• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ini Adalah Cara Untuk Bayar Pinjaman PTPTN Melalui Aplikasi Shopee

Oleh
ILB - AI
11 Jun 2021
Kongsi
3 Min Bacaan
Ini Adalah Cara Untuk Bayar Pinjaman PTPTN Melalui Aplikasi Shopee

Kini, anda boleh bayar pinjaman PTPTN anda menerusi aplikasi Shopee!

Ini Adalah Cara Untuk Bayar Pinjaman PTPTN Melalui Aplikasi Shopee. Bagi bekas graduan pengajian tinggi, pembayaran pinjaman ditangguhkan seketika akibat moratorium. Tetapi semua perkara baik akhirnya harus berakhir. Bagi mereka yang tidak tahu, anda boleh membayar pinjaman anda melalui aplikasi Shopee – ya, laman web e-dagang itu!

Ini Adalah Cara Untuk Bayar Pinjaman PTPTN Melalui Aplikasi Shopee

Langkah-langkah untuk membayar pinjaman PTPTN melalui Shopee

Yang pertama, anda buka aplikasi Shopee dan pilih bahagian Deals, Top-ups, & Bills.

Bahagian Deals, Top-ups & Bills. Kredit: Shopee

Kemudian, tekan butang PTPTN.

Butang PTPTN. Kredit: Shopee

Anda akan diberi tiga pilihan iaitu:

  1. Bayaran Balik Pinjaman
  2. SSPN-i
  3. SSPN-i Plus
Tiga pilihan akan diberi kepada anda. Kredit: Shopee

Tekan Bayaran Balik Pinjaman dan isikan nombor kad pengenalan anda. Kemudian, tekan check account untuk melihat akaun pinjaman anda.

Masukkan nombor kad pengenalan anda untuk melihat akaun pinjaman. Kredit: Shopee

Pilih akaun anda untuk membuat bayaran pinjaman dan masukkan jumlah yang anda ingin hendak bayar. Kemudian, tekan continue untuk selesaikan pembayaran (check-out).

Di halaman check-out, anda akan diberi pilihan untuk membuat pembayaran menerusi antara kaedah berikut:

  • ShopeePay
  • Debit/Credit card (untuk SSPN-i, hanya Debit kad sahaja boleh)
  • Online banking
  • Cash payment (bayaran tunai) di kedai 7-Eleven
Pilih antara kaedah-kaedah yang disenaraikan. Kredit: Shopee

Pembayaran yang berjaya akan diproses oleh PTPTN dalam masa 3 hari bekerja. Anda akan dapat melihat butiran bil anda menerusi View Order Details.

Tekan ‘order details’ untuk lihat resit. Kredit: Shopee

Kemudian, tekan Order Received dan scroll ke bawah untuk muat turun resit anda bagi melihatnya dalam aplikasi Shopee.

Tekan ‘order received’ untuk muat turun resit pembayaran. Kredit: Shopee
Anda akan dibawa ke sebuah halaman baru untuk muat turun dan melihat resit pembayaran anda. Kredit: Shopee

Disclaimer

Perlu diperhatikan bahawa jumlah minimum adalah RM10 dan jumlah maksimum adalah RM999. Anda akan dicajkan RM1.00 untuk membayar penyedia perkhidmatan dan amaun ini akan ditambah dalam jumlah pembayaran anda.

Pembayaran pinjaman PTPTN anda boleh dibuat melalui aplikasi Shopee beberapa kali yang dimahukan. Hanya pergi ke bahagian My Orders > Completed untuk tekan Pay Another Bill bagi membuat pembayaran pinjaman PTPTN atau SSPN yang lain.

Hanya tekan ‘pay another bill’ untuk mengulang pembayaran.

Haa… lain kali kalau scroll dalam Shopee tu, boleh lah bayar pinjaman PTPTN sekali! Mudah dan pantas!

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sabah Dan Sarawak Catat Kluster Perayaan Tertinggi Di Malaysia
Next Article Tak Sempat Sampai Hospital, Polis Wanita Jadi Hero Sambut Bayi Di SJR Kuching-Samarahan Expressway

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?