mereka harus mengemukakan surat rasmi bertugas di negeri Sabah,”

Dua Kes COVID-19 Libatkan Balik Beraya, Kerajaan Sabah Wajibkan Kuarantin 14 Hari

Dua kes Covid-19 yang melibatkan dua individu dari Labuan yang pulang ke Tawau untuk menyambut Hari Raya

Sementara itu, beliau mengatakan bahawa Jabatan Kesihatan Sabah (JKNS) telah mengesan dua kes Covid-19 yang melibatkan dua individu dari Labuan yang pulang ke Tawau untuk menyambut Hari Raya.

Beliau berkata, kes pertama melibatkan pasangan suami isteri yang kembali ke Ladang Abaka, Tawau pada 7 Mei, dan disahkan positif pada 14 Mei dan telah menjangkiti sembilan ahli keluarga yang lain.

Kes kedua pula melibatkan seorang individu yang pulang ke Kampung Sungai Imam, Tawau pada 8 Mei dan juga mengunjungi keluarganya di Taman Barkeley, Tawau dan disahkan positif Covid-19 pada 16 Mei dan telah menjangkiti 43 ahli keluarga yang lain.

“Oleh itu, kerajaan negeri hari ini (semalam) memutuskan untuk memperketat prosedur operasi standard (SOP) untuk masuk ke Sabah,” katanya.

Masidi berkata, JKNS mencatatkan 95 kes Covid-19 baharu semalam menjadikan jumlah kumulatif di negeri Sabah adalah sebanyak 59,504.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kostum Nasional Malaysia Untuk Miss Universe 2020 : Sarat Yang Menyusahkan? Kostum Nasional Malaysia Untuk Miss Universe 2020 : Sarat Yang Menyusahkan?
Next Article Tak Patuh SOP Serang Remaja Video Viral Di Sukma, Polis Gesa Individu Terlibat Ke Balai

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?