• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tak Sah Jika Solat Terawih Dibuat ‘Online’, Ini Penjelasan Dr. Zulkifli Al-Bakri

Oleh
Ismail NA
25 April 2020
Kongsi
2 Min Bacaan

Kenapa Agaknya Ya?

Tak Sah Jika Solat Terawih Dibuat ‘Online’, Ini Penjelasan Dr. Zulkifli Al-Bakri. Kini, tibalah bulan puasa iaitu bulan Ramadan yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam di dunia. Begitu juga dengan ibadah terawih yang seringkali dikejar oleh umat Islam bagi meraih pahala bulan yang mulia ini.

Tak Sah Jika Solat Terawih Dibuat 'Online', Ini Penjelasan Dr. Zulkifli Al-Bakri
Tak Sah Jika Solat Terawih Dibuat ‘Online’, Ini Penjelasan Dr. Zulkifli Al-Bakri

Walau bagaimanapun, akibat PKP yang dikuatkuasakan, sebarang perkumpulan keagamaan tidak dibenarkan. Ini termasuklah solat terawih secara berjemaah di surau dan masjid. Umat Islam di negara ini disarankan untuk melakukan ibadah tersebut secara berjemaah di rumah.

Namun demikian, ada segelintir yang menanyakan persoalan sama ada solat terawih ini boleh dilakukan secara ‘online’ atau pun tidak.

Maklumlah, jika dilakukan secara ‘online’, nampaklah meriah sedikit walau pun jauh.

Namun demikian, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Al-Bakri telah memberi penjelasan mengapa solat terawih secara ‘online’ tidak dibolehkan.

Tak Sah Jika Solat Terawih Dibuat 'Online', Ini Penjelasan Dr. Zulkifli Al-Bakri
Kredit : BERNAMA

Imam Mestilah Dapat Dilihat Secara Fizikal

Menurut beliau, syarat berimam kepada seseorang makmum ialah individu tersebut mestilah dapat melihat secara fizikal imamnya di satu tempat sekaligus mengetahui pergerakan imam.

Diberi contoh, sekiranya seseorang solat terawih secara ‘online’ mengikut seorang imam dari Masjid Negara, masalah akan timbul sekiranya sambungan internet terputus. Maka, makmum tidak dapat mengikuti pergerakan imam.

Jadi, seeloknya anda mengerjakan solat terawih bersama suami atau ketua keluarga sahaja pada tahun ini. Jelas Dr. Zul lagi, mungkin tahun ini ada imam baru walaupun tidak bertauliah.

Tak Sah Jika Solat Terawih Dibuat 'Online', Ini Penjelasan Dr. Zulkifli Al-Bakri

Betul juga kan? Bila lagi nak merasa berjemaah sama-sama di rumah bersama keluarga? Inilah masanya.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Polis India Benar-Benar Bawa ‘Pesakit’ COVID-19 Semasa Sekatan Jalan Raya
Next Article Petronas Terpaksa Tutup 14 Daripada 18 Pelantar Hingga Harga Minyak Pulih

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?