• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tak Sempat Sampai Hospital, Polis Wanita Jadi Hero Sambut Bayi Di SJR Kuching-Samarahan Expressway

Oleh
Ismail NA
11 Jun 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Tahniah!

Tak Sempat Sampai Hospital, Polis Wanita Jadi Hero Sambut Bayi Di SJR Kuching-Samarahan Expressway. Bagi kebanyakan pasangan suami isteri, proses kelahiran biasanya berlaku di hospital dengan pengawasan doktor dan bidan terlatih. Kalau ada yang bernasib baik, sempatlah ditemani si suami di sisi. Tetapi, bagaimana pula jika si isteri sudah benar-benar ingin melahirkan tapi masih dalam perjalanan ke hospital?

Isi Isi Penting
  • Tahniah!
  • Suami panik lalu melawan arus apabila lihat isteri sedang bersalin
  • Ibu dan bayi dikejarkan ke HUS untuk rawatan lanjut
  • Gara-gara beranak dalam perahu, ini pula kisah ibu bersalin di Indonesia :

Kisah ini benar-benar berlaku pada malam semalam apabila kelahiran seorang bayi terpaksa disambut di dalam kereta semasa sepasang suami isteri dalam perjalanan ke hospital. Uniknya, kelahiran ini tidak ditanggung seorang diri oleh si ibu tetapi turut dibantu oleh dua orang anggota polis yang kebetulan sedang bertugas di sekatan jalan raya.

Suami panik lalu melawan arus apabila lihat isteri sedang bersalin

Kejadian ini berlaku pada jam 11.50 malam di sekatan jalan raya Jalan Kuching-Samarahan Expressway, tidak jauh dari La Promenade Mall. Difahamkan, sepasang suami isteri terpaksa melawan arus menuju ke hentian sekatan jalan raya tersebut untuk mendapatkan bantuan daripada anggota polis yang bertugas.

Tak Sempat Sampai Hospital, Polis Wanita Jadi Hero Sambut Bayi Di SJR Kuching-Samarahan Expressway
Tak Sempat Sampai Hospital, Polis Wanita Jadi Hero Sambut Bayi Di SJR Kuching-Samarahan Expressway

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, DSP Sudirman Kram, pasangan terbabit yang berasal dari Kampung Semera Ulu, Asajaya, menghampiri petugas SJR dengan menaiki sebuah kereta dan meminta pertolongan. Sebelum itu, semasa pasangan tersebut tiba di lampu isyarat SJR Expressway, si isteri mengadu ingin melahirkan anak. Hal ini menyebabkan si suami cemas lalu melawan arus menuju ke arah SJR.

Mujur ada 2 orang anggota polis wanita yang bertugas pada ketika itu. Salah seorang anggota, Lans Koperal Fatihah mendapati bahawa si isteri telah pun selamat melahirkan seorang bayi tetapi masih dalam keadaan leher terbelit dengan tali pusat.

Anggota tersebut terus menyambut bayi tersebut dibantu oleh seorang lagi anggota wanita, Koperal Perakson. Bayi tersebut kemudian segera diselimutkan menggunakan tuala dan diserahkan kepada ibunya.

Tak Sempat Sampai Hospital, Polis Wanita Jadi Hero Sambut Bayi Di SJR Kuching-Samarahan Expressway
Tak Sempat Sampai Hospital, Polis Wanita Jadi Hero Sambut Bayi Di SJR Kuching-Samarahan Expressway

Ibu dan bayi dikejarkan ke HUS untuk rawatan lanjut

Insiden tersebut kemudiannya dimaklumkan oleh petugas SJR kepada bilik gerakan. Bantuan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kemudian tiba dengan sebuah ambulans. Ibu dan bayi tersebut dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Salam tahniah buat pasangan tersebut dan juga anggota polis yang menjadi wira menyambut kelahiran bayi tersebut. Pasti kejadian ini menjadi kenangan yang tidak akan dapat dilupakan buat mereka.

Gara-gara beranak dalam perahu, ini pula kisah ibu bersalin di Indonesia :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Adalah Cara Untuk Bayar Pinjaman PTPTN Melalui Aplikasi Shopee Ini Adalah Cara Untuk Bayar Pinjaman PTPTN Melalui Aplikasi Shopee
Next Article Menteri Kewangan Menyatakan Bahawa Jumlah Pengangguran Telah Berkurang, Tapi Ada Yang Tidak Setuju Menteri Kewangan Menyatakan Bahawa Jumlah Pengangguran Telah Berkurang, Tapi Ada Yang Tidak Setuju

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?