• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Tak Perlu Lagi Pergi Ke Klinik, Warga Kapit Boleh Buat Saringan COVID-19 Di Pusat Sehenti

Oleh
ILB - AI
5 Mei 2021
Kongsi
2 Min Bacaan
Tak Perlu Lagi Pergi Ke Klinik, Warga Kapit Boleh Buat Saringan COVID-19 Di Pusat Sehenti

Pusat sehenti Covid-19 akan dibuka di Kapit bagi mengekang penularan virus

Tak Perlu Lagi Pergi Ke Klinik, Warga Kapit Boleh Buat Saringan COVID-19 Di Pusat Sehenti. Dilaporkan warga Kapit kini boleh membuat saringan Covid-19 mereka di pusat sehenti yang bakal dibuka nanti.

Perkara ini disahkan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Aaron Ago Dagang, dengan mengatakan penubuhan ini adalah untuk mengekang penularan virus yang kini semakin meningkat secara mendadak.

Tak Perlu Lagi Pergi Ke Klinik, Warga Kapit Boleh Buat Saringan COVID-19 Di Pusat Sehenti

Lokasi pembukaan akan diputuskan pada 6 Mei 2021

Menurut laporan, lokasi pembukaan pusat tersebut akan diputuskan selepas pertemuan dengan agensi kerajaan dan wakil rakyat di Pejabat Residen Kapit pada 6 Mei.

Antara pertimbangan terbesar adalah ruang yang besar, kerana Pusat Sehenti Covid-19 memerlukan kawasan yang cukup besar bagi menempatkan kaunter pendaftaran serta kaunter ujian saringan dan lain-lain.

Selain itu, pusat terbabit ditubuhkan untuk mengambil alih aktiviti lapangan yang berkaitan dengan ujian saringan serta pengesanan kes aktif (ACD). Oleh itu, mereka yang perlu menjalani saringan atau dikenalpasti mempunyai kontak rapat dengan pesakit positif boleh terus ke Pusat Sehenti terbabit dan tidak perlu pergi ke klinik atau hospital berdekatan untuk melakukannya.

Antara inisiatif Jawatankuasa Bencana Pengurusan Negeri Sarawak (JPBNS), pusat ini merupakan salah satu daripada banyak pusat lain yang dicadangkan untuk ditubuh di setiap bahagian di Sarawak. Keutamaan JPBNS kini adalah mendirikan kemudahan berkenaan di Kapit, Sibu dan Bintulu – daerah-daerah yang kini mempunyai kes banyak.

Pusat Sehenti Covid-19 di Kuching pula telah bermula operasi pada 3 Mei lalu bertempat di Dewan Masyarakat Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).

Pusat Sehenti Covid-19 di MBKS, Kuching. Kredit: UKAS

Dengan penubuhan Pusat Sehenti Covid-19, ia diharapkan dapat memudahkan semua sumber termasuk tenaga kerja dan pengangkutan dapat ditumpukan di satu tempat bagi membantu mengatasi kekangan tenaga kerja dan pengangkutan dalam memerangi Covid-19.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kotak Kek Lapis Sarawak Ditebuk, Netizen Berang Barang Kiriman Banyak Lesap Dan Rosak
Next Article Gara-Gara Membantu Jual Tiket Loteri Haram, Lelaki Dari Miri Ini Dijatuhkan Hukuman Penjara 3 Bulan Gara-Gara Membantu Jual Tiket Loteri Haram, Lelaki Dari Miri Ini Dijatuhkan Hukuman Penjara 3 Bulan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?