• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tak Pernah Swab Pun! Wanita Ini Musykil Mengapa Status MySejahtera Kakaknya Tertera Positif COVID

Oleh
Ismail NA
13 September 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

Beliau mengesyaki ada orang yang cuba menggunakan kad pengenalan kakaknya.

Tak Pernah Swab Pun! Wanita Ini Musykil Mengapa Status MySejahtera Kakaknya Tertera Positif COVID. Berlaku di Kulai, Johor, seorang individu tidak dikenali telah membuat ujian saringan pantas RTK COVID-19 dan didapati positif. Namun demikian, apa yang menjadi kemusykilan sehingga ke saat ini adalah, keputusan positif tersebut tertera pada MySejahtera milik orang lain yang tidak pernah pun membuat ujian tersebut!

Isi Isi Penting
  • Beliau mengesyaki ada orang yang cuba menggunakan kad pengenalan kakaknya.
  • Ada kemungkinan orang guna IC klon
  • Boleh jadi salah pihak klinik sebab banyak kali dah berlaku – Netizen
  • Baca juga :

Perkara ini diceritakan oleh seorang netizen di Twitter, @ctnurhidaya menerusi ciapannya pagi tadi. Menurut wanita ini, beliau mengesyaki terdapat individu yang cuba untuk menyalahgunakan identiti kakaknya untuk membuat ujian saringan RTK. Hal tersebut adalah sesuatu yang mustahil memandangkan kakaknya kini sedang bertugas di Sandakan, Sabah manakala ujian tersebut dilakukan di salah sebuah klinik di Kulai, Johor beberapa hari yang lalu.

Tak Pernah Swab Pun! Wanita Ini Musykil Mengapa Status MySejahtera Kakaknya Tertera Positif COVID
Tak Pernah Swab Pun! Wanita Ini Musykil Mengapa Status MySejahtera Kakaknya Tertera Positif COVID. Sumber : Twitter @ctnurhidaya

Lebih menghairankan, kakak kepada wanita tersebut juga tidak pernah membuat ujian saringan swab dalam waktu terdekat. Akibat daripada keputusan ujian saringan orang lain yang didapati positif, kakak kepada wanita ini terpaksa menanggung akibatnya apabila beliau terpaksa menjalani kuarantin dan dilarang untuk memasuki mana-mana premis walaupun beliau bebas daripada COVID-19.

Menurut @ctnurhidaya, keputusan ujian yang dikeluarkan oleh klinik terbabit didaftarkan dengan nombor MyKad yang sama. Apa yang membezakan adalah nama bapa mereka yang berlainan. Individu yang membuat ujian tersebut didapati bernama Nurul Ashikin Binti Abdul Ghani manakala kakak kepada wanita ini bernama Nurul Ashikin Binti Abdul Ghaib. Dalam pada masa yang sama, beliau turut mendedahkan tangkap layar perbualan yang mengatakan bahawa pihak klinik sememangnya mendaftarkan nama dan nombor kad pengenalan pesakit berpandukan MyKad fizikal yang telah diberikan oleh individu terbabit. Pihak klinik kini sedang menjejak nombor telefon pesakit tersebut.

Tak Pernah Swab Pun! Wanita Ini Musykil Mengapa Status MySejahtera Kakaknya Tertera Positif COVID
Sumber : Twitter @ctnurhidaya
Tak Pernah Swab Pun! Wanita Ini Musykil Mengapa Status MySejahtera Kakaknya Tertera Positif COVID
Sumber : Twitter @ctnurhidaya

Sehingga artikel ini diterbitkan, ciapan tersebut telah mendapat sebanyak 2,453 kali ulang kicau dan lebih 1,500 tanda suka.

Ada kemungkinan orang guna IC klon

Segelintir netizen pula berpendapat bahawa terdapat kemungkinan bahawa pihak klinik tersilap daftar masuk nombor kad pengenalan. Lebih membimbangkan, terdapat juga kemungkinan bahawa individu tersebut menggunakan kad pengenalan palsu atau dalam erti kata lain, IC klon.

Tak Pernah Swab Pun! Wanita Ini Musykil Mengapa Status MySejahtera Kakaknya Tertera Positif COVID
Sumber : Twitter @ctnurhidaya
Tak Pernah Swab Pun! Wanita Ini Musykil Mengapa Status MySejahtera Kakaknya Tertera Positif COVID
Sumber : Twitter @ctnurhidaya
Tak Pernah Swab Pun! Wanita Ini Musykil Mengapa Status MySejahtera Kakaknya Tertera Positif COVID
Sumber : Twitter @ctnurhidaya
Tak Pernah Swab Pun! Wanita Ini Musykil Mengapa Status MySejahtera Kakaknya Tertera Positif COVID
Sumber : Twitter @ctnurhidaya
Tak Pernah Swab Pun! Wanita Ini Musykil Mengapa Status MySejahtera Kakaknya Tertera Positif COVID
Sumber : Twitter @ctnurhidaya

Boleh jadi salah pihak klinik sebab banyak kali dah berlaku – Netizen

Seorang netizen pula menceritakan bahawa kesilapan sebegini sememangnya sangat kerap berlaku. Kesannya, maklumat pesakit semasa tidak dapat didaftarkan kerana didapati telah direkodkan atas nama pesakit lain. Rupa-rupanya, kesilapan tersebut berasal daripada pihak klinik yang tersalah masuk nombor kad pengenalan pesakit.

Sumber : Twitter @ctnurhidaya
Sumber : Twitter @ctnurhidaya

Kakak wanita tersebut, Nurul Ashikin atau nama pengguna Twitter nya, @shi3kin menjelaskan bahawa beliau akan membuat laporan polis sekiranya kes ini tidak dapat diselesaikan dengan perkembangan maklumat yang diperolehinya pada jam 11.30 pagi.

Sumber : Twitter @ctnurhidaya

Pengguna di Twitter juga telah menanda akaun rasmi MySejahtera, Kementerian Kesihatan Malaysia, dan YB Khairy Jamaluddin agar kes ini diberikan tumpuan serta dapat diselesaikan dengan segera.

Eii, menakutkan betul. Pernahkah anda mengalami situasi sedemikian? Kongsikan kepada kami di laman komen.

Baca juga :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 5 Langkah Mudah Untuk Menambah Baik Sistem EnterSarawak
Next Article TERKINI: Kes COVID-19 Malaysia Semakin Menurun, Sarawak Kekal Catat Kes Harian Teringgi

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?