• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

5 Langkah Mudah Untuk Menambah Baik Sistem EnterSarawak

Oleh
ILB - AI
12 September 2021
Kongsi
7 Min Bacaan
Penambahbaikkan itu adalah satu proses berterusan

5 Langkah Mudah Untuk Menambah Baik Sistem EnterSarawak. Susulan luahan hati individu yang sudah 4 kali cuba memohon untuk kembali ke Sarawak, maka diri ini terpanggil untuk memberi sedikit pendapat bagi menambahbaik sistem EnterSarawak yang menjadi sistem utama bagi individu yang ingin memohon untuk memasuki Sarawak. Maka ini 5 langkah mudah yang boleh dilakukan untuk menambah baik sistem ini.

1. Perbaiki polisi kerahsiaan ( Privacy Policy ) sedia ada.

5 Langkah Mudah Untuk Menambah Baik Sistem EnterSarawak
Lokasi polisi kerahsiaan yang diletakkan.di sistem tersebut


Apabila anda ingin memohon untuk memasuki Sarawak, anda akan sedar bahawa ada ‘polisi kerahsiaan’ yang disediakan di laman permohonan tersebut. Namun begitu, ada beberapa terma di dalam polisi tersebut yang tidak berapa ‘ethical’ terutamanya dalam penggunaan data data pengguna.

5 Langkah Mudah Untuk Menambah Baik Sistem EnterSarawak

Dalam polisi kerahsiaan sedia ada, penawar servis (service provider) boleh menghantar iklan, kupon dan apa apa perkara berkaitan promosi kepada pengguna. Secara dasarnya, sistem ‘essential’ seperti ini sepatutnya dikecualikan daripada potensi penawaran iklan.

Begitu juga dengan klausa yang berkaitan dengan pemasaran, yang membenarkan data terhad dikongsi kepada pihak ketiga untuk tujuan permasaran. Sekali lagi, sistem ‘essential’ seperti ini sepatutnya dikecualikan daripada apa apa potensi penawaran iklan dan juga pemasaran. Anda boleh rujuk polisi kerahsiaan tersebut di sini

2. Susunan borang & ‘attachment’ yang lebih teratur

User interface dan juga user experience merupakan 2 elemen penting dalam menghasilkan apa apa sistem. Jika anda menggunakan sistem EnterSarawak sedia ada, anda akan melihat satu user interface yang sudah cukup ringkas akan tetapi mungkin mengelirukan individu yang kurang daya literasi. Ketika ini kesemua dokumen yang berkaitan perlu dimuat naik sekali harung pada penghujung borang dan memungkinkan individu individu tertentu terlepas dokumen yang perlu dimuat naik.

Pembangun sistem ini dengan mudah boleh membaiki user interface ini dengan menukar fungsi ‘add supporting document’ berkaitan selepas setiap baris maklumat yang diperlukan. Contoh mudah adalah seperti di bawah.

Selain itu, bagi mengelakkan kekeliruan tarikh dan masa swab test yang perlu dilakukan dalam masa 72 jam, sepatutnya ada satu baris maklumat yang meminta maklumat berikut.

1. Tarikh ‘Swab Test dibuat’
2. Butang muat naik salinan Swab Test.

Pembangun aplikasi ini juga dengan mudah boleh membuat satu fungsi yang akan memberi amaran sekiranya swab test tersebut tidak berada dalam masa 72 jam yang dibenarkan dengan menulis satu ‘command’ yang logik nya ‘diikat’ pada tarikh dan masa penerbangan. Ini secara tidak langsung akan mengingatkan pengguna sekiranya ujian tersebut dilakukan di luar jangka masa 72 jam seperti yang ditetapkan.

Ini juga akan memudahkan pengguna yang telah tersilap untuk melakukan ujian sekali lagi tanpa perlu menunggu keputusan yang dibuat secara manual. Di sini disertakan contoh borang permohonan yang lebih tersusun dalam Bahasa Malaysia.

Terdapat pelbagai penambahbaikan yang boleh dilakukan antaranya adalah :

1. Peringatan agar dokumen dokumen disediakan sebelum mengisi borang.
2. Penggunaan ‘Menu Dropdown’
3. Pecahan muat naik dokumen terus selepas maklumat bagi mengelakkan kekeliruan di hujung borang permohonan.

Dan banyak lagi sebenarnya jika ingin dibedah secara total namun biarlah pembangun sistem ini menggunakan daya fikiran akal yang telah dikurniakan oleh yang maha ESA untuk memperbaikinya.

3. Auto Compression untuk gambar dan dokumen yang dimuatnaik

Ketika ini, satu dokumen yang diperlukan perlu memiliki saiz 8mb ke bawah. Untuk mereka yang mempunyai literasi yang jelas, mereka akan faham perkara ini dengan mudah. Namun begitu dalam era telefon pintar yang memiliki kamera sehingga ratusan megapixel, akan ada % individu yang terlepas perkara ini dan akan memuat naik gambar yang melebihi saiz yang dibenarkan. Harus diambilkira bahawa tidak semua individu yang faham dan tahu bagaimana untuk mengecilkan dokumen dan sewaktu dengan nya.

4. Menambah fungsi dwi bahasa

Walaupun Bahasa Inggeris merupakan bahasa rasmi Sarawak di samping Bahasa Malaysia, masih ramai individu yang lebih memahami penggunaan bahasa melayu dalam penggunaan sesuatu sistem. Mengambil faktor literasi bahasa sebagai salah satu elemen yang harus difikirkan dalam user experience, sistem EnterSarawak ini sepatutnya mempunyai kemampuan dwi bahasa bagi mereka yang memerlukannya.

5. Mudahkan lebih separuh kerja dengan integrasi kecerdasan buatan ( artificial intelligence )

Untuk memudahkan dan mempercepatkan proses ‘approval’ individu yang ingin memasuki Sarawak, seharusnya sistem ini mempunyai kecerdasan buatan yang boleh menyemak dan membuat verifikasi lebih daripada separuh maklumat yang disediakan. Antara maklumat yang boleh sepatutnya boleh disahkan dengan kecerdasan buatan adalah.

1. Pengesahan Nama dan Identiti
2. Tarikh dan Nombor Penerbangan

Logik ini pada dasar bahasa pengaturcaraannya (programming logic) adalah seperti begini :

1. Jika Pemohon memuat naik dokumen pengenalan diri dalam sistem akan menyemak pada ? > boleh berhubung pada API(application programming interface) JPN (eKYC)
2. Jika Pemohon memuat naik itinerary penerbangan dalam sistem, maka sistem akan menyemak tarikh dan waktu pada ? > semak jadual penerbangan yang dibenarkan

Dan banyak lagi logik yang cukup mudah untuk di automasikan. Cukup sekadar 5 cadangan ini yang kami rasa sangat mudah untuk diperbaiki tanpa perlu memanggil puluhan individu untuk menambahbaik.

Akhir kata, dalam era zaman digital dan revolusi 4.0 yang sedang hangat diperkatakan maka sangat mustahil untuk kita menghasilkan sistem dan aplikasi yang semadi nadai. User interface dan user experience ini bukanlah sesuatu yang janggal dalam dunia masa kini. Begitu juga dengan penghasilan sistem. Hasil semakan ringkas kami mendapati sistem ini dibina dengan dengan menggunakan flutter, javascript dari lodash.com dan beberapa lagi teknologi yang tidak lah asing di dalam dunia pembinaan sistem. Apatah lagi dalam membangunkan sesuatu sistem yang essential untuk kegunaan rakyat jelata maka pada hemat kami, perbaikilah dan mudahkanlah urusan individu individu yang perlu kembali ke Sarawak. Ketahuilah bahawa banyak mata yang sedang memerhati.

Baca juga artikel lain berkaitan :
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Uggah : Pemansuhan Kuarantin 14 Hari Ke Sarawak Akan Dipertimbangkan
Next Article Tak Pernah Swab Pun! Wanita Ini Musykil Mengapa Status MySejahtera Kakaknya Tertera Positif COVID

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?