• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Tak Semua Pelajar Dapat Menduduki SPM Tahun Ini, Sementara Itu 2 Kluster Baharu Muncul Di Sarawak

Oleh
ILB - AI
22 Februari 2021
Kongsi
3 Min Bacaan
Tak Semua Pelajar Dapat Menduduki SPM Tahun Ini, Sementara Itu 2 Kluster Baharu Muncul Di Sarawak

2 kluster diisyitiharkan hari ini

Tak Semua Pelajar Dapat Menduduki SPM Tahun Ini, Sementara Itu 2 Kluster Baharu Muncul Di Sarawak. Dilaporkan 2 kluster baru diisytiharkan hari ini oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak.

Isi Isi Penting
  • 2 kluster diisyitiharkan hari ini
  • Kluster Emperoh Jambu, Kuching
  • Kluster Sungai Bakong, Meradong
  • Pelajar-pelajar yang tidak dapat menduduki SPM tahun ini

Sementara itu, tak semua pelajar menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini akibat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan kes positif COVID-19.

Tak Semua Pelajar Dapat Menduduki SPM Tahun Ini, Sementara Itu 2 Kluster Baharu Muncul Di Sarawak

Kluster Emperoh Jambu, Kuching

Kluster ini melibatkan daerah Kuching, Samarahan dan Serian iaitu kluster kominiti yang berlaku di Kampung Emperoh Jambu, Padawan.

Kes indeks adalah kes ke-7,095 iaitu seorang lelaki berusia 45 tahun dan merupakan warga tempatan Sarawak. Kes dikesan melalui saringan sebelum bertugas pada 16 Februari 2021.

Kes dipercayai menjangkiti keluarga beliau, kemudian dipercayai merebak kepada kontak-kontak lain semasa upacara pengebumian ahli keluarga isteri kes indeks pada 3 – 5 Februari 2021.

Sehingga 22 Februari hari ini pada jam 12PM, sejumlah 337 individu telah disaring (termasuk kontak rapat kes indeks dan ahli keluarganya) di mana:

  • 60 kes telah dikesan positif (termasuk kes indeks)
  • 40 kes negatif
  • 237 masih menunggu keputusan makmal

Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak dan PKRC Kuching bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut.

Kampung Emperoh Jambu akan dikenakan PKPD selama 14 hari bagi mengekang perebakan jangkitan Covid-19.

Kluster Sungai Bakong, Meradong

Kluster ini dikesan di Daerah Meradong, Sarikei dan merupakan kluster komuniti melibatkan pelajar yang mendiami asrama Murni di SMK Meradong (berhampiran dengan Sungai Bakong di Pekan Meradong).

Kes indeks adalah kes ke7,435 dan kes dikesan melalui saringan bergejala pada 15 Februari 2021 setelah menunjukkan tanda dan gejala pada 12 Februari 2021.

Sehingga 22 Februari hari ini pada 12PM, seramai 593 individu telah disaring di asrama berkenaan di mana:

  • 22 kes telah dikesan positif (termasuk kes indeks)
  • 37 kes negatif
  • 534 masih menunggu keputusan makmal

Kesemua 22 kes dimasukkan ke Hospital Sarikei dan PKRC Sarikei bagi tujuan pengansingan dan rawatan lanjut.

Kakitangan, guru dan pelajar asrama sekolah terbabit yang telah terdedah diarahkan untuk menjalani kuarantin dan kawalan pergerakan terhad di dalam sekolah sahaja.

Terdapat 25 kluster aktif yang masih aktif di Sarawak.

Pelajar-pelajar yang tidak dapat menduduki SPM tahun ini

Dilaporkan juga bahawa terdapat pelajar yang tidak dapat menduduki peperiksaan SPM tahun ini.

Seramai 428 orang pelajar daripada 32 buah sekolah di seluruh Sarawak tidak dapat menduduk peperiksaan terbabit akibat PKP dan kes positif Covid-19.

205 orang adalah pelajar lelaki dan 223 orang adalah pelajar perempuan.

Kredit: FMT

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TERKINI: 1 Kematian Dan 221 Kes Positif Baharu, Kuching Catat Kes Positif Tertinggi Hari Ini
Next Article Sarawak Menguatkuasakan Larangan Daging Dan Produk Khinzir Dari Sabah Dengan Segera Sarawak Menguatkuasakan Larangan Daging Dan Produk Khinzir Dari Sabah Dengan Segera

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?